Nuffnang Advertisement

Thursday, August 28, 2014

Swiss Roll


Hari tu ada cuba buat Swiss Roll tapi tak berapa lembut. Kemungkinan duduk dalam oven lama sangat kot tu yang tak berapa lembut tapi sedap lah dan boleh dimakan. Itu pun En Win yang puji kata sedap tapi tak tahu lah betul ker idok..hahahaha 



Bahan2 yang digunakan tak banyak pun

100 gram tepung (diayak)
100 gram Caster Sugar
4 biji telur 
Jem 



Pukul Gula dan telur



Sampai kembang macam ni dalam 10 minit ada kot mesin ni pukul. Kalau guna mixer yang mahal tu mesti sekejap jer..takpe kita tunggu birthday nanti.





Lepas tu masukan tepung yang telah diayak dan gaul perlahan2 sampai sebati. 

AMARAN: kena gaul perlahan2 supaya angin tak masuk kedalam adunan



Bahan2 yang telah digaul sebati tadi boleh dimasukkan di dalam tray jangan lupa lapik dengan tracing paper 




Waktu aku tgk kat you tube dia cakap bakar dengan suhu 200 selama 10 - 12 minit TAPI aku rasa kena kurangkan lah Suhu tu nanti aku cuba bakar dalam suhu 170 selama 10-12 minit. Kita tengok macam mana pulak yek....



Terbalik kan cake tu dan tarik tracing paper tu pelan2



Potong bahangian tepi cake 



Kak Engku guna jem beli kat kedai jer. Kalau korang rajin buat lah cream sendiri rasanya lagi sedap kot. Ini percubaan Kak Engku yang pertama nanti2 kalau rajin buat lagi.



Dah letak jem boleh lah gulung cake tu nanti.

Dah siap...senangkan tapi cuma tak berapa lembut jer. Ok lah korang selamat mencuba!!

16 comments:

NM02 said...

sumpah nak cuba buat!

dah buat nnt kita roger kamu ye popo.... :)

DYatie said...

Buat Swiss Roll kena rajin. Yatie yg malas ni beli je la. hahahaha. =P

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

nurul_7155 said...

nmpk macm bahulu gulung tradisional,...garing d luar lembut didalam,...sedapnya,..meleleh airliuq.....

Izzan Yong Rosdin said...

rasa mcm kak ton lg best lah.. mesra2 gitu..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, fuyohhh bestnya tengok orang baking sendiri kat rumah. hehehhe

usna said...

Kak elly, nak takyah pakai butter yek swiss roll ni?

Nastyna said...

ha la, tengok u buat macam senang giler jer.

Chekgu Azrine said...

Kak elly..sdpnya!

Wirdalisa said...

Kak Elly, u spread with nutella first. lepas tu taruk kitkat, atau kinder bueno.. and then u roll! SEDAPS SEY! :D

eynda said...

Rajin :-)

mamabeauty said...

thanks dear..
tengok cam senang..
harus dicuba

Adams Ayens said...

As salammualaikum sis,.
Boleh tak ai nak amek resepi..
macam senang..ngeee besh tu..

Petak Bunga said...

bahan tak bnyak.. rasa nk try juga

Irz Zack said...

kak elly memang hebat lah. sonok tengok kak elly cuba macam2 dekat dapur. nampak sangat ke ibu2 an nye... huhuhuh.

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam kak elly,
mula start baca blog akak sebab ceritera holidayssssss...
sekarang ni mesti terjah sebab ceritera dapor pulop...
suke3...
Anyway salam perkanalan kak elly :)