Nuffnang Advertisement

Monday, September 29, 2014

Birthday Papa


Actually birthday Papa hari Khamis lepas 25 September tapi tak dapat nak celebrate masing2 busy. So decide celebrate hari Sabtu. Bila tanya Papa nak makan kat mana...birthday boy nak makan kat rumah jer. Papa ni dulu mmg suka makan... masak apa jer sentiasa sedap jer kat mulut dia. Pergilah restaurant mana2 semua terbaik bagi dia. Tapi sejak dah sakit ni kurang sikit Papa makan. Tu yang kalau dia nak makan laksa ker, ayam sambal atau Cake aku usaha buatkan...sian tekak orang tua bila nak makan ni. Papa dah hampir 2 tahun tak boleh jalan, agak susah sikit nak kesana sini. 

Keluarga sebelah laki aku ni bukan ramai sangat campur cucu dan anak menantu baru 9 orang...alahai sikitnyer. Kitaorang ingat malam tu buat BBQ jer so senang untuk Papa makan dirumah jer. Buat simple2 jer makan pun tak heavy sangat hari tu.



Pepagi dah gi kedai cake kat Melawati...Papa nak butter cake. Sambil tu top up barang2 cake yang dah habis. Amboi bukan main over sekarang kan.....hahaha



Hari tu test buat Pavlova....jadik tapi Kak Engku tersalah beli Topping dah dia cair atas cake. Ingatkan nak bagi Papa rasa..tengok dah cair macam tu cecepat anak beranak habiskan. Sedap giler....hahaha. Matilah perasan cakap cake sendiri sedap..konpiden sangat ni. Nanti Kak Engku share resepi ya...resepi ni mmg senang cuma part topping tu nanti Kak Engku google untuk korang.



Next buat Butter Cake untuk Papa...ada balance chocolate chip haritu taburkan jer lah



Last menu hari tu buat Lasagna. Resepi nanti kalau free Kak Engku share ya.



Pukul 6.30pm dah settled semua baru kitaorang gi rumah inlaw. Dekat jer pun tak sampai 15 minit.



Adik ipar


Anak Shira....kesayangan semua orang buat masa ni. Kalau gi rumah inlaw mmg mengadap muka dia sekarang. Eeee geram kat budak ni comel sangat



Redza. 
Cepat sangat besar sikecik ni.



Inlaw aku buat spaghetti. Aku bawak cake, lasagna dan salad. Salad tu pun beli jer. Malam tu bakar ayam, kambing, daging dan hotdog untuk budak2.

Gambar birthday boy tak ada sebab seksi sangat. Comel jer pakai pampers...hahaha. Keadaan Papa tak berapa sihat sangat, muka pun sembab aku nak tangkap gambar risau dia malu pulak. By the Way... Happy Birthday Papa...semoga dipermudahkan segalanya. We Love u so much.

11 comments:

Capt Lalok said...

Happy birthday uncle papa. Semoga cepat sihat dan sentiasa didalam lindungan Allah.

baiknyer menantu uncle papa ni.untung uncle.

Chekgu Azrine said...

Semoga papa kak elly panjang umur dan murah rezki ye

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

mamabeauty said...

happy birthday uncle.. semoga cepat sembuh ya

εïзmummyHazaεïз said...

Happy bday buat papa kak elly.. Semoga sihat berpanjangan

fayreen mizan said...

Happy birthday, uncle. Semoga uncle dipanjangkan umur dan sihat macam biasa ya. So sweet of you, ly!

Allene said...

seronoknya... bab makan2 mmg best.

entry terkini...100% untuk mu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Elly, utk topping pavlova, u beli Non-Diary Whipping Cream (cuba google cemana ropenyer). Cream ni u putar jer, dlm 2 cawan. tak yah boh gula, putar sampai kental lepas tu dah boleh letak kat pavlova. Yg lebih tu kalu tak guna u boleh frozenkan, sehari sebelum guna baru turunkan ke bhgian bwh (fridge). Pastikan putar dlm keadaa sejuk, maknanya nak dah nak putar barulah keluarkan dari peti sejuk, ok Elly..

Nastyna said...

Happy belated birthday to Papa...may Allah bless him.

Nor Azlin Abd Rashid said...

Baik kak elly..mgkn sbb mertua akak sgt baik sblm ni kan? Mudah2an akak dn keluarga sentiasa dlm lindungan allah

Cik Puan Eka said...

happy birthday to papa.

Semoga cepat sembuh ya...