Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 29, 2014

Sentiasa Beringat


Minggu ni agak busy sikit...banyak benda kena diselesaikan. Ini pun baru dapat buat separuh lagi separuh kena buat pelan2. Dua hari Kak Engku ambik cuti  Isnin dengan Selasa uruskan anak2 sebab minggu ni diorang exam. FIL pulak masuk ward sebab ada ketumbuhan dalam perut dan perut semakin hari semakin membesar sebab air kencing tak banyak keluar jadi terpaksa ditebuk. Ahad lepas dia muntah darah tak tahu apa punca nya. Risau sesangat.




Gambar semalam di ICU. Kitaorang hantar Papa di Pantai Medical Centre. Dua hari bill mencecah hampir 20 ribu. Terdiam aku dengan En Win bila tengok bill yang dikenakan. Duit tidak dapat membantu apa2 lagi dan kami mengambil keputusan untuk membawa papa balik kerumah. Papa sudah terlalu tua untuk dioperate atau ditebuk. Hanya bergantung pada ubat jer buat masa ni.

Papa dah selamat dibawa pulang kerumah dan keadaan semakin lemah. Kurang makan dan mula bercakap benda yang pelik2. Semoga Papa di permudahkan segalanya. 

Untuk korang kat luar sana Kak Engku nak berpesan, semasa muda ni korang kena beringat untuk menyimpan. Sikit pun tak apa lah janji menyimpan untuk hal2 kecemasan. Walaupun kita dah beli insuran tapi simpanan kena ada. Terutama untuk ibu bapa kita. 

Walaupun kedua ibu bapa kita mempunyai simpanan sendiri tapi kita sebagai anak kena membantu sebagai mengenang jasa mereka. Berikan treatment yang terbaik untuk mereka selagi masih ada. Tak kisah lah private ker government hopital ker makesure kita bagi the best untuk mereka. Ikut kemampuan masing2. Jadi sebagai anak  kita kena beringat dan menyimpan dari sekarang untuk persediaan jika terjadi sebarang kecemasan. Jangan kedekut dan berkira dengan orang tua kita...duit boleh cari tapi ibu bapa tiada gantinya.




11 comments:

Afidah Azmi said...

semoga papa fil kak sembuh...

Afidah Azmi said...

harap papa kak sembuh

Nurzakiah Hanum said...

tiada gantinya kan

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Akak doakan semoga Papa Elly dan En Win diringankan penderitaannya.. semoga dipermudahkan dalam segala urusannya. Mana2 muslim yg sakit atau ditimpa musibah akan digugurkan dosanya spt pokok kayu yg gugur daunnya ketika luruh. Pasti ada ganjaran menantinya di sana nanti, insyaAllah.

Chekgu Azrine said...

semoga FIL kak elly cepat sembuh

Lynn Hamzah said...

betul kak elly...memang kena saving dari muda...semoga dipermudahkan segala urusan...

Haslinda said...

salan kak engku..my fil pun penah kena kes sama..perot bengkak sb urine tak boleh kluar secara normal.doc (pakar pahagian lelaki apa ntah namanya) ckp ada tersumbat..so..buat laser..umoq dia time tu dlm 78..ada byk conplication jgk la..sb dia ada byk penyakit berangkai..gout..hpt..hi kolestrol..buat operation dkt pantai penang..alhamdulillah ok skrg..cuma begantung kpd diapers la pulak..sb x bleh control kencing dah...skrg jln pun pakai walking frame..get well soon fil kak engki

Haslinda said...

salam kak engku..td type bejela x bleh publish la pulekkk..i am ur silent reader..myfil penah kena case mcm fil kak elly..perot bengkak..besaq sgt...pi pantai penang..doc buat laser at the age 78..tawakal ja sb dia ada pnyakit lain sama..gout,hpt,hi cholestrol..alhamdulillah ok..cuma bergantong dkt diapers ja la..x bleh control sendiei dah..bjalan pun pakai walking frame skrg..tp ok dr dlu..nak bangun x boleh..get well soon fil kak engku..

Jan@Afzan said...

ya kak.. kita sentiasa beringat. kena ada simpanan..sob2x, wlupun sikit...

moga FIL sihat dan memang kita kena redha dengan apa yang mendatang..At least akak tahu yg FIL sakit. Kita sure dah ready dengan apa jua yang berlaku...

Doa banyak2 dan take care kak

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam kak elly,
Moga semuanya selamat..AMIN

mamabeauty said...

semoga dipermudahkan ..

baca doa Nabi Yunus banyak2