Nuffnang Advertisement

Monday, August 25, 2014

UPSR Sanins bersama iBUDDY


*scroll down for new entry*

Ada sesiapa yang ada anak ambik UPSR tahun ni. Kalau ada aku nak share dengan korang program terbaru dari Astro saluran 601. 

Program ini direka khas untuk pelajar2 yang bakal menghadapi UPSR. Program bersiri  UPSR Sains Bersama iBuddy ini akan disiaran pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula dari 9 Ogos 2014 (Sabtu) pada jam 10.30 pagi, 6.00 petang dan 10.30 malam dan secara eksklusif hanya di Astro Tutor UPSR (saluran 601)

Walaupan anak aku Yaya baru darjah 5, aku akan pastikan dia menonton program ini supaya dapat mencatit nota2 yang diberikan. Satu program visual yang sangat menarik dan sangat mudah difahami. Yaya mempunyai masalah dalam menghafal sesuatu perkara. Nota ringkas yang diberikan dan gambaran visual yang digunakan sangat mudah difahami. Serious korang kena cuba menonton bersama anak2. Aku yang tengok bersama anak2 pun menjadi teruja.

UPSR iBuddy boleh dimuat turun secara percuma untuk Android di Play store. Korang juga boleh melayari laman web iBuddy.my melalui computer dan telefon bimbit dengan menggunakan Internet seperti Explorer, Google Chrome, Firefox ataupun Safari.

Meh...akak cite lebih details supaya korang mudah faham dan senang untuk menerangkan kat anak2 nanti.




Mula2 korang kena register dahulu di laman web iBuddy



Isi borang dan hantar. Itu sahaja yang perlu dilakukan dan korang boleh mula menonton sambil menjawab soalan2 di aplikasi.





Aplikasi ini menerapkan konsep pembelajaran seiring dengan TV. Contoh korang tengok episode yang pertama di TV pastikan kan aplikasi korang juga di episode 1. Aplikasi ini akan memuatkan kaedah pembelajaran dengan pelbagai nota ringkas yang disediakan beserta visual yang menarik. 



Sambil tengok TV sambil membaca nota ringkas yang disediakan di aplikasi. Anak2 akan lebih mudah fahami. 


Contoh2 nota yang diberikan


Sambil menonton anak korang juga boleh menjawab soalan 'pop kuiz ' yang disediakan untuk menguji tahap pemahaman mereka. Papan markah turut disediakan untuk pengguna menganalisa jumpa mata terkumpul berbanding pengguna yang lain.


Paling menyeronokan markah tertinggi setiap minggu akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad Mini manakala pemenang tempat kedua hingga kelima akan membawa pulang pelbagai hadiah cenderahati eksklusif dari Astro Tutor TV.




Jangan lepaskan peluang. Peraduan ini akan bermula dari 9 Ogos hingga 7 September ini dan jangan lupa memuat naik aplikasi UPSR iBuddy di laman iBuddy