Nuffnang Advertisement

Monday, October 20, 2014

Sukan Sekolah


Sabtu lepas Sekolah Yaya ada sukan. Kali ni bukan lari kat padang sekolah tapi lari atas trek. Perangai aku dengan En Win kitaorang mmg penyokong kuat anak2. Tak kisah lah benda kecik atau besar kita mmg akan support giler2. Hari Khamis tu aku laki bini gigih cari kasut trek dengan baju baru untuk Yaya bagi dia lebih semangat sikit. Kalah atau menang lain cerita janji sokongan tu penting. Eh! tipu aku tak boleh terima kekalahan aku nak anak aku menang...kalau kalah nanti aku sedih. Aku sedih sbb kesian kat anak aku sebab dia kalah...haha. Bukan aku jer perangai macam tu En Win pun sama...hahaha.



Pukul 8 pagi kitaorang dah sampai. Cari tempat yang best sikit senang nak jerit nanti.



Pingat yang menjadi rebutan.



Selfus dulu



Sampai hitam muka anak aku sebab berlatih. Yaya ni dia cepat bangga kalau dia boleh buat sesuatu "Mama...Yaya bangga kat diri yaya sebab yaya kuat lari"..."Mama...yaya bangga kat diri Yaya sebab Yaya selalu bangun pagi"...hahahah  aku sebagai ibu kena bagi sokongan lah bagi dia lagi berusaha.



Perbarisan. Ada 4 buah rumah. Yaya rumah merah.



Acara 100 meter. (Yaya pakai baju merah)

Disebabkan Yaya tak biasa pakai kasut trek dan ini pertama kali dia pakai jadi dia rasa tak selesa. Waktu latihan Yaya selalu dapat tempat pertama hari pertandingan dia dapat tempat terakhir. Waktu dia lari pun aku tengok dia lain macam terkankang2...hahaha.

Of courseeee dia frust giler. Korang kalau tengok aku ngan En Win jerit mesti korang geleng kepala. Dari start Yaya lari sampai kegarisan penamat aku jerit sekuat hati GO Yaya...Go Yaya. En Win siap lari bersama ya....hahaha.



Berlari En Win cari anak dia apabila selesai larian. Bagi kata2 semangat. Tak nak Yaya frust atau sedih so kita layan dia borak.



Kesian frust muka dia. Terus tukar kasut sport biasa balik.



Aku rasa kitaorang jer mak bapak yang sibuk kat situ. Sibuk hug lah...bagi minum lah. Risau Yaya frust dan tak boleh lari lagi. Budak2 lain perhati jer kitaorang...hahaha.



Acara seterusnya 4 X 100 meter. Adik dah ambik tempat awal2 kat depan. Tukang sorak pun dah bersedia di depan...siap lagi laki aku lah.



Berjaya dapat tempat kedua. Good job darling!!



Clap...clap..clap





Penyokong setia



Ini baru sukan sekolah. Kalau anak aku wakil negara tak tahu lah macam mana over kitaorang laki bini.  Mau berhenti kerja aku teman anak berlatih agaknya.



12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

meriahnya

Cik Puan Eka said...

yaya kuat lari.Tahniah yaya

Saye dulu kak. harap kurus ngan tinggi je. klu lari kompem last sekali hahahaha. Berat tulang

Ms.Su said...

kak elly, yaya tinggi..sikit lagi nak sama tinggi ngan akak

mamabeauty said...

Bila lagi yer dok??? esok2 diorg dah beso the moment ni lah yg kita ingat..

Support whatever their activities..

Nastyna said...

Good job Yaya, bravo!!! We are proud of u too.

FadlinaMokhtar said...

Sampai terbakar kulit yaya. good job yaya.
FAD

Chekgu Azrine said...

Hahaha..lawak part benti keje tuh..

Tihara said...

sekarang ni memang musim sukan sekolah kan
tahniah yaya
hebat anak ni :)

Nigina said...

tahniah yaya... go girl..

annapeje said...

haha sukanya tgk mcm neh la barula keluarga penyayang hehe good job yaya :D

Lynn Hamzah said...

mesti la support giler giler kan kak elly...anak kita...hihihihi...tahniah yaya...

Aku Dan Sesuatu said...

x terbayang kalu yaya wakil negara...kak elly berhenti keje ...n teman yaya berlatih...mesti kak elly lagi over dari coach..kan kak elly...hahhaha