Nuffnang Advertisement

Monday, September 15, 2014

Nak mintak tolong korang boleh.....


Korang nak mintak tolong boleh...hehehe. Kak Engku tengah buat budget untuk melancong tahun depan. Tempat pilihan dah ada cuma bila survey2 package agak mahal sikit. Pernah ikut package haritu pergi Italy tapi agak rushing dan meletihkan. Aku ngan En Win decide kali ni nak jalan sendiri....nak sewa kereta nak bergerak sendiri. Boleh cari tempat yang murah2 sikit dan dapat lah rehat lama2 sikit. Tapi kan tak pandai lansgung, nak harap En Win mmg tak lah sebab semua aku kena uruskan kan. Dia cuma pandai menerima arahan sahaja.

Ok tempat pilihan melancong kali ni nak ker Switzerland, Germany, Netherlands, Belgium, France, London. So sesiapa yang pernah pergi atau pernah terbaca di mana2 blog blh tak share info nak tahu sangat itinerary tu macam mana, book hotel apa, sewa kereta kat mana. Please...please....please bantuan korang sangat diperlukan. Next year punya Matta Fair dah boleh start beli ticket kalau dah dapat info dari korang.

Tolong Kak Engku ya....sayang korang!!!

37 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ala semua tempat tue x pernah pergi lagi

siti said...

aa kitorg pegi pun tak ambik package, book sendiri jer even sakit otak nk pike hehe semua kita kena pike, hubby meluluskan aje... pegi swiss haritu tak sewa kete tapi kalo dah nak duduk berhari2 sewa pun best jgk.. tapi utk holland mcm tak best sewa kete, tah nk ckp camne hehe

Miza M said...

hi kak elly.. sy ni taktau nak bantu camne tapi kalau kak elly rajin cer usha hasgtag #carlbelletravel2013 kat IG.. carl & belle ni org malaysia, gi travel ke Europe sendirian berhad sambil sewa kereta around last year.. maybe bole contact si carl ni tanya pasal experience dia.. :)

Iylia said...

maybe k. elly blh refer blog http://supermengmalaya.blogspot.com/

byk info tentang travel dkt blog dia

Farah Waheda Wahid said...

jap kak engku nak kena buat research jugak ni...In Shaa Allah, nanti kalau saya jumpa saya come back here yer...

Irfa said...

g new zealand lah best
sewa keta, drive tengok alam
tengok bebiri, cantik sangat

ajeerah hashim said...

http://kakiberangan.blogspot.com cuba tengok blog dia. Selalu jugak dia ni pergi travel.

Capt Lalok said...

Kak engku semua tempat tu cheq tak pernah pi pun lagi..cheq rasa semua best..tp lagi best kalau kak engku bawak cheq sekali..

hahahha..sori la elly, tak membantu..sbb tak tahu..hehehe

sharon m.q. said...

Kak Elly, try follow page Backpackers Buddies Malaysia. Kat situ ada banyak info, lepas tu boleh tanya macam-macam. Nanti cepat je dorang komen tolong bagi idea semua. Sampai itinerary pun dorg akan share. Memang sangat-sangat membantu page tu.

Liyliz said...

wow seronok nya akak. sorry la kite tk tahu nk suggest.

Nor shima said...

kak elly boleh refer kat blog nie..
http://anum21.blogspot.com/

pilih entry 2013:europe trip

hazlin humaira said...

Salam k.elly.

K.elly cuba baca blog cahaya cintaku banyak info travel dengan family.

Sekian terima kasih

hazlin humaira said...

Salam k.elly.

K.elly cuba baca blog cahaya cintaku banyak info travel dengan family.

Sekian terima kasih

Ubj Jahan said...

Sis elly.. saya prnah baca dlm blog ana suzana. Nmpak bess.

nurul kausar said...

Kak.. bole baca blog we tell sweet stories.. kak zue ni selalu pg travel sdiri.. drive sdiri..
1 lg blog ana suzana.. mcm penah nmpk dia pg switzeland xgne pakej

Nurul said...

Kak Elly kalau turun london, travel within london naik tube je.dalam london x pyh sewa kerete beli oyster card saje. Since driving kat london berbeza dengan europe, jadi baik naik flight ke france or mana-mana yang nak pergi dlu. Guna ryanair since mcm airasia punye flight.tambang murah. Bila sampai france..boleh je naik train nak g memane dulu since train diorg pun bagus tp pening sikit. Lepas tu baru ambik rental car. Boleh ambik di airport n hantar kat mana-mana airport pun dlm europe tu. Lagi jimat ambik kerete yang guna diesel. Jimat banyak. Just kene ada international license n gps. Beware dengan parking rate diorng yang mahal gile. Pernah park kereta kat amsterdam untuk 1 malam 40 euro. Sy x blog pasal travel ke europe since ms travel dulu tak ada blog pun.

Syahizwa's said...

Salam kak,

Saya ada update pasal trip ke London & Paris dgn family tahun lepas. Memang semua saya plan sendiri dari sini. Senang n jimat banyak sgt! akak boleh tgk la kat blog saya : syahizwa.blogspot.com

Harap serba sedikit dapat membantu. Kalau akak perlukan itinerary yang saya buat boleh je email saya. Good luck kak!

shira

Chekgu Azrine said...

Semua tmpt best..rsanya plg best g london la..hehe..
Sori xd experience n jarang baca blog travel..mgkn komen2 kt ats blh bntu kakelly..bestnya kakelly..beruntung!

D Jumeira said...

tgk ni kak elly.. kakiberangan.blogspot.com

fazzie said...

kak elly cuba refer blog ni http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/12/hari-pertama-di-paris.html?m=1

huda.nh said...

Elly...saya ada kawan yg penah kesana..sblm ni dia study kt london...dia mmg pernah offer service utk prepare kan intinerary etc...klu berminat elly email saya : nhnurhuda@gmail.com. ..nnt sy bg details my friend

QUEEN said...

kak elly, actually kalau kat London/France tak payah sewa kereta pon boleh sebab tube/metro train dorg quite efficient and convenient. plus road dorg lain sikit. lagi2 part nak parking memang susah. and nak pergi London to Paris pon senang. boleh naik eurorail which is only abt 2hrs journey je.

maybe you boleh email i directly then i boleh share the places i went to kat London & Paris. :) (ohso.hot-@Live.com.sg)

.: yUhAiSya :. said...

Kak, ai vote for belgium. cantik!
akak blh refer link ni kot2 akak minat nak pergi :

http://akulovetravel.blogspot.com/2014/06/belgium-brussel-part-1.html

http://akulovetravel.blogspot.com/2014/06/belgium-brussel-gent-part-2.html

http://akulovetravel.blogspot.com/2014/06/belgium-bruges-part-3.html

anita said...

sewa caravan , habis cerita- all in one

Zalia Saelan said...

hotel = macam biasa la kat booking.com
kereta = ada banyak website boleh cube europcar, avis, dan macam2 lagi la. cume pasal nak drive ni banyak bende kak elly kene consider. 1) insurance coverage, adekah nak amek insurance yg company kete sewa offer atau beli insurance luar (google insurance for car hire). kalau amek insurans luar, company kete sewa akan desak suruh amek dia punye jugak dan selalunye dia akan takut2kan kite. insurance car hire jauh lebih murah kak oi. 2) tempat park kereta. kak elly kene find out peraturan park kereta di tmpt2 yg kak elly nak pegi. ada jugak tmpt yg kite tak boleh masuk bwk kete. itu semua kak elly kene carik info siap2. lain tempat, lain peraturannye. 3) tol. ada negara pakai tol mcm malaysia. ada negara gune vignette mcm switzerland. 4) had mileage - ada company yg bagi cume 1000km, ada yg bagi unlimited,ini kene look around jugak. ada company yg tak bagi bwk kete dia ke certain negara, ada company yg letak charge border crossing. 5) left hand drive - ini pun mungkin jd masalah awal2 kalau nak biasakan diri. basically, kak elly sila buat itinerary, city or town mane nak lawat, then build the plan from there. kak elly pun kene susun perjalanan elok2, tengok jarak antara tmpt2 nak pegi tu supaya tak tak tunggang terbalik kejap pegi utara, tup tup selatan, tgk2 singgah utara balik. takmo takmo. hahahaha.

Zalia Saelan said...

sy suggest kak elly beli je tiket global pass eurail http://www.eurail.com/eurail-passes/global-pass. senang, tak payah pening kepala pasal kereta sewa.

ErnIe said...

Salam kak elly, saya skrg mmg ada di London. study sini. maybe saya boleh tolong sikit pasal london.

If nak stay, boleh cr hotel area queensway or bayswater or paddington. Sini bnyk kawasan makan halal dan malaysia restaurant mcm Tukdin, Pak Awie, Satay House etc.

Travel di london, kak elly boleh beli osyter card sorang satu (5pound/card) then topup any value. card ni blh guna utk naik bas dan tube di area london. Dr area paddington, bayswater or queensway tu if nk ke ofxord street (ni mmg tmpt shopping sepanjang jalan) boleh guna tube or bas(kalu naik bas, just one bus tanpa perlu tukar bas).

Kalu nk jalan2 sekitar london mcm big ben, london eye, Trafalgar square, Buckingham palace etc, boleh ambik tiket bus hop on hop. ada bnyk company yg provide cth bigbus (harga 31pound/adult dan blh guna dua hari travel + free river cruise) or kak elly blh pilih yang 24hours je(rasa dlm 24pound). Yg ni oleh beli online tiket dia dan tunjuk bukti pembelian kat mana2 tempat bus stop untuk tukar ke tiket bas.

kalu nak travel luar sikit dr london pilihan selalunya bath, Stonehenge, oxford, Warwick castle, Stafford, Leeds Castle, Canterbury, Dover & Greenwich.

kalu kak elly nk tgk package or tempat2 apa yg menarik. ni few web yang boleh beli tiket online.
http://www.premiumtours.co.uk/
http://www.goldentours.com/
http://eng.bigbustours.com/london/home.html

dan juga kalu peminat harry porter, boleh ke Harry Potter Studio Tour‎.

harap ini membantu. Ni email saya kalu perlukan apa2 bantuan sbb insyaallah saya mmg akan lagi di London tahun depan
ernie.mid.13@ucl.ac.uk

Bonda Sha Shaklee said...

Best nye...
http://bondasha.blogspot.com/

Elly said...

Thanks uols…..terima kasih banyak2. Banyak info yang Kak Elly dah dapat. Banyak blog yang Kak Elly blh refer dan ada yang sanggup but itinerary untuk Kak Elly. Terima kasih sekali lagi….sayang korang ketat2

150whitetissues said...

hi kak elly.. kalo kak elly nk gi switzerland baik sewa apartment/rumah (ala2 homestay kt mesia) sbb bole main masak2.. kalo nk mkn kat restoran kt switzerland bole bengkok.. serba serbi mahal..parking kt ceruk gunung ujung dunia pun still kena byr.. nk cari accomodation bole cari kt airbnb.com ..brg2 dapur bole beli kt supermarket bajet mcm lidl or aldi..hari ahad mana2 supermarket pun tutup make sure plan nk beli brg dapo betul2 bg mengelakkan kelaparan hehe..kalo kak elly coming from mana2 border switzerland iaitu france/italy/german baik beli brg keperluan siap2 seblom masuk switzerland sbb lebih murah.. sewa keta bole tgk kat comparison website www.arguscarhire.com ..kalo kak elly turun kat euroairport basel-mulhouse-freiberg, kak elly pegi sewa keta from french part (airport code : MLH) sbb murah 60% rate dia dari amik keta kat swiss part (airport code :BSL) walhal airport tu satu bangunan yg sama tp share border 3 buah negara swiss-france-germany.. mostly keta sewa dari french part (with france plate number) dah ada 'vignette' tampal siap2 kt windscreen..kalo nk lalu motorway kat switzerland wajib ada sticker vignette ni..harga dia 40 swiss franc kalo tak silap..valid setahun.. vignette tu mcm sistem tol kt switzerland byr once-off duit sticker vignette tu lalu la highway byk kali pun dah tak payah byr apa tol lg..

kalo nk murah saya sajes kak elly jalan UK atau Alhambra, spain... alhambra tu lawaaaa sgtt

nor said...

Elly,

please check your gmail la. email address yg kat depan blog kau tu.
Dlm mailbox berderet..


Salam

!EFIL said...

Kak elly, apa kata set target visit 7 wonders of the world (walaupun sekarang dah lebih dari 7).. Tahun ni pg london bridge, tahun depan eiffel tower, next yeare nya pisa tower.. Seronok kak, anak2 dah besar blh appreciate, sambil mummy blh shopping yeahhhhh.. Switzerland blh prrgi for the scenery dab kalau kak elly nak bawak budak2 main dalji sejuk beku kat mont blanc and more shoppinggg hihihi.. Seronokkk nak holdiayy

siti said...

ok terpike nk komen lagi sekali hehe

kak, berdasarkan pengalaman ct kan, pegi london-paris, holland-belgium, swiss-italy

utk paris london rasanya xperlu sewa kete, paris best jalankaki, parking mmg susah rasanya. lagipun kalo nak p disneyland dgn train jer. utk london pun sama jalankaki/bus/taxi n train kalo nak pi bicester village

utk holland pun jalankaki, kalo nak p melawat tmpt kincir angin kat volendam semua tu nanti boleh beli tiket bus utk tour sehari jer cukup. pastu dari holland nak ke belgium naik train samada eurostar/thaylis ka apa. 2 jam kot perjalanan... lupa pulak ;p

utk swiss mmg senang naik tram jer utk pi town. utk tour 1 swiss mmg byk package nak ke engelberg/lucerne etc tapi tula swiss mmg xcukup pegi 3/4hr...kalo boleh drive better sewa kete kat swiss lepastu setiap bandar bermalam 1mlm ke kan...cantek sgt permandangan gunung ganang... i luv swiss!

Nastyna said...

omg omg I pulak excited, please singgah Berlin please, I sudi jadi pemandu pelencong, melencong jer la nnt kome semua hehehe. And sorry la tak dapat bantu sangat with the tips, tapi dah banyak dah tu ur readers rekemen, all the best yer kak.

kawaii nina said...

aiyoo Netherlands tu seram je dgr.. he he

athi FATHIYAH said...

salam kak elly

saya boleh tolong suggest sikit2 je la. sbb ada experience ke netherland je. lain2 tu xpernah.

tips: utk hotel yg muat family and bajet and selesa, akak amik hotel ibis styles. itu mmg murah, terkenal dan sangat banyak cawangan especially kat EU ni lah.. usually dorang nye location mmg sgt dekat dgn station2 public transport such as tram/train/busses.

kalau akak nak ke netherland, elok pergi sekitar bulan 3-5, sebab time tu tgh spring, so tulip is everywhere n Keukenhof Garden dibuka time tu. Heaven kak pergi keukenhof..And tour dalam holland/netherland ni, akak amik Holland Card. Boleh pilih kawasan pelancongan mana nk gi n bayar dengan lebih murah..

ni entry saya pasal our stay/trip in Holland this year.

http://cheerisheverycherry.blogspot.com/search/label/HollandTrip2014

kalau dalam holland, akak boleh pakai OV chipkart senang, klu tak nak naik tram dorang tak kira ikut berapa station mcm kita naik lrt, tp dorang kira per hour..

apa2 akak leh email saya untk trip di holland, iallah boleh bantu akak..

btw utk sewa kereta, akak check dulu dorang perlukan international licence ke tak coz dorg drive belah kanan..

athi FATHIYAH said...

oh btw akak boleh book train talus siap2 ..book awal murah. leh travel dari holland ke german ke paris ke london semua boleh. jimat kak...