Nuffnang Advertisement

Monday, August 18, 2014

Makan2 lagi dan lagi...


Laki aku ni mulut jer cakap tak nak buat makan2 tapi bila kawan2 telefon semua orang dia jemputnya. "Ma Sabtu ni kengkawan dari cina nak datang, u masak yek diorang datang nak makan tengahari". Lancar jer lidah tu bercakap kan...nak makan apa, nak masak apa penpandai lah aku kena fikirkan. Tugas dia senang jer...aku bagi list nanti pagi Sabtu tu dia gi pasar.





Makan2 hari Khamis lepas...orang Melaka datang. Tak sempat nak masak jalan penyelesaian beli satay dan domino pizza.



Akhirnya dapat jugak aku beli pressure cooker ni...mahal bebenor. Sebab jarang gunakan jadi rasa membazir pulak beli. Setelah fikir masak semasak nyer..eh! kena beli sebab senang nak masak sup tulang ker, sup ekor ker dan aku rasa satu investment yang berbaloi jugak...asyik handbeg jer kan baik beli barangan dapur pulak...ewah!! Aku beli brand Tefal RM700.00 ada yang mahal gaks dalam RM1000++ ikut kemampuan memasing lah kan!!



Aku kan jenis prepare barang awal2...Jumaat tu aku dah siap buat jelly untuk tetamu. Ada yang tanya resepi..aku beli yang dalam kotak tu jer cuma masak dengan air panas sampai mendidih. Lepas tu sumbat jer dalam Fridge tu.



Mula2 aku nampak budak berdua ni makan...ok takpe makan lah aslong ada balance untuk tetamu esok. Aku pun naik atas mandi... tak sampai 1/2 jam....



3 beranak ni hadap jelly sampai abis...berasap telinga aku...membebel2 aku kat dapur tu diorang buat tak tahu jer...huaaaaaa. Why??? Why??/Why??



Nasib baik bahan2 cake aku mmg beli lebih...petua orang dulu2 kalau nak buat cake tak boleh tension or marah2 nanti kek bantat jadi aku redakan hati dulu dengan join diorang sekali makan jelly tu.



Marble cake



Nasib baik jadi...nanti aku share resepi yek!! Cepat2 aku pesan kat 3 beranak tu..jangan sentuh cake ni sampai tetamu datang esok. Bukan betul diorang ni kang aku naik atas jer kompen cake ni tinggal separuh.



Ingat nak masak asam pedas tetel...sedap kan!! tapi En Win beli 1/2 kilo jer hari tu bila dah rebus guna pressure cooker lagi kecut lah  tinggal sikit jer. Tukar plan masak asam pedas ikan merah



Tak masak yang heavy2...masak macam makan anak beranak kat rumah jer. Asam Pedas, ayam goreng kunyit, kobis goreng letak udang dan telur dadar



Kau tengok siap yang ceduk nasi dulu!!



Samy dah bersalin....putih melepak anak lelaki dia. Cute kan macam anak Oshin..hahaha



Fendi

Itu jer gambar yang sempat ambik yang lain busy kedepan kebelakang jer kerja aku



Esok pepagi panaskan balance asam pedas tu ambik tepung bancuh buat lempeng...minum pulak Kopi O. Perghhh hebat giler rasanya...hahaha



12 comments:

f.m.y said...

Hebat sangat dah kak Eli. Kalau nak isi borang appraisal untuk 2014, rasanya tinggi dah pencapaian kak eli.. Memula masak.. pastu kek.. jeli..wahh hebattt

Jueliza Jamani said...

sis elly.. awat tak beli pressure cooker amway RM600 macam2 boleh buat tau...

Iylia said...

kak..table cloth akak nampak menarik kat mata saya..nampak kayu2

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

erny firdaus said...

ye..sy pun terjatuh hati dengan table cloth tu..nama unik sgt..beli kat mana? Macam best jerk.. ;-)

Shahrina Ahmad said...

Betul. Awat x beli presure cooker amway. Lagi senang sbb guna letrik. Bleh set masa. Dah masak je dia off sendiri.

Shahrina Ahmad said...

Betu tu. Awat x beli pressure cooker amway. Senang sbb guna letrik. Bleh set masa. Dah masak je dia off sendiri.

Zaila Mohamad said...

saya pon nak tanya pasal table cloth tu, boleh bgtahu beli kat amna?

Nastyna said...

Your alas meja sangat cantik la.. eh I baca tau cerita u, tapi mata memang tertumpu ke alas meja tu sebab tka pernah nampak sebelum ni.

Anna Ruslina said...

Akak please join blog competition and represent malaysia. http://www.bigblogexchange.org

Tablet cloth is from ikea. Ha ha soalan table cloth ni dah mcm FAQ blog akak.

mrs.zairi8687 said...

kak elly..muke kak elly cam dr harlina isteri syeikh muzaffar tu..=)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, wahh sedapnya walaupun simple lauknya. nak nak resepi marble cake tu.. terliur tengok ~~~