Nuffnang Advertisement

Tuesday, October 7, 2014

Ameera's Birthday


Actually hari jadi Ameera aka adik hari ni. Tapi budak kenit ni nak kitaorang wish dia pukul 12 malam tadi. Paksa bawak dia kat Starbucks. Melampau sangat permintaan ni. Aku dah naik angin waktu tu...pujuk cakap beli cake jer lah nanti tiup lah kul 12 malam kang. Eh! merajuk pulak terus nyorok bawah katil setengah jam....hahahaha. Aku relax jer tapi seperti biasa En Win tak sampai hati. Dia kata biar lah permintaan dia nak celebrate kat luar. Maka dengan muka tak senonoh keluar lah kitaorang pukul 11 malam menuju ker Starbucks Pavillion.

Budak kenit  ni senang jer jaga, tak banyak kerenah langsung. Makan pun cuma ayam goreng kunyit dengan butter prawn jer. Tapi kuat merajuk...cakap salah sikit teperesuk bawah katil..eh! lantak lah kau situ...hahaha. Ameera kalau merajuk aku jarang pujuk sebab lagi dipujuk lagi banyak ngodo nyer. Bila dia dah penat merajuk dia sendiri akan datang dan peluk aku balik. Tapi En Win tak sabar kalau sikenit ni merajuk dan2 tu dia pujuk mmg lagi mengado lah budak tu.

Si kenit ni jenis budak yang tak reti duduk diam...badan sentiasa jer bergerak. Kalau tengah duduk tengok tv nanti dia akan pergi kat mana2 ruang kosong dia akan terbalik2 kan badan dia. Kalau dalam kereta pun terloncat2. Kalau gi makan dia duduk sekejap jer nanti laju jer duduk atas riba En Win. Suka memanjat...kalau pintu rumah tu habis dipanjat sambil bergayut. Suka menari dan buat video pelik2. Habis dia lukis kening dengan colour pencil hitam lepas tu nanti dia camtumkan kening tu...hahaha. Kadang2 bila tgk video sikenit ni terbahak2 aku gelak.

Dia lah pengibur kitaorang kat rumah tu...sebab dia jenis yang suka bercakap. Kalau aku mengamuk suh dia diam tak sampai setengah jam mesti dia tertidur...hahaha




Happy Birthday Darling!! Semoga diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleha...InsyaAllah.



My nyawa



Suka lah tu dapat gi Starbucks



Manja Papa sangat ni...



Manja mama jugak tapi selalu kena marah...hahaha




10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sweetnya

sharon m.q. said...

comel dan lucu betul adik ni.. hehehe..
Happy Birthday, Ameera!

Chekgu Azrine said...

Happy birthday ameera..

Nigina said...

happy birthday ameera

annapeje said...

happy birthday baby ameera :D

FadlinaMokhtar said...

Happy besday adik.makin ayu dah dier.
FAD

mamabeauty said...

happy birthday Ameera, semoga menjadi anak yang solehah

Norma NML said...

comel n sweet..happy bornday Ameera..

MamaAliya said...

Happy birthday ameera.semoga menjadi anak yang solehah =)

Nastyna said...

Happy birthday Ameera..may Allah bless u.