Nuffnang Advertisement

Monday, September 22, 2014

Saloma


Korang dah tgk tak kat Astro First. Kalau belum gi tengok cepat2. Ini bukan iklan untuk astro ya tapi cite ni mmg best. Aku bukan lah peminat Saloma tapi aku suka tgk2 cite macam ni. Korang boleh jadikan kehidupan seseorang tu sebagai teladan. Cerita ni ada 2 bahagian. Part 1 and Part 2. Dua minggu lepas aku dah tengok part 1. Part 1 ni cerita zaman Saloma kecik2 dan selepas tu berkawin dengan Arwah A.R Tompel. Part 1 tak berapa syok sangat.

Ntah apa yang aku sibuk sampai terlupa nak tengok sambungan  part 2. Bila terbaca entry Peej tentang part 2 kelam kabut tengok. Part 2 mmg best giler. Mengisahkan kehidupan Saloma bersama P. Ramlee dan Saloma terpaksa melawan sakit Cancer sehingga meninggal dunia.

Kehidupan Saloma serta merta gelap gelita apabila P. Ramlee meninggal dunia. Saloma terlalu sayangkan P.Ramlee sehingga jiwanya turut pergi apabila P.Ramle meninggal dunia. Sedihnya....tak boleh bayangkan perasaan Saloma waktu tu. 
Mengikut cerita dari Pengarah iaitu Melisa Saila. Sewaktu P. Ramlee meninggal dunia Saloma tak menangis langsung. Setitik air mata pun tak keluar sehinggalah keesokan harinya bila Saloma membaca suratkhabar tentang pemergian P.Ramlee baru lah dia menangis sambil menyanyikan lagi 'Dimana kan ku cari ganti". Sedihkan....mungkin aku cite tak berapa sedih tu sebab aku suruh korang tgk supaya korang boleh menangis bersama2 dengan Kak Engku.

Kalau korang baca entry Peej jugak mesti korang tau aku dengan mak peej mmg manja tak bertempat....romantik suka over2 yang selalu buat diorang berdua ni bagi jelingan maut kat aku...hahaha. Macam mana nak cakap yek...aku bukan buat2 romantik ni tapi benda ni semulajadi yang datang dari jiwa....haktuiiiii...hahahahaha.

Aku selalu ada perasaan yang aku tak tahu sampai bila kita dapat hidup bersama. Samada aku pergi dulu atau suami yang akan meninggalkan aku. Aku tak nak hidup dalam kekesalan so masa untuk bersama adalah masa yang sangat2 aku hargai. Bila orang dengar mmg macam nak muntah kan...over sangat suami gi kerja pun nak rindu2 padahal nak bertahun2 kawin...ntah mmg aku tak normal kot....hahaha. Dapat call sekejap...dapat dengar suara pun aku dah ok...hahaha. Aku kurang msg aku lebih kepada call. 

Aku tak ada lah berkepit 24 jam...cuma aku nak En Win selalu ada depan mata tapi tak lah sampai kongkong suami tak boleh keluar, tak boleh kerja. Aku cuma nak waktu malam dia mesti ada sebelah aku....itu sebab waktu En Win bekerja selama setahun di Brunei aku macam hilang semangat. Hanya orang yang sama perangai macam aku jer faham kot. Siapa yang ada perangai brutal macam Filla dan Peej mungkin akan rasa meluat...hahaha venchi korang!! 

Orang kata kalau kita sayang kan orang jangan menunjuk2 nanti jadi benda tak elok orang tepuk tangan, orang gelak kan. Tapi sumpah aku tak menunjuk aku mmg macam tu. Kang kalau gi jenjalan mmg laju jer En Win sambar tangan aku sampai lah balik pimpin tangan...kalau tengah tengok tv terperesok jer aku kat ketiak dia...hahahaha. Pernah satu hari tu kitaorang bergaduh besar kat rumah...pergaduhan yang susah nak di maafkan tapi waktu tidur kami still berpelukan...gilerkan. Kau gaduh tapi tidur berpelukan esok pagi tak tegur balik...ini mmg tak normal...hahaha. 

Mungkin masing2 ada cara tersendiri tunjuk kan kasih sayang. Korang  tak boleh sama kan diri korang dengan orang lain. Benda ni datang dari hati tapi tak salah kalau nak ikut benda yang baik. Aku tak cakap aku ni bagus...buatnya sesuatu yang tak elok terjadi orang gelakkan. Tapi kalau fikir balik biarlah orang nak gelak kan yang penting waktu kau bersama pasangan gunakan masa bersama sebaik mungkin...tak rugi apa2 pun. Laki korang kan....lantak nak buat apa.

Tapi bermanja ni pun kena lah tengok tempat. Jangan lah berpeluk depan orang ramai...tengok2 lah sikit. Kalau 24 jam berkepit aku pun menyampah..haha. Tapi ada baik dan buruk nyer jugak kang kalau melampau  sayang sangat dah jadi macam Saloma pulak tak boleh teruskan hidup....berpada2 lah ya. Lantak korang lah nak macam mana....kannnnnn.

Aku pilih suka sayang2...korang pilih lah sendiri cara mana yang korang sesuai nak tunjuk kan kasih sayang....Akak tak kesah!! hahaha


Al Fatihah

10 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Al-Fatihah...

akak pun suka cete Saloma... akak skrg steiap kali teringat Saloma mesti terbayangkan Nabila.. sampai hari tu dia jadi pengacara utk Anugerah Lawak Warna pun akak rasa cam Saloma yg jadi host tu..

tak apalah cara nak menunjukkan kasih sayang tu tak semua org ada hati macam Elly & En Win.. orang lain peduli apa, ehhehe

Nurzakiah Hanum said...

al fatihah

mamabeauty said...

tgk jugak and quite sedihla towards the end kan hidup diorg..

Farah Waheda Wahid said...

al-fatihah... teringin lah nengok...tak sempat2 lagi...

Allene said...

nak beli gak. tp takut tak best cerita dia. tp since sis dah kata best.. boleh la terjah...

betul, setiap org cara berkasih sayang mmg lain. macam lin, kalau kat luar tu, laki kita macam tak heran pun kat kita. tp balik rumah, mula la romantik dia datang, =)

entry terkini...Hari malaysia di Gabai

Chekgu Azrine said...

Terharu pun ada baca entry kak elly nih

Miss Moon said...

hhahah aku suka tgk nko ngan win mmg loving n romantik habis

aku pun suka bermanja ngan laki aku hahahahah

bak hash tag glamer nko elly #lakikubukanlakimu

hahahha

bobiedanbad said...

Kita tak ada astro first :(

Cik Puan Eka said...

tak dan lagi nak tengok Saloma ni kak elly. Baru dapat link. Nanti boleh tengok hehehe

Masriezz said...

Kak elly... Sedih lak baca entry kak elly ni... Sy suka camtu gak tp suami saya kije jauh... Kami jupe 4 bulan sekali... Huhuhuhu...