Nuffnang Advertisement

Thursday, September 11, 2014

Resepi Kek Pisang


Kek Pisang ni aku suka makan petang2, minum pulak dengan air kopi pekat. Tapi budak2 baru first time nak rasa so kita bagi diorang buat cake ni. Kak Engku cuma berani  buat cake yang tak ada cream kalau yang ada cream tunggu lah Kak Engku gi class cake dulu belajar....hahaha

Sebenarnya tahun ni Kak Engku nak belajar buat roti...korang boleh tak share kelas buat roti yang best2. Ingat cuti sekolah ni nak register boleh pergi ngan budak2 sekali.

Meh Kak Engku share bahan2 untuk buat Kek Pisang

* 5 Biji Pisang Emas - di lecek
* 1 Cawan Gula Caster
* 1 Cawan Minyak Jagung
* 4 Biji Telur Grade A
* 1 sk Esen Vanilla

Bahan Ayak
* 1 1/2 Cawang Tepung Gandum
* 1 sk Soda Bicarbonat
* 1 sk Baking Powder



Lecek elok2...ini bukan main lentik tanya nyer.



Putarkan telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih



Masuk kan pisang dan kacan rata



Beriya2 ayak tepung...haha

Masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau hingga sebati dengan spatula



Masuk kan esen vanilla.

Panaskan oven 170 darjah celcius bakar selama 40 - 60 minit. 



Tadaaaaa....dah siap.


*******************************************




Semalam masak pizza guna resepi Kak Pilla mmg sedap. Kalau nak resepi click sini Resepi Pizza


10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Lynn Hamzah said...

terbaik ler kak elly...resepi sempoi jer...leh cuba nanti kat rumah...

manis joanne said...

kak engku kena beli mixer kitchenaid atau kenwood yg boleh menguli tu dulu baru roti jadi lembut dan gebu...kikiki

mamabeauty said...

looks tempting dear.. harus dicuba

FadlinaMokhtar said...

tanjat tadi ingt yang baju fink tu kak engku.baru nak tnya rahsia kurus slim gitu :D

FAD

Azura Aziz said...

wah, nampak sedap... nnt nak try ;)

Flying Fish said...

suke tengok anak2 kak elly yg sulung cantik sebijik sejibon muke kak elly yang second cute copypaste muke en.win abes. cam kelakar pon ade rase macam tgk mini version tapi kuasa tuhan kan :)

Fafau de Craft ( Zana ) said...

salah satu kek kegemaran saya.nak buat pon senang.. :)

crazyshopper said...

sedapnya kek pisang.. ni pun favourite anak saya :)

www.shopperstreet.blogspot.com

I-am-Cheeky Kitty said...

Salam Kak Engku,

I just started following your blog and I must say I love your posts. Very much family oriented and your recipes nampak senang to follow.

:)