Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 9, 2014

Sabtudayyyy


Semalam cite pasal hari Ahad ni cite pasal hari Sabtu pulak...hentam jer lah Labu.

Kalau korang baca  FB or IG pasal 20 facts about me, rasanya korang dah boleh agak macam mana karektor aku. Aku seorang yang sangat2 pentingkan keluarga. Aku kurang kawan aku kawan apa yang ada jer nak sibuk2 cari kawan baru jarang...itu pun borak2 kat FB jer kalau nak jumpa susah sikit melainkan atas urusan kerja.

Aku jenis suka berkepit dengan suami dan anak2. Aku jenis sanggup bersusah payah asalkan family aku happy. Ini termasuk mak bapak aku dengan inlaw sekali. Dulu2 waktu duduk Keramat (rumah tu satu tingkat) jadi bila anak2 pergi rumah orang yang dua tingkat diaorang jadi seronok turun naik tangga. Adik selalu bisik kat telinga aku nak rasa duduk rumah dua tingkat...adik nak ada bilik dengan katil sendiri. Apa yang boleh aku cakap waktu cuma InsyaAllah jer lah bagi hati diorang senang dan dalam masa yang sama aku ngan En Win cuba capaikan impian anak2. Alhamdullilah dalam masa 3 tahun dapat dilaksanakan. Duit dari hasil titik peluh kami berniaga baju waktu tu.

Hati aku akan senang bila anak2 dan suami senang. Kalau korang tanya aku nak tak jadi kaya jawapan nyer TAK (eh! macam tipu jer..hahaha).  Aku tak nak jadi kaya aku cuma nak jadi senang. Senang dari segi cukup pakai, cukup makan dan boleh bermewah sedikit. Kalau terlalu kaya takut lupa diri nanti. Mmg blog ni aku dah tak tulis sebab sibuk melancong keluar negeri. Korang pun aku tak nak kawan sebab waktu tu kawan2 aku semua artis2 dan datin2s....hahahaha

Hujung minggu mmg aku peruntukan untuk keluarga. Kalau kawan2 ajak keluar waktu ni jgn harap lah melainkan lepak ngan kengkawan sebab menunggu anak2 habis tuisyen...itu lain cite.




Sabtu lepas aku ajak En Win makan kat Busaba, Thailand Food kat Bangsar Shopping Center. Exclusive sikit tempat ni. Makesure korang call dulu sebelum datang sebab tempat ni sentiasa penuh.



Dalam gambar ni tempat dia macam biasa kan. Sebenarnya kalau korang datang sini boleh nampak kecantikan restaurant ni. Datang restaurant ni kena bercakap dengan suara yang perlahan sebabnya aku tgk kiri kanan semua cakap berbisik2. Aku pun terikut sama lah..hahaha



Permata hati beta



I dan U


Us!!


Miang Kam



Chicken Tom Yam



Aku tak ingat nama masakan ni..tapi sedap bangat



Butter Prawn

Licin tak sampai setengah jam...dah susah sangat nak bercakap makan jer lah.



Adik


Nak jugakkkk....hahaha



Continue minum kat Dome pulak...baru lega rasa dapat berbual secara normal balik. Selalunya kalau lepak2 macam2 topik akan keluar. Pasal cikgu tu garang lah...kawan adik lawa lah. Bila En Win buka jer mulut pasal lorry aku dah nak start muntah....Please ya hari bersama keluarga jgn cite hal kerja. I don't like!!

Itu jer...nak cite. Kahkahkahah. Jangan bosan ya!!


**********************************************

Egg Tart



Jgn tertipu dengan gambar di atas. Aku tak buat pun shell ni. Shell ni aku beli kat kedai cake. 12 biji RM7.50 jer. Aku cuma buat inti dalam tu jer. Egg Tart ni mmg paberet aku dari dulu...especially kalau makan waktu tengah panas2..baru keluar dari oven...5 biji pun aku pun telan macam tu jer.

Bahan2 untuk inti Egg Tart ni

* 100 gram Sugar
* 300 ml Air
* 4 Biji Telur
* 100 ml Susu segar

Masak air dan gula. Kacau hingga gula menjadi larut. Tutup api dan biarkan sehingga sejuk. Dah sejuk baru boleh pecahkan telur  dan masukan susu. Kacau hingga sebati. Dah sebati baru boleh masuk kan dalam shell yang dibeli tadi...hahaha. Bakar suhu 160 selama 25 - 30 minit.

senangkan!!

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronok kan hidup berkeluarga

FadlinaMokhtar said...

ha ah la.mmg bijak kak engku beli terus jer kan.saya mmg tak gheti gak nak buat shell tu.baking2 ni mmg ke laut sikit.boleh la beli jer ,tak tau pulak ada jual. :)

FAD

mama tisya said...

sy vkend pn slalu utk family...jrg nk kuar ngan kwn2..kalo kuar pn mayb sbb ada busday party or jmpa kwn2 yg lama tk jmpa....part shell tart tu remeh skit nk wat tp dh ada yg readymade mmg senang la..just wat inti je

Cik Puan Eka said...

Macam menarik plak restoran tu. Ni mcam teringin ni hihihihi...

Nastyna said...

punya senang egg tart ni,tapi kenapa saya macam takut jer nak buat haha.

Pssttt nnt kalau u dah cukup kaya, singgah singgah la Berlin ni yer ;) kalau terlampau kaya tak payah la haha.