Nuffnang Advertisement

Friday, October 10, 2014

Pengalaman Berniaga


Salam Jumaat korang...hari ni nak share sikit pengalaman berniaga Kak Engku dengan En Win waktu ketika dulu...hahaha. Sejarah ni siapa yang berminat berniaga atau baru nak mulakan perniagaan baik korang baca sampai habis.

Kalau dibandingkan berniaga di kedai dengan berniaga secara online, kak Engku rasa sesiapa yang baru memulakan perniagaan baik korang pilih untuk berniaga online sebab berniaga online ni risiko agak kurang sebab korang tak perlu membayar sewa kedai dan membayar gaji pekerja. Kalau dah maju online tu nanti baru korang fikir langkah seterusnya. Cita2 tu jangan terus besar melainkan korang ada betul2 pengalaman dan modal yang cukup.

Kak Engku dengan En Win dah masak dengan dunia perniagaan ni...amboi eksyen sangat ni. Kena tipu dengan kawan jangan cakap lah. Pura2 baik tapi tikam dari belakang. Ada yang pura2 rapat dengan kita tanya itu ini sampai bawak ke Guangzhou pun ada tapi tau2 dia pergi senyap2 tiru pulak perniagaan yang kita buat. Memang lah tak salah rezeki masing2 tapi jangan sampai tutup periuk nasi orang itu kejam namanya. Kita bersahabat kena jujur dan saling menghormati.

Ada juga jenis meniru design orang tapi mati2 cakap itu design dia. Tak elok macam tu kita nak berniaga ni kena jujur. Jangan terlalu tamak sebab esok2 nanti orang akan tahu jugak penipuan kita...kan dah malu.

Siapa yang baca blog Kak Engku dari dulu mesti tertanya2 kenapa Kak Engku tutup kedai di Bukit Bintang dan Sungei Wang. Kalau tutup kedai bermakna perniagaan tak laku atau tak mampu membayar kos bulanan. Ya...Kak Engku mengaku permulaan berniaga, alhamdullilah rezeki melimpah dan Kak Engku mampu membuka cawangan tapi orang dengki dan busuk hati ada dimana2. Kak Engku menjual baju ready made macam t-shirt, blouse, jeans dan macam2 lagi. Menjual macam kedai2 yang lain jugak dan pesaing Kak Engku pada waktu itu peniaga2 cina. Bila kedai dah mulai dikenali kedai lain yang dikeliling start dengki. Diorang pakat nak jatuhkan Daneadani (nama kedai Kak Engku). Siapa yang pernah buka kedai di Sungei Wang saja akan tahu...komuniti peniaga cina disana agak besar berbanding dengan peniaga melayu. Kak Engku jual harga biasa lah...tapi kedai lain pakat buat 'All item RM25.00" disebabkan baju2 Kak Engku pada masa itu agak sama dengan kedai2 yang lain jadi Kak Engku terpaksa mengikut pesaing. Maka harga baju terpaksa diturunkan. Seminggu selepas itu diorang turun harga lagi menjadi "All item RM19.90". Waktu ni aku dengan En Win dah pening kepala...ok takpe kita ikut jugak. Seminggu kemudian semua kedai pakat turun kan harga lagi "All item RM9.90". Ini semua taktik perniagaan. Peniaga cina disana boleh letak harga serendah mana yang diorang suka kerana diorang beli secara borong. Tapi Kak Engku hanya beli mengikut kemampuan. Of course harga beli secara borong lebih murah berbanding dengan harga Kak Engku yang beli sedikit sahaja quantity nyer. So dari situ pesaing boleh berlawan sesama sendiri dengan meletakan harga yang lebih murah berbanding kami.

 Pitam mmg tak blh nak follow lagi...so kitaorang decide letak harga macam biasa balik. 3 bulan kedai tak ada sales..orang masuk tapi tak beli. Dengan berat hati aku dengan En Win decide tutup kedua2 kedai. Of course sedih giler kita berhempas pulas cari duit tapi disebabkan orang dengki kitaorang terpaksa tutup kedai. Kitaorang rugi waktu tu hampir RM250,000.00

Baju melambak siapa nak pakai....semangat berniaga tu tetap membara. En Win kata  dia cuba berniaga di uptown. Bukak lah kedai tiap2 malam...berhujan dan berpanas. Kes yang sama orang dengki, pekerja curi baju, curi duit. Akhir sekali kitaorang ambik keputusan jual baju secara lelong dapatkan kembali modal dan kitaorang decide mulakan perniagaan yang lain. Alhamdullilah sekarang aku dan En Win dalam bidang movers pulak.

Nak berniaga ni korang tak boleh berputus asa...jatuh bangun ni memang korang kena hadapi. Kalau rajin berlipat ganda keuntungan tapi kalau malas rezeki setakat itu jer lah. Jadi kalau nak maju usaha lebih keras sikit...jgn tunggu rezeki sebab rezeki tak akan datang tanpa usaha. Tapi sekali lagi diingkat kan jgn sampai tutup periuk nasi orang..berniaga lah secara sihat. 

Lagi satu nasihat Kak Engku kalau korang nak share perniagaan dengan kawan2 makesure ada agreement ataupun korang face to face cakap terang2 apa yang kau suka dan apa yang dia tak suka. Kenkadang di sebabkan duit kawan boleh menjadi lawan. Kita tak tahu dan tak boleh baca hati setiap orang. Adik beradik pun boleh bergaduh disebabkan duit. 

Aku dengan En Win dah serik..that way movers ni biar susah macam mana pun kitaorang cari modal sendiri. Tak pinjam orang atau cari share partner. Kalau rugi pun biar aku laki bini yang tanggung.

Kalau nak cite pasal pengalaman mmg tak akan habis. Cuma apa yang Kak Engku boleh pesan...kita berniaga kena lah jujur. Tak perlu lah menipu. Bersaing dengan sihat. Contoh kalau berniaga shawl yang sama tak perlu kot kau buruk2 shawl pihak pesaing. Usaha tu kena lebih sikit...rezeki masing2. Kadang2 bila baca kat FB sampai Kak Engku geleng2 kepala...sah2 nampak baju atau shawl tu kau tiru design orang tapi tetap kau mengaku kau design sendiri...rasanya tak perlu kot menipu customer sebab customer tak bodoh untuk menilai.

Ok nanti sambung lagi yek...




23 comments:

Jueliza Jamani said...

im proud with u kak elly...

nazlin said...

Suka ayat akak
"Lagi satu nasihat Kak Engku kalau korang nak share perniagaan dengan kawan2 makesure ada agreement ataupun korang face to face cakap terang2 apa yang kau suka dan apa yang dia tak suka. Kenkadang di sebabkan duit kawan boleh menjadi lawan. Kita tak tahu dan tak boleh baca hati setiap orang. Adik beradik pun boleh bergaduh disebabkan duit. "
tu la hakikat yg selalu terjadi...better buat sendiri....

Chekgu Azrine said...

Good sharing kak engku ...:-)

Norliana Abdul Rahman said...

good entry.. thks for the info and advice. moga elly and suami makin maju jaya lepas ni!

qisya khadeeja said...

sekarang ni.. tetiba suka bc blog elly in wonderland ni.. hehehe

Lynda Che Lah said...

yes..like perkongsian kak elly

mamabeauty said...

agreed with you rezeki tu kita jemputlah senang cakap.. usaha doa plus tawakal

peniaga online pun mcm2 ragam gaks..

anw thanks for sharing a good tips

Nurzakiah Hanum said...

saya bangga dengan akak

o biz said...

Tenkiu kak elly, atas nasihat tu. Saya pun hampir putus asa sebelum ni. Almaklumlah, baru nak cuba bidang niaga online. Banyak nak kena belajar dan timba ilmu dari orang yang lebih berpengalaman tentang selok-belok perniagaan cam kak elly. Harap akak sudi bagi nasihat pada saya yang baru setahun jagung dalam bidang nie. :D

Nadia Nadira said...

thank you kak elly for sharing this, memang nak tanya pun dekat akk macam mana akak start berbisnes :)

siti said...

Semangat tetiba dtg bila baca....

li n said...

Moga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan keluarga yang bahagia :)

simpletostyle said...

Yes... sgt setuju part share partner tu. Dr pengalaman sendiri bukak workshop, awal2 semua ok.alhamdulillah business ok. Masuk tahun ketiga salah sorg share partner dh start gelap mata sbb duit. Hbs duit workshop dikebas. Buruk-burukkan bengkel yg set up sama2, tp dlm ms sama promote business baru yg dia set up..

business kedua dlm bidang telecommunication, pun sama duit lesap... skg kami laki bini dh serik.. cukup lh share berdua je laki bini..

athi FATHIYAH said...

good info sgt!

Maria Ismail said...

Nice sharing kak elly...sy pun berniaga secara online sahaja sejak 2009,mula2 share ngn kawan tanpa agreement/hitam putih...last2 modal kawan mintak balik...kemudian berjinak2 dengan MLM,macam2 MLM...hehe.Akhirnya pada bulan julai tahun lepas terlibat lagi dengan MLM,tapi honestly yang ini berbeza sekali dengan MLM yg lepas...doakan saya berjaya dengan bisnes ini...tq
http://www.vitaminderias.com

comfortandblissfullife said...

sangat kagum dgn semangat kak elly n husband
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

comfortandblissfullife said...

sangat kagum dgn semangat kak elly n husband
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

faraherda.razalan said...

Salam Kak Elly. Selama ni saya silent reader Kak Elly. Makin lama makin baca, skg ni dah tak boleh thn dah. Nak komen jgk!:-

TQ byk2 untuk entry ni. Sy mmg plan nak bukak bisnes sbb terdesak dgn kos hidup yg makin tgi. Please kak, tlg smbg lagi entri experience akak ni. Pleaseeeeeeeeee!

Bazlia Amoza said...

thanks kak engku for the tips..saya pun kini dalam fasa berjinak2 dgn berniaga online dulu..sambil2 tu kumpul pengalaman..memang betul kata kak engku berniaga biarlah jujur dan jgn sampai ada niat nak tutup periuk nasi org...rezeki akan dtg bila kita rajin..klu malas apa pun tak dtg kan...

Nur Hamizah Tuan Ibrahim said...

http://peruserpaid.com/?u=119622

Lulu Mangkona said...

Sy pun....lepas awk pun boleh share pengalaman

PerinduILahi said...

SIS TANHKS SO MUCH PASAL POST NI, SEBAB HARINI PERNIAAGAAN SAYA TAK LAKU JADI SAYA FRUST SANGAT, RUPANYA SIS LAGI TERUK KENA.. OKAYY SEKARANG SAYA NK BANGKIT BALIK.. HMMM MOHON BAGI SAYA KATA2 SEMANGAT SIS IDOLA SAYA. HAHA

Mat Zarif said...

Skrg.cmana bisnes..leh share ke?