Nuffnang Advertisement

Thursday, September 18, 2014

SHARP Plasmacluster Air Purifier


*scroll down for new entry*

Hari tu aku ada cite kan pasal anak aku yang no.2 tu ada Sinus. Adik allergic dengan habuk..that way mmg kerja aku mengemop dan mengelap jer untuk pastikan lantai dan rumah bersih. Bilik tidur mmg pastikan tak ada carpet dan barang terlalu banyak. Kesian adik,  kalau aku sibuk tak sempat nak tukar cadar atau mop rumah nanti kau boleh dengar dia asyik bersin jer lepas tu mata start gatal2, berair. Nanti boleh nampak dia tenyeh mata macam nak terkeluar biji mata. Kadang2 kalau terlampau gatal muka akan jadi bengkak. 

Hari tu dah jumpa doktor Pakar Kanak2 adik kena pakai ubat yang sembur kat hidung tu selama 6 bulan. Doktor cakap Adik kena duduk tempat yang persekitaranya sentiasa bersih, otherwise Sinus dia susah nak hilang. Lepas dah settled jumpa doktor pakar aku ngan En Win decide nak letak Air Purifier kat bilik dan hall bagi kurang kan bacteria kat udara. Kesian budak kecik tu asyik bersin jer. Nak pulak sekarang udara kat luar pun tak bersih asyik Haze jer.


Kitaorang survey satu2 dan paling terpahat dihati adalah Sharp Plasmacluster Air Purifier. Harga sangat2 berpatutan dan semua orang aku rasa mampu miliki.

Kenapa kami pilih Sharp Plasmacluster??

Sebabnya Teknologi nyer dapat menyegarkan udara dan dapat menghapuskan udara yang tercemar yang tidak boleh dilihat dari mata kasar.



Yang paling2 best Sharp Plasmacluster Air Purifier ada fungsi Haze Mode untuk membersihkan udara dengan satu sentuhan sahaja dan aku rasa sangat berbaloi untuk kita semua. 

Kitaorang decide beli Model FPE50E. Model Plusmacluster ni tengah hangat dipasaran dan hampir 50 juta units Plasmacluster ini telah dijual. Dari sini korang boleh tahu how good the product kan!! 

Button kat atas tu pun senang untuk difahami...Fan Speed korang boleh control kalau rasa2 macam banyak habuk tekan kuat sikit button Fan tu. Paling2 bagus korang nampak tak light warna hijau tu kalau warna hijau menandakan udara bersih kalau bertukar ker kuning or merah tanda banyak habuk telah dikesan kat tempat tu. Button kunci tu kalau korang tekan nanti semua button akan lock so jangan risau kalau budak main tekan2 kat situ tak ada apa2 terjadi...hahahaha. Korang jugak boleh set time...ikut suka nak pasang berapa lama.




Bahagian belakang




Sebelum pasang pastikan korang bukak kedua2 plastic kat belakang ni.

Minggu pertama pakai Plasmacluster ni macam tak dapat lihat kesan nya sampailah aku bukak kat belakang Air Purifier tu sebab nak cuci...terperanjat aku gila banyak habuk melekat sampai hitam benda tu. Baru lah aku tahu selama ni aku sekeluarga sedut udara yang kotor walaupun hanya didalam rumah. Kalau luar rumah tak tahu lah berapa banyak bakteria lagi.

Serious korang aku memang rekemen Air Purifier dari Sharp ni especially pada sesiapa yang ada anak kecil dan jarang risau walaupun korang pasal 24jam Air Purifier ni bil elektrik korang tak akan melambung tinggi.

Kalau nak tahu lebih details tentang produk ni korang boleh click SHARP Plasmacluster Air Purifier dan kalau dah tengok produk Sharp yang lain boleh click kat sini  SHARP Produk atau click Sharp Love Life  untuk melihat barangan terbaru dari Sharp dan mendapatkan informasi yang terkini tentang barangan Sharp.

Apa tunggu lagi!!!



15 comments:

Shahrul Nizam said...

Salam Kak elly.sy ni silent reader akk.suka sgt bc blog akk.harini br rsa nk komen.hihihi sbb dh lama cr benda alah ni nk letak kt umah.Kak bleh tak nk tau harga air purifier ni?nk budget ujung thn nk bli.oh ya ni sy pkai accnt suami.
-ILA-

Elly said...

@Shahrul harga RM999.00

lynnda Syukur said...

wahh ini sudah baikk

Allene said...

terbaik la kak benda ni. mmg dalam list pun... tp enth bila boleh beli. =D

entry terkini...iklan percuma here

mami said...

Elly, service dia macamana? sharp juga yang dtng service berkala ke? or benda ni tak perlu diservice? kena beli gak tuk rumah...kucing banyak..anak2 asik semput jer

sofiana1704 said...

sy pun pakai panasonic ni tapi yg version awal2 dulu..time dapat anak first dulu way back 2010..mmg bagus untuk udara dalam rumah, kkdang kita tak perasan dalam rumah pun udara kotor...blh tgk kalau husband merokok, org fogging and kalau terk*t*t..haha..terus jadi warna merah...sbb ada gas2 yg tak elok...

Elly said...

@mami : Tak payah hantar service boleh cuci sendiri kat rumah

Shahrul Nizam said...

Tq Kak elly

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhhhh!! org terk**t*t pun dia bleh detct ya, hihihi

Lynn Hamzah said...

wah bagus nie kak elly...tq for sharing...boleh start bajet utk beli satu letak kat dalam bilik juga...

sofiana1704 said...

eh..baru perasan..suka suki je taip panasonic...silap taip..i pun pakai sharp..hahaha...

Sa said...

saya mmg cari di sharp..tp banyak sangat model yg ada.hihih.tp anak elly sinus kan..kalau asthma same tak ?boleh pkai model ni x..

nazemieya ali said...

K.elly...sy br beli sama model.tp bila on bising..mmg gtu ke?frust nya..rasa nk g tukar..ke sy salah psg?

Berndt said...

... aairpurifier.blogspot.com

Elham Norouzi said...

Thank you for posting such a great article
دستگاه تصفیه هوا