Nuffnang Advertisement

Wednesday, September 17, 2014

Pengajaran untuk aku yang suka stress kan anak2




Sebelum Kak Engku mula kan mukadimah, Kak Engku nak ucap terima kasih banyak2 yang bagi info tentang percutian. Baru lah dapat gambaran sebenarnya. Rasanya tak susah kot nak jalan sendiri. Ada yang nak tolong buatkan itinerary. Really appreciate, sayang korang!! aaauuuwwww meh Kak Engku peluk sikit. 

Ok jom kita start membebel....Kak Engku ni jenis yang mmg ambik berat tentang pelajaran anak2. Berlainan dengan En Win yang tak peduli langsung markah peperiksaan yang anak tunjukan dia akan sentiasa tersenyum bangga dengan anak2. Walaupun markah menjunam teruk. Anak2 mmg tak berani nak tunjuk kalau markah merosot...dia tahu aku akan menjadi harimau jadian. Aku pun tak tahu kenapa aku  mesti garang sampai macam tu sekali, mungkin sebab aku dulu tak pandai jadi kalau boleh nak anak2 menjadi pandai.

Push diorang pergi tuisyen, ambil kelas itu ini. Aku boleh tahu anak2 tak suka....anak2 stress tapi aku selalu sematkan dalam hati takpe susah2 dulu esok korang jugak senang. Tak peduli langsung perasaan anak2, aku terlalu mementingkan diri sendiri. Nak anak dengar cakap aku tapi aku jarang dengar luahan hati anak2.

Sampailah Kak Engku terbaca satu artikel ni kat FB Pengisian yang bagus untuk ibu bapa korang click dulu dan baca.

SEEEEEEE.......betapa kejamnya Kak Engku. Bila baca artikel ni terus Kak Engku tersentap. "Kejayaan anak2 bukan terletak pada A, bukan jugak terletak pada Sekolah atau Universiti, Kejayaan anak2 ada di dalam diri mereke sendiri...kita sebagai ibu bapa hanya bertanggungjawab memberi dorongan'. Biar anak2 membuat pilihan kita sebagai ibubapa  hanya menjadi tulang belakang mereka sahaja. Ini tak anak tak dapat A jer terus stress...soal pulak anak2....mama dah suruh belajar...mama dah sediakan guru tuisyen nape tak boleh jugak dapat A. Kenapa dapat result macam ni. Ayoooooo....bukan main soalan aku bertubi2. 

Baru aku teringkat dulu mak bapak aku bagi kebebasan untuk aku memilih untuk menjadi pandai atau bodoh. Sampailah satu tahap aku inginkan kejayaan. Itu pun  selepas tingkatan 5 setelah Kak Engku menemui banyak kegagalan. Mak dan abah tak pernah push benda2 yang aku  tak suka buat. Freedom atau kebebasan memilih sentiasa ada ditangan aku dan mereka hanya menasihati mana yang baik dan mana yang buruk dan akhirnya Alhamdullilah aku sendiri boleh berfikir untuk menentukan hala tuju.

Artikel ni mmg benar2 membuka minda aku...."mereka terlalu kanak2 untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan2. Sejujurnya aku mahu anak2 membesar dengan cara semulajadi, seperti zaman aku membesar dahulu. Biarlah mereka hidup dengan realiti zaman kanak2 dan remaja."

Dorongan dan sentiasa memberi nasihat yang berguna adalah kunci kejayaan anak2. Jangan terlaku memaksa dan mendesak kerana hanya ingin melihat anak2 berjaya...biarkan mereka membuat pilihan. InsyaAllah anak2 aku akan berjaya dan itu doa aku untuk anak2.

Terima kasih artikel...eh!




17 comments:

mashelas said...

salam perkenalan Kak Elly. :)
Sejak mula saya membaca blog kak Elly, sehingga kini saya adalah pembaca setia blog kak Elly, insyaAllah. Saya selesa membaca bicara kak Elly yang neutral, santai, bersifat keibuan dan ke-kakak-an itu. :) Tentang isu bimbingan, didikan dan dorongan kepada anak-anak ini saya turut mengambil perhatian kerana saya juga mempunyai 2 orang anak yg sedang membesar. Saya bersetuju kita sebagai ibu bapa sangat mengambil berat tentang kejayaan anak-anak cuma kadang-kadang kita terlalu emosi untuk mendapatkan yang terbaik. :)Saya doakan semoga kak Elly terus menulis tanpa rasa jemu dan terus sukses, insyaAllah.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Betul saya pun taknak paksa, biarlah diaorang belajar ikut kemampuan, sebab kesian nak push2 lagi2 diaorang kanak2 je pun..Belum SPM lagi..Saya pun kadang garang tak bertempat anak sulung baru darjah 3 so biarlah tapi tetap bagi kerja dan latihan cuma takdelah nak marah2 tak bertempat..

AMIIZAA said...

Kak Engku, saya juga cuba muhasabah diri selepas kejadian bocornya kertas UPSR 2014.

strawberi said...

hehe..mmgla..tp budak2 skang ..kalo bia kan dorg tak wat kije skolah..sonokla dorg...

ummisara said...

Elly,

Thanks. Huhu i pun mcm tuh ler...mesti nak A bagai...tp bila pikir balik mcm tak adil utk anak kan...thanks for sharing

Suzi Kuri said...

Anak-anak ni, selagi dia masih duduk sebumbung dengan kita, selagi dia masih mau bercakap/bergurau/bercerita dengan kita, selagi itulah kita sebagai parent harus bersyukur.

Memang selalu terjadi situasi, dimana parent yang masa zaman mudanya tak berapa pandai tapi nak sangat jadi pandai. Contohnya, dulu teringin sangat nak masuk TKC tapi apakan daya. Mungkin bukan rezeki. Dapat lah masuk sekolah biasa. Bersyukur. Tapi dalam pasrah tu hati memberontak taknak. Nak jugak masuk sekolah macam tu.

'Dendam' sebegitu terperam dari dulu sampai sekarang. Dah ada anak. Apa yang kita tak dapat buat, tak dapat capai, anak-anak lah yang WAJIB tebus segala itu.

Parent asia memang tipikal macam tu.

Kejayaan diukur mengikut bilangan A. Maruah keluarga diukur dengan berapa banyak A dalam peperiksaan besar yang anak dapat. Tak boleh tidak, anak-anak kena capai semua A walau apa cara pun. Tuisyen, Sekolah, Tutor peribadi, Latih tubi, tak cukup lagi? Mak ayah paksa diri mengajar pulak. Taksubnya.

Memang salah satu cara untuk mengelak masalah sosial adalah pendidikan yang sempurna. Tapi jangan memaksa.

Sebaliknya biar kan diorang enjoy zaman kanak-kanak diorang. Biar diorang happy. Saya tahu ianya susah, tapi kemarahan dari penulisan blog mengenai ragam anak-anak bukan penyelesaiannya. Kasihan mereka. Tak tahu apa-apa, apa pula perasaan mereka jika mereka satu hari nanti terserempak dengan blog mak yang bercerita tentang perkara-perkara kurang indah mengenai dirinya?

Simpan semua cerita masalah keluarga atau apa2 perkara yang berkaitan. Ini internet. Dunia tanpa sempadan. Delete post tak bermakna segalanya akan POOF!. Selagi anda masih 'hidup' di dunia maya ini, selagi itu anda akan terus terikat dengan history internet.

Sebaliknya, ceritalah mengenai hal-hal masakan, isu semasa, pendapat, bahan bacaan ilmiah yang tidak semestinya skema namun cubalah pelbagaikan ayat supaya kandungannya menarik.

Sekian.

Dua Ringgit Saya.

mamabeauty said...

let them explore their world now..

thanks for sharing the link tu

neyna said...

salam k.elly, sy silent reader je baru hari ni tergerak nk komen :).

mak saya pon mcm tu jugak, adik bongsu sy still sklh, pastu mcm xbrapa skit pljaran dia, n then, mak sy ckp, biar la dia, mls nk push2 sgt takut jd mcm kakak sy, push2 tros collapse. tapi still bg dia buat latihan sikit2.

peej said...

menarik artikel tu n entry kau.
bila baca aku teringat zaman aku kecik-kecik.
parents aku pun takda push. aku darjah 1-3 agak pandai la. mesti no 1-3 je dapat. then naik darjah 4 biasa je. darjah 6 baru parents hantar pergi tuisyen. Alhamdulillah dapat pulak 4A. then masuk mrsm tapi bukan belajar sangat so dapat 5A je. kena la tendang dpd mrsm.

masuk sekolah biasa. result biasa2 je. sambung tingkatan 6. pun result biasa. then masuk U. pun sangkut halfway. again takda parents aku desak ke apa. takda pun aku kerja ke apa. dorang biarkan je aku ngan hala tuju aku.

tak sangka, walaupun aku takda la berjaya macam orang lain ngan jawatan masing-masing. tapi Alhamdulillah now meniaga. setakat duit nak lepaskan diri n bantu mana patut boleh la.

n yes aku rasa zaman kanak-kanak n remaja aku memang terbaik.

mummy_icha said...

Elly, kita serupaaaaa... I pun suka push-push my 6 y.o daughter utk cuba byk benda, pertamanya maybe sbb my daughter is too small to be detected part mana yg dia suka/ada kelebihan. Sbb kata pakar kanak-kanak (entah sapa tak ingat) kalau anak-anak masih kecil kita kena cari soft spot diorang untuk diberi rangsangan, supaya kita boleh asah talent yg ada. Itupun, I tapis2 jugak element yang I nak dia cuba.

Rasanya normal kot kalau mak2 ni jenis yang suka letak harapan tinggi. Unlike my mom, dia mmg tak ambik kisah langsung pasal education, yg dia tahu anak dia ni tahu solat, tutup aurat, baik, etc etc.. Tapi I sendiri la yang mencorakkan masa depan I...

Tp pd I, kalau kita being mother jadi too pushing pun tak salah. Kita tak nak anak-anak terpengaruh dengan anasir jahat. Skrg lagi senang nak terpegaruh. Dlm article tu, kalau article yg sama lah, anak-anak dia ramai...9 orang... Selalu parents yg anak ramai ni, focus diorang mostly to the eldest. Sbb bila yang sulung or 2-3 anak yang awal tu ok, baik, berdisiplin, yang later tu mesti mengikut, sebab pengaruh baik dah depan mata. Mcam adik beradik I jugak. Bila abg sulung dapat further studies overseas, kitorang semua berusaha ke arah tu.

Lgpun penulis artikel tu orang dalam Jab pendidikan. Jadi dia sure byk cable nak masukkan/cadangkan anak2 nak masuk sekolah mana sekali pun. Kalau cam I ni, rakyat marhaen, yang takde cable orang pentng sana-sini, nak masukkan anak kat sekolah yang bagus, kena compete dari sekarang. Bukan nak kata sekolah harian tak bagus, sekolah asrama je bagus, sekolah biasa tak bagus, sekolah agama je bagus, tidak. Tapi kita pun mesti ambik pengalaman kita juga untuk corakkan masa depan anak-anak. Diorang tak tahu. Diorang mungkin terikut2 dgn kwn2 (in the case yg adik beradik tak ramai).Sbb masa I membesar, sekolah asrama memang students nya ramai yang rajin, bijak,reasoning bagus, result exam cemerlang, dan sekarang mostly jd profesionals. Yg sekolah harian pulak, mcm kwn2 I yg masih in touch, maybe byk cabaran kat luar tu, still berjaya as human being, tp kena kerja keras lebih sikit, start dr bawah, atau invlve MLM. Jenis-jenis camtu, which is, kalau kita tgk sekarang, apa salahnya, memang tak salah. Tp kita ni cuba nak tolong anak kita supaya pilih jln yg lbh mudah, Insyaallah.

Ada byk contoh anak2 berjaya dengan bimbingan ibu bapa. Byk juga yg berjaya bila corakkan sendiri masa depan. It depends on situation and different case studies. I tak la tak setuju 100% dgn article tu, tp mostly tidak. Sebab we hv different background altogether :) just a sharing thought with u..

rohayaroy said...

situasi akak pon same .. anak 1st tu strick nau.. tiba anak 2nd n 3rd.. dah sedau diri sket.. anak 1st tu pon kurang berjaya akademiknyee... tapi moga ada rezeki dlm kerjaya pulak.. doa ibu sentiasa mengiringi nye.. InnShaaAllah

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dulu mak bising kalau result teruk.. bila dah jadi nenek & tengok perkembangan terkini statment yang paling tak sangka mak cakap "mmm budak2 sekarang ramai yg pandai2.. mak rasa yg kreatif lebih berjaya zaman sekarang nie..kalau pandai je.. belum tentu .." kiki

aliya mansor said...

salam kak engku..gittewww kak engku tau hihi... saya antara manusia yang sewaktu budak2 saya lemah belajar...lemah sebab malas..adik beradik lain semua memang hebatlah senang cakap... mak saya pensyarah.. tapi, dia tau kelemahan saya dimana..saya lemah math dengan bahasa arab..dia sikit pun tak push saya untuk kuasai semuanya..sebab dia akui,dia pun lemah math,kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi tak gitteww...jadi mak dan ayah saya, dia kesan potensi saya kearah membaca,history, komunikasi.. jadi bila saya dah form 4, mak saya dah kenalkan course masscom, dia cakap course ni sesuai untuk saya... jadi saya hanya fokus pada yang saya mampu,samping tu subject lain pun saya belajar juga at least tak failed..sikit2 saya improve..kalau jatuh sikit mak dan ayah saya akan motivates, kadang bawa saya berjalan atau belikan apa2 dengan nasihat kat hujung belajar rajin2..huhu.. Alhamdulillah.. sekarang saya dah final year degree.. diploma saya buat masscom, degree saya buat marketing.. terlalu push anak2 pun takkan membuahkan hasil, nt memberontak... pada awalnya parents sy tegas sangat..saya jadi degil..bila diorang dah berlembut saya jadi okay :D

Elly said...

Cara didik kan tu terpulang kepada masing2. Kita tak boleh sama kan diri kita dengan orang lain...kita ibu bapa yang harus mencorak kan anak2. Yang baik dijadikan contoh yang kurang baik dijadikan pengajaran

Dimmi said...

Just nak share :)
Saya pun tak pernah kena push masa kecil dari parents or grandparents, cuma i come from broken parents, so mmg dari kecil dah berdikari. And rasa nak berjaya tu mmg datang dari diri sendiri. Ingat lagi, masa darjah2 kot, ada kawan tunjuk gambar dia pergi bercuti kat Paris, under Eiffel tower. Sejak tu, terus semat dalam diri, nak score, nak masuk Sbp, sbb nak further oversea. (Sbp, sebab masa tu dengar orang kata...budak2 Sbp senang sikit nak dapat scholar Jpa). Nak further study (selain sbb education), sebab tau..tanpa scholarship, mmg family tak mampu nak bawak kita gi oversea (europe).

Lepas Upsr, nak masuk Sbp..tapi nenek tak bagi, dia kata kecil lagi. So belajar sekolah harian. Then, lepas Pmr, dapat masuk Sbp. Alhamdullilah, dapat scholar Jpa lepas Spm :)

Itu kisah lama, skrg ni on the finishing line of my PhD.

On the other hand, adik saya memang tak minat nak belajar. Even kita nasihat pun, dia gitu je. So, saya percaya, anak2 tu sendiri kena ada kesedaran & minat. Parents of course perlu bagi dorongan & pantau from time to time.

All the best for your kids! Saya doakan mereka berjaya.

Azura Aziz said...

good sharing kak engku.. yup, kadang2 kita sbg ibubapa tak perasan kita sbnrnya slalu stress kan anak2 kan..

nor said...

Salam Elly,

sometimes sekarang mak bapak takut nak strict dgn anak.

What you did now is good. Cuma kalau dah cuba jangan marah hampa. Tapi push them keep sending them to tuition ke apa apa ke, for them tak putus asa dan gigih belajar.

What you did are good. Tapi kalau result tak membuahkan hasil jgn le marah ke apa.. cuma beri cakap dorongan... dan beri kata peransang serta masa cakap tu penuh keibuan dan kesayuan...(action dan keluarkan airmata sedikit depan anak.. ) mereka akan tersentuh dan juga terasa emotionally. So dia akan rasa lebih,kalau dia menghampa kan walau kita keep cool.

But strict tetap strict la... kalau tak mana nak terap kan nilai nilai disiplin dan sifat tekun tu.

BUkan anak kau aja Elly.. anak orang lain pon, semuanya dah senang so mana nak kesah. Mak bapak over protective dan takut nak disiplin kan lagilah ada. Kau teruskan nilai murni dan masukkan ruangan airmata penuh keibuan dan kelembutan.... supaya lembutnya hati mendengar cakap.

Result sekolah sepanjang tahun memang di kaji oleh kementerian. now online lagi la.
So kena result elok lah kalau tak memang tak kan dapat sekolah elok atau top.