Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 1, 2014

Seri Pajam Development - Citrahill2 Two Storey Terrace House


Hari tu ada bincang2 ngan En Win nak cari rumah untuk investment. Ada jugak survey2 sana sini cari rumah yang good location, kalau boleh nak rumah tanah, yang ada highway supaya senang nak kemana2, yang dekat dengan Shopping Mall dan yang paling penting rumah tu selesa. Mana tau dah pencen esok boleh duduk ngan cucu2...Eh! hahahaha.



Tengah survey2 nampak Seri Pajam Development tengah buat Official Launching Citrahill2 Two Storey Terrace House. Sabtu lepas aku ngan En Win pergi survey rumah tu.

Projek Seri Pajam Development ni mmg sangat popular di kalangan yang menetap Seremban, Kajang, Cyberjaya, Putrajaya dan yang berdekatan. Projek dari Seri Pajam Development ni korang jangan bimbang Seri Pajam Development antara projek yang terbaik dan jarang mempunyai masalah.

Jalan utama yang menghubungkan Citrahill2 ni ialah Kajang-Seremban> Highway (Lekas) dan memang sangat lekas dari KL cuma mengambil masa 45 minit dan dari KLIA cuma 35 minit.



Mula2 aku ngan En Win pergi office Seri Pajam Development dulu bertemu dengan Sales people untuk mendapatkan segala info tentang rumah di Citrahill2.



Contoh rumah. 

Setelah berpuas hati dengan penerangan yang diberikan barulah kami dibawa kerumah contoh Citrahill2



Projek Seri Pajam yang di Citrahill2 ni ada 249 units sahaja. Phase pertama telah habis dijual...rasanya tinggal 2 unit sahaja yang masih available. 

Sekarang diorang tgh launching Phase kedua, Two Storey Terrace House, bukaan size 20' x 70' berharga dari RM538,000.00. Kalau korang berminat dan tengah cari rumah dikawasan ni baik cepat datang dan book. Serius rumah kat sini macam goreng pisang panas. Dijangka kan rumah ini akan siap pada pertengahan bulan 7 tahun 2016.



Huge Porch...boleh masuk 2 kereta. 



Ini yang paling best ada taman kat tepi rumah..ini untuk rumah tepi sahaja ya dan harga agak berbeza sedikit. Boleh jer kalau nak buat Swimming pool kat kawasan ni. Ini mmg idaman aku dari dulu, bolehlah aku kopi2 ngan En Win sampai menanam pokok bunga...so sweeeet....hahaha



Rumah ni berkonsepkan modern dan contemporary architecture. Mempunyai balcony dan tingkap yang luas, huge open porch dan yang penting sangat2 selesa. Aku rasa kalau kat KL rumah macam ni dah berjuta2 kot harganya. Kawasan di Citrahill2 ni aman damai jauh dari kesibukan kota dan paling Kak Engku suka dekat dengan Nilai 3. Komuter pun tak jauh dalam 5 minit jer.

Rumah Citrahill2 ni mempunyai 4 bilik dan 4 bathrooms.  So tak yah gaduh2 berebut bilik air.



Dry Kitchen



Ruang makan. Sambil makan boleh lihat permandangan yang cantik diluar

Seri Pajam Development sangat2 mementing kualiti dan kepuasan pelanggan. Susun atur dan keluasan sangat memuaskan hati. Mmg aku ngan En Win jadi teruja bila tengok rumah contoh ni. Dah boleh bayangkan macam mana aku nak susun atur perabot nanti. Amboi...over sangat laki bini ni.



Bilik ditingkat bawah





Luaskan.



Tangga untuk ketingkat atas



Hall di tingkat atas...agak luas dan selesa.




Master Bedroom...besar sangat ni.



Balcony dekat Master Bedroom sangat2 luas. Waktu ni aku dah bayangkan letak meja dan kerusi diluar sampai bersantai dengan suami tercinta...aaaauuuwwww.



Toilet Master Bedroom



Wardrobe 


2nd room



3rd room


Rasanya siapa yang bekerja di KLIA, Kajang, Putrajaya dan yang bakal bersara mmg ini lah tempat yang paling sesuai untuk di diami. Harga yang sangat2 berpatutan dan mampu dimiliki. Dekat dengan Institusi pengajian tinggi, Nilai 3, Medical Centre, dekat dengan mall dan ada tempat rekreasi disediakan.




Korang blh tgk Map kat atas ni...kawasan di Citrahill2 ni kawasan yang sangat membangun dan pelbagai kemudahan blh terdapat disini. So apa tunggu lagi...yang sedang mencari rumah apa tunggu lagi.

Untuk melihat sendiri Projek Seri Pajam, boleh visit:-



Jika mempunyai sebarang pertanyaan boleh ke:

Sales Gallery: 
No 1 & 2 Jalan Perdana College Height 2, Perdana College Height, 71700 Mantin, Negeri Sembilan

Tel: 06-7581 988
Fax: 06-7584 788


9 comments:

Irfa said...

cantik mmg cantik
tp golongan marhaen ni telan air lior jelah

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya

Nastyna said...

Wah cantik cantik.. I suka ushar2 rumah ni insya Allah ada rezeki dah tua esok2 nak balik tanahair.. rumah macam ni perfect sangat la.

Chekgu Azrine said...

Lawa sngt kawsan dia tenang..cuma tak mampu lagi nak beli rumha harga 400k ke atas..uhuk

cik pinkee said...

salam sis elly..ade projek seri pajam jalankan projek atas tanah lombong....tp bukan semua lah..... :)

Liyana Lunia. said...

wah balkoninya sangat luas, boleh letak jacuzzi! hikhik

salam ziarah blog elly!

athi FATHIYAH said...

Area sana dh mahal gila hrga rumah.jadi sebb knpa i pindh dr lmbh klang.kt ipoh umah 22x80 ada tnh blkg br 285000... Btw cntik deco umah ni

Ariff Naufal said...

Jgn tertipu dengan showhouse.. kalau xnak pening kepala lepas dapat kunci nnt jgnla beli.. saya beli citrahill 1. Dah setahun lebih duduk.. masalah defect xsetel2.. crack sana sni..dinding bocor. Hujan lebat air melimpah atas lantai bilik.balkoni bocor. Pipe toilet tgkat atas bocor.. 3x pajam repair.masih blaku.. plis.. avoid beli rumah seri pajam.

Ann Lipsayy said...

Slm encik ariff naufal, sy planning untuk beli di area tu, thanks untuk info.. macam mana dgn masalah bau busuk di area tu. Masihh berbauu lagi ke ?