Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 23, 2014

Tips Keselamatan Gas Petronas


*Scroll down for new entry*

Dua hari lepas tengah2 masak ayam goreng tetiba gas habis...aku kalau tengah masak gas pulak habis mood akan jadi kelaut. Ialah tengah berkobar2 tetiba kena berhenti harus lah asap keluar kat telinga...I don't like ok!!. tapi tak ada orang nak layan pun kalau aku tension2 ni kecuali En Win lah yang jadi mangsa kena beli gas kat kedai. 



Pilihan aku dari dulu mmg Gas Petronas. Dari nenek, mak sampai lah aku mmg pengguna setia. Kenapa aku pilih Petronas sebab service yang diorang berikan mmg tip top mintak apa2 bantuan sekejap jer dah sampai. Hubungi jer 1 300 888 181 bantuan akan diberikan

Korang tau tak aku ni kan tau masak jer kalau korang suruh aku pasang2 gas kat dapur memang tak pandai...kalau En Win tak ada kat rumah mmg tak berpasang lah tong gas tu...bukan susah tapi sengaja bagi laki aku buat kerja sikit...kahkahkah.

Sebenarnya aku agak cerewet bila bab2 keselamatan ni...aku takut kalau tersilap pasang nanti meletup...korang tau lah imagination aku kan selalu over jadi aku tak akan sentuh benda2 macam ni. Hari tu En Win paksa aku belajar gaks dia kata senang nanti...tapi mmg x konpiden lah waktu pasang tu. 

Semalam tengah lunch kat office teringat nak tgk you tube cara2 pasang regulator gas dengan betul..hahaha. Jgn nak ngada gelak kan akak ya, benda ni sangat2 penting, macam mana nak tahu kebocoran semua dan ya paling best nak share cerita kat you tube yang sangat2 berguna untuk dikongsi bersama2. 





Cerita ini menyesahkan Chef Wan yang memang banyak pengalaman didapur berkongsi dengan pengguna cara2 penggunaan Gas yang betul dan yang paling penting menerangkan ciri2 keselamatan di dapur yang perlu kita praktikan. Serious korang sangat2 berguna tips2 yang diberikan dan yang paling best Chef Wan ada share resepi di penghujung cerita.

Setelah tengok cerita ini baru akak tahu bagaimana nak check kebocoran dan yang paling2 penting pastikan alat atur (regulator) dan hos gas ada kelulusan dari SIRIM dan Petronas syorkan untuk untuk menukar alat atur (regulator) setiap 5 tahun dan Hos Gas setiap 2 tahun. 





Contoh Hos Gas yang mendapat kelulusan dari SIRIM. Jgn nak  murah sanggup beli jer dekat kedai yang tak di iktiraf oleh SIRIM. No...No...No bahaya ya dan paling penting tanggalkan Hos jika anda ingin meninggalkan rumah ataupun jika tidak memasak.




Regulator sebelah kiri tu mempunyai kelulusan dari SIRIM.  

Sekiranya terdapat bau aneh dan ada serangga berada di regulator menandakan ada kebocoran ataupun korang boleh check menggunakan buih sabun kalau nak pastikan ada kebocoran ataupun tidak.

Kat bawah ni akak share kan Tips Keselamatan dari Gas PETRONAS :-

1. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan - Biarkan kuali panas atas dapur korang tengok TV. Jangan ya bahaya tau

2. Pastikan terdapat pengaliran udara - Bila masak pastikan tingkap semua terbuka

3. Dapur gas hendaklah lebih tinggi dari silinder

4. Jarak selamat minima antara silinder gas dan dapur adaah 1.0 - 1.5 meter

5. Jangan simpan silinder di tempat yang bertutup dan pastikan ada ruang udara

6. Bau aneh dan serangga akan berada di alat atur menandakan ada kebocoran

7. Padamkan semua punca api dan jangan memetik sus elektrik jikalau terdapat bau aneh seperti kebocoran gas

8. Jika berlaku kebocoran gas, hubungi PETRONAS Mesralink di talian 1300 888 181

9. Jika berlaku kebakaran hubungi Bomba (999) dengan segera

10. Jangan baringkan silinder

11. Nyalakan api sebelum memasang suis dapur

12. Pastikan alat atur (regulator) dan hos gas diluluskan oleh SIRIM

13. Disyorkan untuk menukar alat atur (regulator) setiap 5 tahun dan hos setiap 2 tahun

14. Gunakan air sabun untuk mengesan kebocoran. Jika terdapat buih, ini bermakna ada kebocoran

15. Periksa alat atur (regulator) dan hos dari masa kesemasa

16. Tutup suis dapur dan injap alat atur (regulator) jika tidak memasak.


Harap apa yang aku share ni dapat sama2 kita manafaatkan dan pastikan korang menonton youtube diatas ya. Ia sangat2 berguna untuk kita semua.






4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

perkongsian yang bagus
thanks

Fieda Zan said...

bagus kak elly.. saya pun sampai sekarang tak berani nak pasang sendiri.. if gas habis.. tak berasapla dapur kalau encik hubby takder.

Lynn Hamzah said...

good sharing...balik nie memang kena check gas kat dapur...

mamabeauty said...

thanks for sharing dear