Nuffnang Advertisement

Friday, September 5, 2014

Pandan Chiffon Cake


Semalam teringin nak cuba buat Chiffon cake. Kalau jalan jauh En Win mesti singgah Petronas beli sepotong kecik cake chiffon ni untuk makan dalam kereta. Maka bini yang mithali ni pun berkobar2 untuk mencuba membuat cake tersebut agar suami tidak lagi membeli di Petronas dan makan sahaja air tangan si isteri yang sungguh murni hatinya...hahaha.

Ini semua anak2 aku punya pasal...disebabkan diorang aku dah ketagih buat cake. Ketagih tgk you tube dan tgk resepi2 cake. Pantang lalu kedai cake mesti nak singgah beli macam2 acuan dan pelbagai jenis tepung. Pantang ada masa lapang mesti laju jer tangan pukul telur...apakah???

Oklah...oklah aku tahu korang tak sabar nak tgk kan cara2 buat Pandan Chiffon cake....ntah2 korang tak baca pun mukadimah kat atas penat jer Kak Engku menulis....korang mmg!!




Bahan2

* 5 Biji telur Kuning
*20 gram gula pasir
* 80 gram minyak jagung
* 60 gram air + 20 grams pandan extract 
*125 gram tepung cake (akku guna raising flour)

Bahan kedua
* 5 biji putih telur
* 90 grams gula



Kuning telur dan gula pasir  dipukul ringan sampai sebati. Masukan campuran air dan pandan extract dan kacau sekata dan tuangkan minyak.



Akan jadi macam ni



masukan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati dan ketepikan



Pukul bahan kedua sehingga putih telur menjadi kental/soft peak

Masukakan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pertama tadi mengunakan whisk hingga sebati. Dan masukan kan baki dan gaul sekali lagi



Tuangkan ke dalam acuan Chiffon cake. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 35 - 40 minit.



Tadaa...lepas ni Abg Toyib tidak perlu ke Petronas lagi

Selamat memcuba!!

23 comments:

Suhaila abd manap said...

Wahhh...terbaik la elly...akak silent reader elly sblum ni...suka baca blog elly sbb kelakar...akak ni baru nak try2 berblog...hihiihi...terliur ngan korang punya blog laaa..hahhaha blog moon n filla pun akak selalu jengah...sila la ke blog akak...suemanap.blogspot.com selamat berkenalan elly...

Nigina said...

wah sedapnya.. lepas ni nak cuba la...

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya nak cuba gak

Jan@Afzan said...

cayalah kak elly. Ini yg makin en win sayang dan anak2 suka!

lepas ni kek lain pulak ek..

p/s : boleh mintak beg idaman hati satu kak..hehehe. Mampus, buat kek sebiji dapat hadiah ribu-riban...hehehe, jgn marah ek kak engku..hhhee

Fiza Zasmi said...

akak.. bestnya.. pandan extract tu akak buat sendiri ke ade jual kak? Umah tak ade pokok pandan ni.. he3

white lily said...

yeayyyy maceeeeh kak ellyyy! hehehe.. nak cuba lah nanti. masa first time buat guna yang instant cake je.. haha

IdaShazana said...

bukan main lagi sekarang ye.....

white lily said...

yeayyyy maceeeeh kak ellyyy! hehehe.. nak cuba lah nanti. masa first time buat guna yang instant cake je.. haha

salwana nordin @ che'wa said...

menjadi kak elly..canti ke naiknya tu!

tahniah!

sharifah rosidah said...

Malu betul, kita yang tua ni haraaam nya pandai buat kek...

Wirdalisa said...

OMG! Lawanya kak!!!
U becoming more terror in baking already huh!! :)

Azura Aziz said...

wah, rajinnya elly masak skrg ni.. kagum2 ...

nnt nk try resepi tu.. mcm mengancam jer kek chiffon tu ;)

Irz Zack said...

memang power lah kak elly ni.. bila lah saya pulak nak buat kek2 macam kak elly nih..

eyza said...

Gebu gebasnyer kek tu.. ni yang buat semangat gak nak buat ni.. tq Elly sudi share resepi.. :)

Cik Puan Eka said...

Mak aiii gebunya kak Engku punya kek chiffon. Nampak cam mudah je kan tapi pemalas ya amattt nak membuatnya ditambah laki tak makan kek.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, fuyohhh terbaik la resepi kak elly. mudah je. hihihiii nak try nanti thanks ye ~~~

Noor Fairuz said...

sedap....

Nelly Sapri said...

Nampak sedap..Picture yang terakhir tak boleh tahan..terus rasa nak buat..

Hani said...

semenjak tgok elly ni dok la buat kek, I teruja nak beli brg2 nak buat dengan anak dara I plak. mcm seronok pulak
ni tengah browse lazada tengok oven butterfly tgh ada offer. rasa macam nak sambar satu hehehe.
by the way kek tu nampak cantik!

Umi Ain said...

Yay pasni bleh laa mtk kenwood mixer ngan en. Win.. Dan2 rasa nak buat cumanya xdek sapa nak mkn jek kt umah ni kalau buat pon..

mamabeauty said...

wahh emvy your effort dear..

i dah cuba buat kek gulung you to.. my daughter kata sedap mama..

thanks for sharing

Farina Rashid said...

Kak, cantiknyer kek akak jadik !!!
Jeles sangat nih...
Nnti akak buat kek lain, jgn lupa post kat blog eeeee...

NINA FARHANA said...

Cantik je jadi chiffon ni.pernah try buat tp tak jadi.😭 harap2 resepi ni menjadi lah ,tqqq😊

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1