Nuffnang Advertisement

Wednesday, September 3, 2014

Konsert Jamal & Eddy Silitonga


Sebelum aku cite lebih lanjut korang kena dengar lagu ni dulu...makesure korang click...kalau tak kaorang tak boleh nak faham apa yang aku luahkan.....jgn berani nak skip2 video ni ya




Ayoooo....menusuk kalbu betul lagu ni kan. Ini siapa yang putus cinta mesti mencurah2 airmata. Aku yang tak ada masalah ni pun bila dengar suara jantan Jamal ni terus hati jadi sayu...terus hati jadi kerinduan...wah! gitu.

Yes! aku dengan En Win mmg peminat tegar Jamal Abdillah. Kagum dengan suara Jamal susah nak jumpa suara jantan macam Jamal ni...tak ada kot penyanyi yang boleh ikut suara Jamal.

Background dia kita letak tepi dulu...itu kehidupan dia siapa kita untuk menunding jari...yang penting dia dapat menghibur dan memberi kepuasan kepada peminat. I love u Abg Jamal....aaaauuuwww



Punya lah excited aku siap beli baju baru...tapi dalam diam sebenarnya tiga2 ni aku rembat...hahaha. Peej ngan Filla tak faham kenapa aku kena beli baju bila nak tgk konsert...eh! biar arr Abg Jamal nak tgk ya...dia mesti perasan aku tengah pakai baju baru tu. Korang mana tau...hahaha



Itu dia otai2 dah turun padang.



Actually konsert ni Jamal Abdillah berganding dengan Eddy Silitonga. Serius aku tak berapa kenal siapa Eddy Silitonga ni. Rupanya penyanyi dari sebarang dari Indonesia. Lagu Eddy ni banyak Jamal rakam kan balik...contoh lagu Lancang kuning dan banyak lagi



Fatwa Pujangga

Lagu ni bukan saja Jamal yang rakam kan balik Aishah, Ahmad Jais, Sharifah Aini dan ramai lagi yang kagum dengan lagu2 Eddy Silitonga dan cuba merakam kan kembali lagu beliau.

Serius korang waktu Eddy ni keluar menyanyi suara giler lemak merdu walaupun beliau sudah berusia hampir 70 tahun. Korang pergi search kat You tube penyanyi Aishah nyanyikan balik lagi Fatwa Pujangga ni...sedap giler!!



Malam tu ada anak Jamal sekali Osama Yamani...budak ni masa depan dia cerah aku rasa suara giler hebat sebijik macam bapak dia...hemsem pulak tu. Tapi hensem lagi Abang Jamal 1...hahaha



Walaupun sound system agak tak best malam tu tapi we really enjoy.



Jamal ni pemalu....atas pentas pun tak pandai nak bergurau senda. Tapi Kak Engku tak kisah, yang penting Abg Jamal nyanyi sudah cukup buat Kak Engku tersenyum. Muka kita hampir sama lah Abg Jamal...hahaha. Sejuk jer tangan Abg Jamal waktu salam malam tu...aaauuuwww



Tu dia peminat tegar Eddy Silitonga. Akhirnya bertentangan mata. Macam adik beradik pun ada...suara dah hampir sama pulak tu. Alhamdullilah masing2 dapat berjumpa dengan penyanyi kesayangan.





5 comments:

Isteri said...

dia pakai rambut pelesu ke kak engku ?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

serius, pertama kali tahu tentang Eddy Silitonga.. padahal selalu sangat nyanyi lagu Fatwa Pujangga tu sambil sidai kain.. kah3! Ingatkan lagu asal Allahyarham Ahmad Jais. Konsert Jamal akak pernah pergi, masa tu Osama kecik lagi, siap dia dukung anaknya sambil menyanyi..

FuZaiNi@$imPle@LiFe said...

Jemput melawat ke blog sy yerr...
http://fuzainisimplelife.blogspot.com/2014/09/wordless-wednesday-need-help.html#more

Hawa Wati said...

hai

Jom singgah blog saya.

Saya budak baru belajar.

ddJaafar said...

edi silitonga ni idola jamal.jamal mula masuk bertanding rtm pun nyanyi lagu edi silitonga ni lahh.

haaa..camne saya tau?mak saya mmg peminat jamal.minat gila gila sampaikan mak kalau nampak muka jamal dlm paper,mesti pastu gambar tu dia gunting simpan dalam album.dari saya baru nak hidup sampai sekarang,mak masih berperangai macam tu.hehe.