Nuffnang Advertisement

Monday, September 8, 2014

Weekend


Ini cite semalam...cite hari Sabtu gambar belum download lagi. Jadi kita cite mana yang ada dulu. Aku perasan lately ni perangai aku dah banyak kearah mak dolo2...hahaha. Kalau dulu hujung minggu aku boleh membuta sampai kul 10 sekarang pukul 8 pagi aku dah kat dapur sediakan sarapan. Kelentung kelentang sorang2. Anak2 selalunya aku akan kejutkan suruh diorang mandi lepas tu memasing akan bermalasan depan tv. 

Aku jenis suka buat kerja bersendirian...mengemas, membasuh, menyapu semua aku akan buat sendiri. Aku mmg tak akan suruh anak2 aku buat sebabnya aku malas nak membebel. Aku cerewet, dari mulut aku penat membebel dari hati aku panas baik aku buat sorang2..biarlah aku penat asal aku puas hati. Esok2 korang dah besar dah ada suami pandai lah korang jaga rumah tangga. 

Kalau korang dengar dan baca ayat aku kat atas ni mesti korang tak setuju kan sebab aku tak mengajar anak2. Macam mana nak cakap yek...aku ni dulu pemalas giler waktu remaja, mak aku pun jarang paksa aku masak atau mengemas sebab aku ada dua Kakak kat atas aku yang banyak membantu mak. Mak aku ni jenis sempoi...kau  yang nak hidup ngan laki kau bukannya mak pepandai lah  jaga laki kau nanti...gitu ayat nyer. Waktu En Win jumpa mak aku, cakap nak kawin..mak aku mmg dah sound awal2 anak dia ni pemalas dan tak tau masak. Tapi disebabkan En Win tergiler2 kan aku sangat di redha jer lah...hahaha

Tapi walaupun pun aku ni pemalas tapi aku tahu yang mak aku ni pengemas, mak aku rajin masak, makanan pagi, tengahari, petang dan malam sentiasa tersedia. Aku dah terbiasa dengan rutin apa yang mak aku lakukan setiap hari. Mungkin cara mak aku mengajar dari segi pemerhatian...kau tgk aku buat, esok2 kau tiru jer lah...hahaha. So aku rasa bila korang dah terbiasa dengan kehidupan yang bersih dan sentiasa ada makanan, otomatik korang akan terikut bila berkawin nanti. Tapi tak tahu lah kalau ada yang degil gaks...itu lantak korang lah...hahaha

Bila aku berkawin aku selalu sematkan dalam hati nak jadi macam mak walaupun pengetahuan aku dalam mengemas dan memasak adalah zero. Slowly aku belajar dan akhirnya aku hampir jadi seperti Mak. Aku tak nak hiprokrit...terang2 aku cakap anak2 mmg pemalas tapi aku cuba ikut konsep mak aku. Anak aku dah besar dan boleh berfikir apa yang aku suka buat nak apa yang aku tak suka tgk!! diorang kena alert benda tu

Tapi bukanlah aku tak ajar langsung anak2...kalau bilik macam kucing beranak mmg kena libas lah, pinggan makan tak basuh mmg ku petirkan. Cara memasingkan korang ibu of course kita nak terbaik untuk anak2. Cuma mungkin cara didikan tu berlainan. Jgn pulak korang ngumpat2 pulak cara didikan aku sbb tak sama dengan didikan korang. Jaga jer lah anak memasing tak yah korang nak pening2 kepala...hahahaha. 

Kalau fikir balik ayat mak aku ni ada gaks betulnya "Pandai2 korang jaga laki tu nanti" simple jer ayat tu tapi mendalam maksudnyer kan!! Pilihan ditangan korang kalau nak terbaik untuk keluarga sendiri, berusaha...mak bapak cuma dapat nasihat jer tapi tak dapat nak membantu. Begitu jugak dengan pelajaran nak berjaya nak bergaji besar usaha kena lebih. Yang penting kena sentiasa nasihat dan sematkan dalan jiwa anak2 kita...gitu kaedahnya.



Penatlah membebel...ini sarapan semalam. Ingat kan dah goreng mee hoon lunch lambat lah sikit...tak ada nyer. Kul 11.30 En Win dah jerit2 lapar. Kau ni kenapa bang!!



Masak simple jer...ayam potong kecik2 masak kan sambal kering2. Ini lauk budak2.



Aku ngan En Win makan asam pedas. Senang laki aku ni satu lauk pun jadi asal ada makanan.



Petang lepak kat Pavillion...nak cari baju kerja sikit.



Paberet Churros



Sawan Cermin...abaikan



Dua beradik ni mmg rapat...rapat2 pun selalu bertengkar. Aku biarkan kang kalau dah terjerit2 dua2 aku libas



Fesyen terbaru Crown Flower...mcm2 budak2 ni. Kakak nya melayan jer perangai adik dia.



Malam budak2 teringin nak makan cake...suh aku guide diorang buat cake pisang. Nanti Kak Engku share resepi ya.

Itu jer weekend kami!!

9 comments:

Azura Aziz said...

setuju sgt dgn statement kak engku ;)

Chekgu Azrine said...

Kak elly ni rajin tau.blh byg tahap kerajinan akk tu.suka tgok kehidupan akk.

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Suhaila abd manap said...

Pandai elly ni buat kek....kata dulu tak pandai membaking2 ni.....jemput2 la jengah blog akak yerrr...saya budak baru belajar...i is malu uuuu....hahhahha (akak silent reader sblm ni....)

Lynn Hamzah said...

betul la kak elly...saya pun prefer buat kerja sorang-sorang...

Nor Aishah Jailani said...

Akak pon sama dengan awak..suka buat kerja sendiri..cepat..kalau suruh anak2 buat sakit dada je..kemas sendiri penat tapi puas hati..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mak ila pulak memang memetir kalau kitaorg tak tolong mak.. masa kecik2 je dia memetir.. masuk sekolah menengah dah tak payah petr sebab semua dah tau tanggungjawab siap ada jadual haha

mamabeauty said...

samala dear

mcm mana pun kita ni sure ada sifat2 keibuan kans..

Irz Zack said...

kak elly ni memang terbaik lah. Suka tengok akak mengurus rumah. mencantik2 kan rumah. semua lah. i is adored you lah. huhuhu