Nuffnang Advertisement

Friday, October 31, 2014

Resepi Pavlova


Hari ni nak share dengan korang Resepi Pavlova. Dah lama buat baru teringat nak share dengan korang. Pavlova ni first time Kak Engku makan dan rasa dengan Kak Pilla dekat Alexis, Great Eastern Mall. Rupanya Filla pun first time jugak terkulat2 muka memasing bila makan...hahaha. Tapi waktu tu baru kenal cover2 lah sikit muka tu tak nampak lah macam jakun sangat. 

Kalau tanya Kak Engku sedap ker tidak....jawapan nyer Kak Engku mmg tak suka cake tak suka benda manis. Ice Cream pun Kak Engku kurang makan. En Win selalu kutuk Kak Engku tak modern..Eh! biarlah i jaga kesihatan tau. 

Kenapa Kak Engku tak suka cake dan ice cream. Jawapanyer dulu mak ngan abah jarang beli benda2 macam ni kat rumah sampai lah kitaorang besar. Kalau makan ice cream pun buatan sendiri. Ice Cream Malaysia yang ad perisa asam boi, milo dan kalau nak lebih creative lagi Ice Cream perisa cendol. Adik beradik kan ramai pitam bapak aku nak beli. Mak selalu buat kuih melayu jer kat rumah. Kalau korang letak Cake dengan cokodok pisang pada waktu yang sama of course Kak Engku pilih Cokodok pisang...hahaha. I kan perempuan melayu terakhir. Serius abah mmg jarang bagi kitaorang makan benda manis dulu2 bukan sebab jaga kesihatan tapi faktor kewangan, Kitaorang tak biasa dimewahkan dengan benda macam ni. Jadi aku dah terbiasa....kalau gi hotel ada cake dan puding aku lebih prefer ambik puding.

Tapi bila dah kawin ni dapat pulak laki yang mmg penggila dessert termasuk anak2 sekali terpaksa lah Kak Engku belajar. Maklum lah nak memikat suami kan dengan masakan jadi tak salah kita gemuk kan suami sekali....hahahah. So pelan2 Kak Engku belajar buat cake dan dessert ni.



Cabinet ni pun dah penuh...ingat nak buat cabinet besar sikit so dapat lah susun cantik2 dan senang nak cari barang nanti. Ini satu tempat aku sumbatkan semua barang...sesak mata Kak Engku tau...aaaauuuwww



Assistant hari ni Yaya. 

Lukis bulatan kat baking paper lepas tu terbalik kan letak atas loyang.



Bahan2

4 biji telur (ambik putih terlus sahaja)
3/4 cawan gula custor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
buahan2
Whipped Cream (gambar kat atas tu Kak Engku salah beli...jap lagi kak engku tunjuk yang betul punya)


Amaran: Pastikan mixer korang bersih. Telur putih tu makesure tak ada secoet pun kuning telur sebab nanti tak jadi "meringue"



Pukul putih telur sehingga menjadi kembang dan lembut seperti buih2 sabun



Masuk kan gula sikit demi sedikit



Nampak tak putih telur tu...kalau korang terlangkup kan mangkuk mixer tu putih telur tu tak jatuh dan bergerak pun baru lah perfect.

Lepas tu baru lah masukan esen vanilla, tepung jagung, cuka dan gaul sebati dengan spatula.



Dah rata baru tuangkan keatas baking paper tadi. 

Panas kan over 150 darjah celcius terlebih dan dahulu dan bakar selama 1 jam or 1 jam 15 minute.



Sementara korang dah boleh potong buah2an



Pandainyerrrrrr...,hahahah



Biarkan Pavlova tu betul2 sejuk baru lah letak whipped cream dan buah2an. Kak Engku tersalah beli...ada ker beli dessert topping mmg benyek lah jadinya.



Cara yang betul beli whipped cream macam kotak kat atas ni pukul sampai cream tu jadi kental. Baru lah tak cair cream tu nanti. Lepas tu korang boleh hias dengan buah2an. Ada faham......


Selamat mencuba!!


9 comments:

Farah Waheda Wahid said...

thanks for sharing kak elly, setakat i is belum lagi cuba buat pavlova, lepas ni bolehlah cuba...hik hik hik...

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Nys Anis said...


Mana pic last sekali yang dah siap?? Nakkk.. Hehe

Jueliza Jamani said...

suka lah dengan daughter akak ni... pavlova buat kecik2 sedap.. heheh..

..nOWa.. said...

sis, kalau kita kurangkan gula tu agak-agak terjejas tak resepi ni? kalau boleh takmo manis sangat..

MamaAliya said...

thanx for sharing kak elly.senang aje rupanya.bahan2 pun mudah.bolehla saya cuba buat nti =)

Lynn Hamzah said...

yeahhh...baru lepas buat...memang senang...dan best...

mamabeauty said...

still juga belum mencuba pavlova ni..

thanks for sharing the resipi

JIten Mallik said...

Thanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. I have already bookmarked you.
Bulk SMS plugin provider in Cuttack, Bulk SMS Services in Cuttack