Nuffnang Advertisement

Thursday, October 23, 2014

Casting


Korang tahu kan yang dua orang anak aku ni suka buat youtube atau video parody. So aku nampak bakat diorang mmg kearah hiburan. Cuma aku tak tahu samada budak2 berdua ni berani tak berdepan dengan realiti atau diorang cuma berani buat video kat dalam bilik jer.

Asal buat video jer mesti nak cakap omputeh...nyanyi pun beriya2 lagu omputeh so aku tak pasti kalau bawak gi casting diorang boleh tak beraksi dalam bahasa melayu...cewah! bunyi macam eksyen sangat ni...haha. Tapi mmg itu lah anak2 aku terlampau sangat nengok video2 omputih itu yang terikut2 sangat.

Aku tak nak bakat diorang terbiar macam tu sahaja so why not aku bawak diorang gi casting mana2. Mula2 tu excited lah budak berdua ni tapi Yaya agak pemalu...adik berani kedepan. Lagipun casting hari tu untuk budak2 berusia 6 hingga ke 9 tahun jer. InsyaAllah next casting aku nak bawak Yaya pulak.

Sebelum pergi aku sengaja takut2 kan adik cakap kena buat itu ini...bahasa melayu kena bagus. Eh! budak kecik ni jiwa kental dia tak takut langsung...selamba jer jawab "Adik boleh mama". So dari sini aku tahu yang dia mmg berani cuma bakat tu tak tahu lagi.



Sampai jer tempat casting aku pulak yang over takut. Takut anak aku tak dapat buat sebab ini pertama kali dia berdepan dengan camera dan kena berlakon dengan orang luar. Tapi anak selamba jer muka..eh! biar betul budak ni...hahaha.



Mula2 adik kena perkenalkan diri...nama, hobby, umur dan macam2 lagi. Aku tgk dia boleh berdepan dengan camera dan suara pun tak bergegar2 so aku dah start konpiden adik boleh buat.



Part 1 : Adik kena berlakon memujuk ibunya supaya beli kan dia Lego. Jadi dia kena merayu2 sampai ibunya bersetuju. Part 1 adik agak gugup sikit sebab dia tak tahu apa nak cakap ...script kena spontan. Seperti biasa aku kat tepi tu siap tunjuk action peluk lah...melutut lah....hahaha

Part 2 : Adik kena berdoa dan tetiba ada duit muncul depan mata. Adik kena tunjukan scene sedih dan tetiba gembira. So seperti biasa aku yang meloncat kat tepi tu suh tunjuk gembira. Nasib baik diorang tak halau aku keluar ...hahaha



Part 3: Adik kena buat memek muka gembira, takut dan sedih.

Mungkin ini pengalaman pertama untuk adik so dia tak dapat buat yang terbaik. Takpe kalau tak berjaya kita cuba lagi yek. At least adik dan Yaya dah dapat rasai pengalaman pertama dan tahu apa itu casting. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mama.

Go adik...Go Adik. Kita sama2 tunggu keputusan minggu depan.





12 comments:

Lynn Hamzah said...

wow...comfirm leh dapat la...sebab kak elly dah tunjuk cara...hihihi...

Permatabiru said...

good luck untuk adik..apasalahnya sokong minat anak2..moga menjadi org berjaya..:)

kathy jem said...

Wahhhh berbakat la anak ko ni Elly..harap2 dia dpt.. :)

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Chekgu Azrine said...

Good luck!!!

FadlinaMokhtar said...

Gud luck adik.mesti dapat punyer.bagus la casting ni bagi depa self confidence.
FAD

mamabeauty said...

wah gud luck Adik.. pasti boleh

I Gusti Putu Roy Subawa said...

wah anaknya pinter... support buat anaknya, silahkan kunjungi juga blog saya
http://weightlossblog-roy.blogspot.com/

comfortandblissfullife said...

good luck to ur daughter elly...
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

comfortandblissfullife said...

good luck to ur daughter elly...
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

Cik Puan Eka said...

good luck adik. takpe. Pengalaman nie :)

Fiza Zasmi said...

tererlah adik! Mak artiskan, kene blajar ngan mak lagi.. heheheh