Nuffnang Advertisement

Monday, October 27, 2014

Atas Pagar


Korang pernah tak berdepan dengan orang atas pagar. Orang atas pagar ni orang yang tak pandai buat keputusan..play safe kata orang putih. Jenis sini kau sokong sana pun kau sokong dengan lebih tepat lagi orang yang tak ada pendirian. Kalau mintak buat keputusan atau tanya pendapat jenis tak tahu nak jawab. 

Contoh kau tanya pendapat tentang course yang kau nak ambik. Nanti depan kau dijawab bagus tapi dengan orang lain dia jawab "apa ker bangang pilih course tu". Kata lah pilihan kau tak berjaya….depan kau dia jawab tak apa cuba lagi tapi belakang kau dia jawab "kan aku dah cakap". Korang faham tak apa yang aku maksudkan orang atas pagar ni  dah lah tak pandai buat keputusan tapi pilihan dia lebih ke arah yang nak menang jer, dia jer betul konon pendapat dia bagus padahal dia tak buat apa2 keputusan atau beri apa2 pendapat pun. 

Orang macam ni sangat2 bahaya sebab dia tak ada pendirian dan masa yang sama suka menghasut orang dengan keputusan yang dia sendiri tak tahu betul ker tidak sebenarnya. Aku tak tahu sama ada korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan tapi aku benci orang macam ni. Gunting dalam lipatan pun ada gaks.

Tolong lah berpendirian sikit….suka cakap suka…tak suka suara kan. Ni depan orang tu kau suka belakang kau cakap lain hasut orang itu ini. Orang macam ni ada masalah dalam hidup aku rasa sebab dia sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk dia. 

Kalau tak tahu buat keputusan sekali pun cuba dengar pendapat orang. Ini tak pendapat orang kau tak nak dengar tapi kau sendiri tak tahu nak buat keputusan harap bila dapat keputusan kononya itu lah yang kau cakap dan fikirkan selama ni…

Siapa yang ada sikap macam ni tolong lah ubah…kau buat orang bergaduh jer….kau buat orang terasa hati sebab sikap kau yang berdolak dalik dan suka duduk atas pagar. Sana sini semua kau sokong dan akhirnya kau tak mengaku punca pergaduhan atau terasa hati tu sebenarnya datang dari orang atas pagar ni. 

Kau dah besar tolong lah ubah perangai tu ya…….jangan nak nampak elok jer depan mata orang. Padahal perangan macam ****** tak tahu nak tulis…lu pikir lah sendiri

13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ada ramai org mcm nie

InaYusoff said...

biasa jumpe orang macam ni..

talam dua muka..

#for da first time komen ..

mamabeauty said...

memang ada org mcm ni.. minta dijauhkan..

Sue said...

owh org mcm tu nama nye kuih talam. talam berlapis pun boleh.. bahasa melayu kata talam 2 muka. depan kita lain, belakang kita cakap lain pulak. mmg kena hati2. dan dgn org mcm ni, tak guna kalau kita nak bertekak pon, sbb ujung2 dia je yg nak menang

Ayu azmir said...

Betul tu... selalu jugak kene macam ni....

Allene said...

xde self confident. patut kita kena confident dengan diri sendiri

Chekgu Azrine said...

Mntk jauhkan org2 cmni dekat dgn kita...amin

AMANI JIBRIEL said...

Yer kak elly, mmg wujud org mcm nie, sebaiknya kita jauhkan diri dr org ini kerana dia lah punca kita bergaduh ngn org lain... dia seperti mahu "konker" sumanya. bahaya, elok ambil pengajaran dan jauhkn diri... ini apa yg saya alami kini... sedih tp hnya allah yg maha ketahui... pd NYA jua kita berserah...

Anisah rahim said...

Jangan pernah bercerita dengan orang begini..taubat !

Nastyna said...

ini yang kita panggil "lalang".. angin tiup sini dia ikut sini, angin tiup sana dia pun ikut sama.

εïзmummyHazaεïз said...

Xsuka manusia jenis yg mcm ni. Seboleh2nye jauhkan diri, klu xkawan pon lagi bagus kan

ahtzelin said...

Betoi sangat elly oiii

noor shuhaifah shukri said...

saya doakan moga FIL kak elly cepat sembuh...Aamiin