Nuffnang Advertisement

Friday, August 8, 2014

Sekolah open house


Budak2 ni mmg suka cakap terkejut2. 2 hari lepas Yaya dah cakap Sekolah ada buat makan2 sempena Hari Raya. Tema makanan "makanan berat". Fuyoooo siap bertema ada ringan ada berat ya.  Dalam kepala ingat nak masak mee hailam jer goreng pepagi nanti. Tapi En Win kan sayang I...hahaha. Dia kata tak yah masak biar dia beli jer nanti dalam kul 10 hantar kat sekolah biar budak2 makan panas2 sikit.

Maka tersenyum gembira lah aku...tetiba pukul 9.30 malam tadi,  Yaya cakap tak nak mee goreng dia nak aku masak kan cup cake 40 biji. Dah giler budak ni..ingat mak dia chef agaknya boleh masak petik jari. Kelam kabut aku ngan En Win gi Giant cari butter dengan susu. Korang ni kalau tak bagi aku pening tak sah kan. Kang kalau tak buat diorang banding kan aku dengan mak orang lain camne..malu lah I...hahaha.

Ingat nak buat kul 12 tengah malam tapi mata ni dah layu di tasik madu. Baik tidur jer, esok merasa lah bangun pepagi. Kul 5 dah bangun siapkan bahan2 untuk buat cake...dapatlah siapkan 30 biji. Lagi 10 biji aku malas nak bancuh pepandai lah budak2 tu nanti share cup cake tu lagi pun aku rasa banyak makanan lain...hahaha. Dalam kul 6.30 semua dah siap. 



Yaya dah perasan  remaja...aku perhati jer perangai dia bertukar2 tudung depan cermin. Kang dia pin tepi...kejap kang tukar style pin tengah. Kang berlari turun tunjuk kat En Win mana yang cantik. Lepas tu try pulak baju kurung nak match kan dengan tudung. Fuh! hebat sakit budak sekarang kan.

Adik jugak tak pening kan kepala aku "Adik punya tema makanan apa"...."Tak ada tema mama,  bawah air oren dah lah, suh papa beli kat Giant". 

Fuh! selamat aku..kalau tak kena masak 100 biji cup cake agaknya...hahaha

9 comments:

Nadya Zahid said...

heheheeh..cute la anak2 akak nih..

Lavender violet said...

cantik nye yaya...
sesuai je shawl tu dgn die :D

MG schmidt said...

belah kanan ni comel yaya! :)

Farah Waheda Wahid said...

comellnya dia, dah pandai bergaya depan dengan shawl dah...

Mila Hilas said...

yaya ni muka dia remaja sgt..mcm dh besar, muka cntk.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Cantik yaya...Fuh selamat akak, mesti yaya bangga dapat bawak cupcake mama dia kan..

mamabeauty said...

comei dah anak dara you bertudung..

saya pun sama ada permintaan 3 org anak serentak berpeluh gaks tiak menyediakannya..

yg penting diorng happy n mommy pun happy kan..

Irfa said...

COMELNYA YAYA PAKAI TUDUNG ;)
SHAWL KE2 TU LAWA DAN UNIK

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, manisnya anak dara ni.. suka tengok dia bertudung ~~~