Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 2, 2014

Nissan Serena Hybrid


Muntah darah lah korang asyik pung pang...pung pang pasal kereta baru. Eksyen melampau sangat kan balik2 gambar sebelah keta jer macam kau sorang jer beli kereta kannnn. Eh! bukan senang nak dapat tau nak beli kereta ni dekat setahun kitaornag berfikir...hahaha.

Dulu2 waktu aku ngan En Win pakai Kereta Kancil selalu kitaorang berdua usha keta ni. Nak beli mmg lah tak mampu tapi asal kereta ni potong jer kereta kancil kitaorang terlopong2 mulut. Disebabkan nak merasa sangat naik kereta ni kitaorang kumpul duit untuk sewa bawak balik kampung. Mahal giler pulak tu RM400.00 untuk satu hari. Ingat lagi sewa kat Mayflower...tak silap aku waktu tu umur Yaya baru 2 tahun. Disebabkan kitaorang sewa 1 hari jer harus kereta ni kitaorang bawak ronda2 tanpa berhenti...hahahaha. Bangga sesangat waktu tu walaupun kereta sewa...tengok anak2 dan muka in law aku keriangan waktu naik kereta sewa ni aku ngan En Win mmg dah sematkan dalam hati satu hari kitaorang akan cuba dapatkan.

Actually kitaorang tak terfikir pun nak beli kereta ni...ingat nak beli van untuk pekerja senang nak angkut mat2 bangla nanti. Pergilah ke Nissan showroom nak tengok Nissan Navara. Bila test drive Navara aku dengan En Win rasa macam tak sedap dan tak sesuai pulak drive kereta ni. Jadi kitaorang pulangkan lah balik kunci tu. Tetiba dengan tak sengaja mata aku dengan En Win tertumpu kat Nissan Serena Hybrid ni...OMG kereta idaman dari dulu.



Laju jer kaki melangkah check itu ini. Waktu ni hati aku dah berbunga tapi tak berani nak cakap ngan En Win. Aku pendamkan jer dulu biar En Win yang bersuara.



En Win: Ma kita beli nak...mesti budak2 suka. Kereta Kangoo I kita bagi kat Company...kereta ni kita beli untuk family pakai.

Of course aku gembira giler...cuma aku ada masalah sikit bila apply loan...sebab dulu aku gatal2 pergi guarantor orang kat bank rakyat dah hampir 8 tahun dia tak bayar so nama aku terbabit sekali dalam black list. Tapi tawakal jer cuba. Banyak kali cuba semuanya reject dekat 3 bulan jugaklah kitaorang menunggu akhirnya approved!!

Alhamdullilah loan approved...bila dah approved kitaorang pulak hold sekejap sebab kena fikir mampu bayar atau tidak bulanan kereta ni....hahaha. Lama gak kitaorang ambik masa berfikir. Kerja gilerkan dah apply loan lepas tu baru nak fikir mampu bayar atau tidak. Fikir punya fikir buat calculation semua ok kita mampu...hahaha. Bulanan En Win bayar...insurance dengan road tax aku bayar. Maka terpaksa lah Kak Engku bermain kutu kembali dan duit kutu nanti tak dapatlah membeli perabot kesukaan Kak Engku. 



Hari yang ditunggu2....kahkahkaha. Kereta idaman...giler tak gembira.



Bawak anak2 sekali ambik kereta.



Alhamdullilah rezeki anak2. Keluar jer kereta ni terus bawak FIL jalan2...lepas tu gi pulak umah mak aku tunjuk anak dia berjaya beli kereta baru...hahahah. 



Keesokan harinya aku berdua jer keluar ngan En Win. Dating dengan kereta idaman. Kembang2 hidung bila naik...hahaha. Serius korang macam tak sangka. Hasil titik peluh kami berdua..tercungap2 nak bayar downpayment. Hanya aku dengan En Win jer faham perasaan sesama sendiri. 

Teringat2 dulu kitaorang sewa kereta ni...bawak ke sana sini. Bila nak pulangkan sedih jer rasanya.



Alhamdullilah keatas Rahmat dan rezeki yang diberiNya


30 comments:

IdaShazana said...

tahniah ye.. mesti tidur dalam senyuman

peej said...

wah happy. setiap kali baca blog kau ni mesti aku sengih sekali. dapat bayangkan perasaan kau tu. happy for u.

Lis Malisa said...

waahhh akak.... suspeklah.... syukur alahamdulillah... syabasmerabethi!!!

Filla said...

tahniah popo... hidup mesti ada target.. nanti tercapai boleh tido sambil senyum! hahahah

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tahniah, happy for akak n family!

Mila Hilas said...

wah..besnye ble kete idaman dh jd milik :)

Farah Waheda Wahid said...

waaaaahhhh ni mesti bau kedai tak hilang lagi ni...congrats kak elly, I'm happy for you...

Chekgu Azrine said...

Tahniah kak elly.rin pun suka kereta serena.tp mmpu tgol jela.haha

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

syok kete baru, pandu cermat tau Kak Engku!!

Wahidah Aziz said...

kagum dengan kak engku ni tau. hopefully one day boleh berjaya macam kak engku. hik

nurul asiken.apandi said...

tahniah kak elly..sy plak yng tersengih-sengih...hehehe..

faraherda.razalan said...

Salam Kak Elly. Syok dpt kete baru. Nak tumpang boleh? Hikhikhik!

Jan@Afzan said...

Tahniah kak.. Happy untuk akak dan family.
Dulu kita susah2 kan cekik2 nak hidup kan, sekarang dah mampu dah, alhamdulillah rezeki dariNya.

happy for u kak..

amir balqis said...

Seronokkan bila dapat apa yg didamkan....drive carefully kak ton...;-)

Fiza Rauf said...

yayyy.. cantik kereta.. puas hati kan kumpul duit dpt beli kereta idaman.. setiap org ada kereta idaman kan.. mahal ke, murah ke, terpulang lah... tp bila dpt beli tu rasa Ya Allah.. syukur sgt kan?
selamat bergaya dgn kereta baru kak elly... muah muah..

Lina Affendi said...

Bestnya bila keta pujaan hati dalam genggaman.

Rosma said...

Assalam Kak Elly. I am one of yr silent readers. Tapi entry hari ni menarik betul sampai saya rasa mcm kena komen :P.

Anyhow, bagusla Kak Elly rasmikan kereta baru dgn berkongsi dgn family terdekat aka PIL and your parents jugak. Seronok dpt kongsi happiness dgn your loved ones kan?

Anyhow, enjoy hasil titik peluh Kak Elly and hubby. Moga murah rezeki dan diberkatiNya selalu.

Yg seronok baca blog akak,
Rosma

Nigina said...

tahniah elly.. alhamdullilah

Yna Yoe said...

tahniah kak elly😄

ummisara said...

* thumbs up*.... berkat azam dan kesungguhan serta wawasan...i suka cara u. huhu i nih tatau bila lah pulak

Zaidawati Ismail said...

Tahniah Elly, apa yg Elly rasa pernah dan masih dirasai sehingga kini, dapat kereta baru idaman, kami suami isteri kami siap tidur dlm tu di malam itu lagi extreme, sampai sekarang dah bertahun pun once in a while kami akan tersengih2 rasa tak percaya dapat rezeki yg di idamkan, alhamdulillah, tahniah lagi sekali ye Elly

Soya Bean said...

baca blog kak elly sambil tunggu d ambik blik kerja tiba2 ada keta berhenti d dpn mercedes , n anty sblh sya naik keta tu, n sya imagine nanti sya pun dpt beli keta mcm anty tu, kita sama kak kuat berangan.semoga jadi kenyataan.Tahniah kak elly sya doakan semua impian akak jadi kenyataan.

kathy jem said...

Wahh bestnya tumpang gembira!

strawberi said...

Bleh tambah ahli kluarga tu kak..muat sgt lagi tuh..heeee

mamabeauty said...

tahniah.. envy you and husband yg kerja keras utk dapatkan sesuatu..

lets fokus on our own target daripada dok cbuk urusan orang lain ..

really enspire me..

Irz Zack said...

tahniah kak elly. semoga terus succes dan ceria2 selalu. sonoknye ada kereta baruuuu.. huhuhu

Fieda Zan said...

apa2 pun .. kak elly ni cantik..pandai masak.. pandai bergaya..wanita yang bekerjaya yang hebat.. saya suka baca blog kak elly..

Irma Putri said...

tahniah kak..kitanye color silver.. pikir 10x gak nak tukar avanza kepd serena hybrid ni...tapi sbb avanza dh buat byk sgt perangai tabah hati..last2 sekarang rasa puas hati... xyah nak pikir kete rosak tiap bulan...

Sukma Haron said...

tahniah yea...walaupun berpeluh-peluh nak bayar...huhu

shalimar yusof said...

Alhamdulillah..rezeki...ok la dr kecik..skg xdpt yg lega..