Nuffnang Advertisement

Monday, August 4, 2014

Raya 2014



Berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa...tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira...anak muda di rantauan semua nya pulang ke desa ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...ewah!!! sambung2...sila menari sekali kalau ada kawan kat sebelah ajak dia joget sekali. Baru lah rayeeeeee...hahaha.

Selamat Hari Raya korang...kosong-kosong ya. Bapak aku cukup menyampah ayat tu. Orang tua kan mana nak terima ayat2 moden ni "apa ntah kosong-kosong mintak lah maaf betul2"...hahahah biar lah abah sekarang dah moden..ikut kan jer lah.

Raya tahun ni aku ada sedikit teruja..walaupun dah kawin hampir 12 tahun ini tahun pertama aku masak kan kuah kacang dengan ayam rendang untuk En Win. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Selalunya nunggu jer tepi dapur sampai mak habis masak. Kali ni ada perubahan sikit pepagi dah bersilat kat dapur sediakan apa yang patut...berbuka puasa dengan air tangan sendiri...bila suami makan meloncat2 dalam hati. En Win mmg suka bagi aku teruja lebih dia kalau makan siap pejam2 mata tanda sedapnya tak terhingga. Aku pun pelik kenapa aku tak nak masak dari dulu. Tahun ni perubahan untuk diri sendiri yang dah semakin tuo ni. Esok2 kalau anak balik beraya bersama suami ada lah terhidang atas meja tu...ya dok!!

Tahun ni juga aku tak banyak membazir...syabas sekali kali lagi untuk diri sendiri. Barang rumah cuma tukar alas meja jer dengan kusyen cover. Tak beli pun carpet baru or pinggan baru..hahaha. Tangan ada gaks gatal2 nak beli tapi kuatkan hati dan Kak Ton berjaya.



Hasil rembatan di Ikea



Kusyen Cover pun dari Ikea.

Aku bertolak balik ke Melaka pada hari raya pertama. Bertolak pukul 5 pagi untuk mengelak kan jem..alhamdullilah sampai dalam kul 7.00. Seronok beraya di kampung. Tahun ni bapak ngan mak En Win tak dapat ikut jadi aku dan En Win wakil kan mereka.

Sampai2 jer tengok saudara mara dah berkumpul...wah! tema purple tahun kelasssss korang ya...hahaha



Suasana di dapur...meriahkan ada ketupat, lemang, rendang itik, rendang ayam, lontong..eh! macam2 lah. Best kan duduk kampung ni



Harus akak membantu..mulut orang Melaka ni berpuaka sikit kang dilaharnya akak...pitam kat situ. Hahahaha. Dah biasa lahar melahar ni..kang tengah borak2 "bangang betul dak Elly ni itu pun tak tahu buat" fuh selamba dibangang kan aku...tertelan2 ailio aku mendengar. Daripada dilahar baik aku buat2 potong ketupat tu nampak lah busy sikit..hahaha.



Nampak tak aku macam retis di situ...hahaha



Mak...Akak dan Cik Norma



Amboi En Win berkobar2 dengar cite.

Apa yang seronok beraya kat kampung ni bila semua berkumpul dan bersalaman. Selalunya kitaorang akan berkumpul kat hall dan mula bersalaman. Waktu ni suasana sedih menyelubungi bersalaman sambil berpelukan tak kira usia tanda kasih sayang kami sekeluarga. Kami mmg rapat..terlalu rapat susah nak jumpa keluarga yang serapat ini. Sayang..sangat2 lah!! 

Selalunya selepas salam orang tua2 aku akan bawak anak2 untuk bersalam dengan En Win. Selalunya aku akan mulakan dulu dan diikuti anak2 pulak.




Tahun ni tak sedondon..anak dah pandai pilih colour baju sendiri, yang penting aku kena sedondon dengan suami tercinta...aaauuuww. 



Yaya dan adik



Suami isteri yang sama2 makin membulat. Start semalam aku dah control En Win jangan makan malam. Debab sangat laki aku sekarang ni...stop jap buat cake. Risau pulak aku En Win makan manis2 ni. Bila semua orang tegur dia semakin bulat dia salahkan aku pulak...kata aku paksa dia makan..Eh! bila lak aku paksa dia mkn...no..no...no!! 



Cantik pulak kain sari ni bila dah siap buat baju..ok next year boleh beli lagi.



Eh! pipi aku pun dah bulat lah. Bahaya ni....kang Filla kurus aku gemuk camne???



Ayah dan Mak. Kerlassss kau Maria tahun ni purple colour...hahaha



Family mak dan ayah



Us!!



Kiri kanan penuh purple...nasib aku colour lain nampak lah vogue tu lebih sikit...hahahaha



Family Mamat



Cute jer nengok budak2 ni pakai baju raya



Kira ok lah ni...pipi jer temban badan nampak agak slim disitu..hahaha. Ini waktu duduk kang aku bangun berpinar mata korang...hahaha



Nampak tak kelainan disitu..so bila tgk gambar ni mesti mata korang pandang Kak Ton kan!!! Purple agak tenggelam disitu..hahaha



Anak den pun agak terselah disitu..hahaha. Matilah kena lahar lepas ni.

Lepas dah lepak2, makan2 dalam pukul 11 kitaorang bertolak balik ke KL. Tempat pertama yang dituju haruslah rumah mak dan abah di Puchong.



Aku mmg suka hari Raya...ada baju raya...duit raya..makanan raya dan yang paling best bila hari raya dapat berkumpul dengan keluarga bermaaf-maafan. 



Kiddos dengan mak



Amboi abah songkok sama dengan colour baju. Dah retis sangat abah tahun ni...hahaha. Bapak aku ni mmg suka benda2 pelik sikit kenkandang dipakai topi jawa tu...pernah sekali dia pakai songkok bulu2 yang ada ekor tu. Aku perhatikan jer perangai abah ni...hahaha.



"Abah tgk tiap2 tahun korang bergambar tapi satu gambar pun abah tak nampak"

"Abah lain kali bukak acct FB ya...takdo nak cuci2 gambar ni itu zaman dulu ya"




Adik beradik...lagi 2 datang lambat tak sempat nak jumpa



Ini cilok dalam FB anak buah. Baju hijau tu adik no 4 dan yang tudung purple tu kakak no 1



Cousin



Tahun depan Mirul dah raya kat overseas...belajar main bola kat sana. Eksyen kau ya...



Satu2 nyer ada lelaki...budak ni selalu kena belasah ngan aku...asal jumpa jer mintak duit minyak. Aku tampar kang...



Anak buah semua dah besar2...korang jangan nak kawin awal sangat...i tak rela jadi nenek lagi ya!!

Lepas bersalaman dan makan2 terus gi rumah En Win pulak. Tapi tak sempat nak snap gambar..lagi pun bapak En Win dah uzur sangat rasanya macam tak sesuai nak gelak2 depan camera

**************************

Raya Kedua

Acara tahunan berjalan rumah saudara mara sebelah aku...sebelah En Win semua gi bercuti. Tak sempat nak berjumpa lagi. Seawal kul 10 pagi dah start meronda cari mak dan bapak saudara. Ini lah masa untuk berjumpa diorang...jumpa cousin2, hari biasa mmg x adalah sebab memasing busy dengan kerja dan keluarga



Raya kedua tema adalah hijau lagi...hahaha



En Win kena paksa pakai baju melayu. Biar nampak sedondon sikit dalam gambar...hahahaha



Adik dengan style rambut baru. Holloh3 tomei sangat ni!!



dan gambar hari raya terakhir untuk tatapan korang semua...hahaha



















Terimalah......

Uji Rashid dan Hail Amir...hahaha. Eh! siapa suruh korang gelak.


13 comments:

Khatey K said...

kak elly, kain baju raya cantik cantik sngat
beli kat mana? share lahh
janji tak ambil kaler ijau hahhaa

Khatey K said...

Kak Elly , share la kat mana beli kain baju raya. berkenan sngat
janji tak ambil kaler hijau hehehhe

Irfa said...

meriah sgt raya ko elly
*jeles daku*
tp betullah, hijau itu menawan

Chekgu Azrine said...

Kak elly bli kain saree tu kt mana..sharela..lawa sgt!

rabiaatul adawiah said...

kak elly kain lawo ler..sesuai dengan akak kaler kain..yang hari kedua punya nampak klasik...cantikkkkkkkk...kiddos punya baju pun sweet

Elly said...

Kak Elly beli kain sari tu kat Klang tapi nama kedai mmg x ingat. Kat situ ada banyak jual kain sari. Kat jln TAR...semua house dan Briekfield pun bnyk jual kain sari

rEaliTi hIduPku said...

Kak elly, yg baju purple tu family sape? family akak baju biru tu kan? confius ckit sbb da nk last2 tu akak ckp balik umah husband akak..

tp yg penting baju akak sangat cantik okay!

Capt Lalok said...

hahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...

elly ko buat aku pobia tgk pokok buluh...hahahaaa

lawak lah elly, selamat hari raya yer..maaf zahir n batin..kosong2 yer..kot2 ada terkutuk dlm komen2 aku sebelum ni..rasanya..takde kutuk pun..dlm hati je..hahahaha..apapun u are the best ..termasuk gang bini-bini ku gangster...hahahaaa

Arora's said...

Kak elly,jgn risau en win makan manis janji ada jussulin#potonggulajanganpotongkaki . .sesuai utk elak kencing manis dan rawat kencing manis tanpa peru ubat hosp dan pantang mnis. Hehe ada di ig arora e_shope tmpt kak ely beli makeup organizer ritu hehe

annapeje said...

cantik la kain sari buat baju rasa bj bura juga :P ....ahaha gambar last tue x menahan gelak :))

Siti Fatimah said...

hi elly,

pls share mana u beli handbag for the kids tuh I nk belikan my daughter lahhh hehehe...
btw...
Selamat Hari Raya to U & Family! :)

Chekgu Azrine said...

Tq kak elly gojes!!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, wahwah kababom diva beraya. cantiklah kak elly sekeluarga. selamat hari raya aidilfitri kak elly ~~~