Seawal pukul 8 pagi dah bangun bawak budak2 gi bekpes dulu sebelum snorkeling. Adik malan tu siap mengigau tangan goyang2 macam berenang...hahaha. Siap jerit2 lagi panggil nama kakak dia. Excited budak kenit ni.
Muka tu tak payah lah sombong sangat
Kali ni pergi Marine Park pulak. Ticket boleh beli kat Jetty. Cuma RM5.00 per person
Happy sangat diorang ni...sekejap kang berbisik2.
Sikenit ni mmg berani giler. Dah tak nak pegang2 tangan. Nak berenang sendiri. Laju jer tangan berenang nak kejar ikan.
Seperti biasa kena dengar briefing dulu
nasib baik laki aku ni jenis suka melayan anak2..jadi kerja aku senang sikit cuma handle kain baju jer.
Kalau korang tanya pandangan aku tentang percutian ni kali ni...memang sangat2 menyeronokan. Sebab anak2 dah besar diorang dah pandai enjoy all the activities. Snorkeling satu benda yang baru untuk kiddos dan diorang really enjoy. Siap offer aku duit raya diorang untuk tambah satu malam lagi.
InsyaAllah nanti kita gi Phuket pulak untuk snorkeling tengah laut. Actually Sabah lagi cantik tapi lately ni banyak pulak kes culik tak berani rasanya.
Aktiviti atau percutian mmg selalunya aku handle. Aku cuma bagitau En Win mana nak pergi dan berapa cost kalau di setuju dari awal sampai habis aku akan uruskan. Begitu juga dengan kelengkapan untuk percutian. Aku kena fikir ubat ada tak, baju swimming cukup tak, berapa baju nak bawak, berapa duit nak kena keluarkan. Mmg dari dulu aku handle kalau aku tak buat mmg tak berjalan jawabnya sebab En Win jenis yang kalau tak arrange merasa lah korang duduk rumah jer. Percutian hujung tahun ni aku nak beli ticket awal2 waktu promotion hari tu.
Perjalanan dari Hotel ke Marine Park cuma 20 minit jer.
Lupa nak kasi tau...kawan office aku liza pun join sekali percutian ni.
Dah sampai!!
Ingat kalau sekali lagi pergi redang nak sewa boat sendiri suh dia bawak lain tempat pulak
Cantikan!! Mana lah anak2 aku tak teruja.
Yaya
Ameera
Check dulu
Kat Marine Park ni aku ngan En Win bagi kebebasan kat budak2 berenang sendiri biar sampai diorang puas hati.
2 jam tak keluar2...lantak lah situ
Adam
Tak ada siapa nak melayan aku tangkap gambar...jadi selfie jer lah
"Yaya...tadi kan ikan tu kiss adik" kelentong betul budak ni!! hahaha
Dah puas berendam balik hotel, salin baju dan terus lunch
View from restaurant
Amboi...selfie kuat ni
"Mama sini tangkap gambar adik"
I pun nak jugak!!
En Win dah keletihan waktu ni...berdengkur ya Rabbi kuat giler. Budak2 sambung lagi berenang kat Swimming pool
Petang tu ingat tak nak mandi dah nak lepak2 kat tepi pantai ambik gambar. Camera ni kitaorang hadiah kan kat budak2 sorang satu waktu kat Tokyo dulu. Tu yang sibuk nak bergambar masing2.
Cewah!!
Siapa lah ajar korang ni!!
Simbolik sangat ni...hahaha
Kiddos!!
Tuan Belog
Dah celup2 kaki kat air tu....terus nak salin baju nak mandi balik
Me & Hubby
dan lagi.....aaauuuwwww
Holloh3
ABC
Sambung lagi....kali ni aku ngan En Win dah tak sanggup nak berenang. Gi lah korang...mama nak santai2 kat sini
Nampak diorang gi jauh ketengah nanti En Win gi panggil
Macam dah hebat sangat korang ni ya!!
Pandangan dari depan...tingkat atas tu tempat makan. Bawah tu lobby
Sambung berenang balik...tak letih2 budak2 ni, heran aku!!
Malam tu tak ada aktiviti...lepas dinner jalan2 tepi pantai. Semua tidur awal sebab keletihan
Last breakfast sebelum check out...
Bye2...Redang!!!
12 comments:
Bestnya..
sy pon ari raya ke 3-5 aritu buat family day kat p.perhentian..tp rasanya redang lagi cntk kot.hehe
cantik2 gamba... yaya ngn meera dah macam model.. kebabommm.. next trip kita mana???
Pulau redang ni memang nampak menarik sangat niii
Yaya sangat cantik sekarang... dah lebih outstanding dari mama :)
hi popo elly, igt tak komen kite kt pesbuk smlm?? hehehehehe
i follow u!!!!
Semua gambar cantik. Kak elly pun makin cantik. heee
Kak elly... siper hijau tu boli mano?? cantikk laaa..
wow bestnya..love your blog :)
MACAM FAMILY ARTIS DAH NI, HAHA
JERNIH GILER AIRNYA
TANGKAP IKAN WAT GULAI BOLEH KOT
:)
Assalamualaikum kak elly, seronok tengok anak enjoy holiday kan. tak sabarnya nak tgu giliran enjoy camni.. hihiii
banyak tempat lagi bleh pegi dear..perhentian (turun epot kelantan lagi dekat nak pi kuala besut)...tioman (mahal sket la berjaya air...naik keta kalu letih). pi kk tar marine park pon sronok. sipadan emang tuk dive je...tak puas snorkeling
koh lipe, krabi, koh samui or phuket pon ok...cuma mlm phuket la paling happening :)
Post a Comment