Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 30, 2014

Keletah anak2


Lately ni aku perasan anak aku ni tak reti duduk diam, aku tengok macam ulat bulu diorang menari. Tak pernah aku tgk tarian macam ni, macam kena rasuk ada gaks. Terloncat2 lepas tu gerak macam robot lepas tu kang tersangkut pulak kat tingkat...hahaha.

Tak ada lah aku tegur...lantak korang kat situ. Nak tersangkut ker nak terbalik ker janji jangan sampai tulang tu patah. Sempat gaks aku ambik video diorang menari lepas tu aku share kat FB...Eh! rupanya mmg ada lah tarian macam tu. Kalau tak caya cuba korang tgk you tube kat bawah ni....hahaha




Betul tak budak tu tersangkut kat tingkap...hahaha. Kelakar2. Apa punya tarian lah...tak sanggup aku nak nari macam tu. Tonggang langgang aku rasa.

Aku kan pernah cerita yang anak aku ni suka buat video tapi aku tak boleh nak share  kang mengamuk pulak budak berdua tu. Itu hari tgh adik tidur tergerak hati nak tgk video kat handphone adik...kelakar giler anak aku ni macam atok nyer jugak. Sampai lah ada satu video tu adik tgh pecahkan 2 biji teluar kat kepala....ntah siapa yang dia ikut pun aku tak tahu.

Percubaan pertam telur tu tak pecah mungkin sebab dia ketuk kat kepala tak kuat sangat lepas tu siap terjerit2 kesakitan last2 dia ambik sudu pecahkan letak atas kepala...OMG! patut lah rambut dengan bilik bau busuk...rupanya ini kerja adik ya!!.

Macam2 lah nanti kalau aku dapat curi satu or dua video bebudak tu aku share ngan korang yek.

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

macam2 kan

Farah Waheda Wahid said...

macam2 keletah anak2 ni kan kak?

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

adoii anak2 dah bijak2 mcm tue pulak gayanya ye..

Lavender violet said...

hahaa ni maddie ziegler kak elly..
dlm rancangan dance moms..
maddie ni selalu menang kalau bertanding menari..

Chekgu Azrine said...

Haha..lawaks..mcm2 imaginasikan dorg ni

DYatie said...

ternganga tengok video tuh. hhahahaha.