Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 8, 2014

Raya Haji 2014


Raya Haji tahun ni meriah giler tapi sangat meletihkan. Dari KL ker Melaka lepas tu terbang pulak ke Kedah. Dah macam wakil rakyat aku rasa. Maklum lah orang penting kalau tak datang tak seronok majlis tu nanti...hahahaha.

Sebelum aku balik Melaka singgah umah mak dulu. Raya nanti mak tak ada sebab gi PD dengan kakak aku..so makan2 adik beradik kitaorang buat hari Sabtu.



Apa yang mak masak semua sedap. Sedap sampai aku tak nak tinggal kan meja makan...sampai tak nak tangkap gambar adik beradik tengah makan sebab takut lauk habis. Diorang ni macam pirana sikit suka berebut2 padahal melambak jer lauk kat dapur. Anak aku tak biasa kecoh2 macam ni nanti dia jadi tak tahu nak makan apa. Diorang pegang jer pinggan tu nanti...hahaha. Aku kan mak yang baik cepat2 ambik kan lauk utk anak2 suh diorang makan depan tv....hahaha. Kejap2 kang aku jerit "Yaya...adik nak tambah nasi tak?" aku jerit jer lah sebab tak berani nak bangun nanti diorang rebut kerusi aku...hahaha

Lepas settled makan2...salam2...cium2....terus ketaorang gerak ke Melaka pulak. Alaaaaaa lupa nak tangkap dapur baru mak....hahaha. Nanti2 share lah.

Mak ngan Bapak En Win tak dapat gi Melaka jadi aku ngan En Win wakil kan keluarga inlaw aku. 



Balik kampung. 

Tak sabar rasanya nak share dengan korang produk yang aku gunakan ni...tapi tunggu sikit jer lagi ada benda2 yang aku kena make sure kan lagi. Tunggu lah ya...mungkin sebulan dua lagi...InsyaAllah. Gambar kat atas ni Kak Engku tak menggunakan sebarang powder atau foundation. #nofilter #no360camera hahaha giler eksyen 



Malam raya saudara mara kat Melaka buat BBQ...kerlassss sangat ni...hahaha



Korang jangan percaya ngan En Win ni....dia tak membantu langsung. Tukang menyibuk ada lah. Kehulur kehilir jer macam mandor



Terbaikkkkk



Gambar sekadar lakonan



Kengkawan anak2 di kampung



Aku suka semangat gotong royong kat sini...nak makan BBQ sama2 buat collection, sama2 masak, sama2 mengemas. Lepas makan laju jer diorang kemas. Pagi2 sambung pulak masak untuk juadah pagi raya. Kak Engku pemalas ya...tadah jer lah telinga terima makian laser orang melaka...hahaha.



Mak dan ayah. Jangan tanya kenapa aku panggil mak dan ayah sebab dah 100 kali explain korang pepandai lah cari kat blog nanti....amboi eksyen kan...haha



Over happy sangat tu Mak...



Lepas makan layan bebudak main bunga api..sampai terbakar baju sorang budak tu...hahah







Udang fresh giler...



Aku sorang jer rock...pakai baju terjelir lidah. Mana I tahu kata BBQ mesti pakaian santai2. Saja lah tu buat Kak Engku serba salah



Kan dah tak cantik dalam gambar... saja korang kan



Pagi Raya...barulah cantik berbaju kurung sambil membantu di dapur. Walaupun tugas pagi itu hanya memotong lemang.



Mak buat laksam pagi tu. Ya Rabbi sedap giler. 2 pinggan aku bantai pagi tu. Mmg sedap giler Mak...Mak hebat lah...mmg terbaik.



Pinggan pertama



Sessi bergambar di pagi raya



Us

Pukul 10 pagi aku dah terpaksa balik sebab nak kejarkan flight pukul 2pm ker kedah.



Balik hotel salin baju berdesup bawak kereta. Nasib baik tak jem. Kenapa aku ker Kedah?? 

Sebab boss aku ajak...dia kata dah 8 tahun aku kerja ngan dia tak pernah pun sekali beraya kat rumah dia. Ok lah Kak Engku setuju.



Sampai rumah Tan Sri terkejut giler aku...ini open house ker Karnival. Macam2 makan ada...goreng cempedak, goreng pisang, putu piring, mee kari, kambing segala makanan ada lah...



Meriahkan...



Eh! apam balik pun ada



Kiddos!!



Berdua lebih baik...hahaha



Yang baju oren tu lah boss kita.



Esok dah  balik tapi sempat pekena nasi royale. Bahagianyer perut


11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya

εïзmummyHazaεïз said...

Waaaa best.. Nampak lebih meriah dr aidilfitri, kannn. Open house bagai.. Best best

Nurulhuda Abdul Latip said...

Laksam colorful??? Menariknya terus rasa lapar..

Lynn Hamzah said...

memang macam YB la kak elly...terkejar sana sini...

kittyminchanz said...

Laksam tu dah mcm wayar usb je kaler2 gitu haha

mamabeauty said...

amboi bestnya dapat jemputan jauh tu hehe..

mama tisya said...

laksam colorful...meriah

mrs kayrul said...

best betul udang...mesti puas makan

FadlinaMokhtar said...

Kk engku lawa sangat.laksam tu pun sama tertarik menarik

FAD

Eleza Fahana said...

CM KENAL JE YG TUKANG BAKAR BBQ TU, PKI BJ BIRU PAKCIK ASRAI...

Norma NML said...

bestnya..:-)