Bila dapat tahu jer Majalah Wanita ni dah keluar bergegas aku ngan En Win semalam naik motor cari kat kedai. Adalah dekat tiga kedai pergi tapi tak jumpa last2 jumpa majalah ni kat Ampang Point. Bila nampak cover Umie Aida terus jantung debar2....hahahaha.
Beli sekali 3....Lepas tu orang kedai tu tanya kenapa beli banyak sangat. En Win dengan penuh bangga jawab "gambar saya ada kat majalah ni lah mamak" wei...malu tau kat mamak pun nak cite ker...hahahaha.
Kat situ gaks buka page cite pasal kita orang...aku bukan nak baca sangat tapi lebih kepada nak tgk muka sendiri. Huaaaaaaaa tak suka make up tebal macam muka harimau bintang anak aku cakap waktu shooting haritu. "Ma kenapa mama macam muka harimau...muka mama nampak garang sangat". Tapi mmg betul pun aku tak boleh make up tebal2 nanti muka jadi orang lain nak cakap tak berani kang make up artis tu kata aku kekwat pulak jadi redha jer lah....huhuhuhu. Takpe lah yang penting isi kandung cite pasal background company aku dan En Win.
Jangan lupa beli yek cover Umie Aida. Kalau cover muka aku mmg tak laku majalah ni.
Ini kali kedua aku masuk majalah full page macam ni. Dulu waktu aku ada butik pengantin. Tak silap aku majalah harmoni. Waktu tu muda lagi tak silap waktu tu umur aku 27 tahun.
Dalam majalah ni menceritakan macam mana aku dengan En Win mengemudi perjalanan MG Movers Trading (Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemindahan dan pengangkutan bertaraf professional).
Bermula dari kami berdua sahaja bekerja tanpa satu lori pun dan sekarang Alhamdullilah kami mampu miliki 3 biji lori, 8 orang pekerja dan 2 buah warehouse dan Insyaallah kami akan membeli trailer pulak untuk melancarkan lagi urusan perniagaan. MG Movers juga telah berjaya mendapatkan Lesen Kontraktor Pembekal Kementerian Kewangan (MOF)
Tanggujawab yang berbeza dalam satu masa bukan lah perkara yang mudah untuk dilakukan tapi aku dengan En Win tetap gigih untuk memastikan kami berjaya dan kalau boleh kami tidak mahu lagi menoleh kebelakang dan meninggalkan segala kesedihan yang pernah kitaorang hadapi dulu.
Bagi reader yang dah lama mengikuti kisah kami mesti tahu betapa susahnya kehidupan kami dan alhamdullilah syukur Allah telah membuka jalan dan kami masih gigih berusaha.
Aku masih bekerja sebagai seorang secretary dalam masa yang sama aku membantu En Win mengurusakan gaji pekerja dan account syarikat. Untuk memastikan kewangan syarikat stabil bukan perkara yang mudah boleh dikatakan setiap hari aku akan bertekak dengan En Win untuk memastikan perbelanjaan diuruskan dengan betul...bekerja dengan suami sendiri juga satu cabaran yang sangat mencabar.
Setelah bertekak benda yang sama setiap hari kami menjadi lali dan kadang2 menjadikan sesuatu benda itu sebagai bahan gurauan. Hanya makanan sahaja yang boleh mengembira hati aku, En win dan anak2...hahahaha
Target aku dengan En Win mahu popularkan MG Movers supaya berkembang maju dan dikenali. Bagi yang belum pernah mendengar dan mengetahui tentang kewujudan MG Movers, Syarikat kami menawarkan perkihidmatan permindahan dan pengangkutan bertaraf professional dengan harga berpatutan.
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan dari pintu ke pintu bermula dengan tinjauan fizikal yang diberi secar percuma. Langkah ini bertujuan memastikan kerja pemindahan dilakukan dalam tempoh dijanjikan selain mengelakan berlakunya 'overquote' dan 'underquote'.
Proses pemindahan juga dilakukan oleh kakitangan yang berpenglaman. Kerja2 membungkus dan memasang dilakukan dengan berhati2 menggunkan bahan2 pembungkusan yang berkualiti dan kami juga membantu pelanggan untuk menyusun atur barangan rumah yang dipindahkan mengikut citarasa pelanggan.
Tidak hanya memberi tumpuan terhadap kerja pemindahan di dalam negara, Mg Movers juga pernah mengendalikan permindahan barangan pelanggan ke luar negara seperti Australia, Singapura dan United Kingdom.
Kami juda memiliki gudang penyimpanan barang persendirian dan komersial kargo yang terletak di Segambut yang dilengkapi cameta litar tertutup disamping kawalan keselamatan selama 24 jam.
Aku dengan En Win sangat2 berharap korang semua memberi sokongan dan doa untuk kami supaya lebih berjaya...jom! tgk gambar2 sewaktu shooting haritu!!
Eh! cekak pinggang pun kaku jer
Adik kecewa sebab gambar dia ada satu jer kat Majalah tu.
Kalau nak lihat aktiviti MG Movers setiap hari sila clik
FB
untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Sales team kami di talian :-
En Win - 012-355 9085
Daeng - 012-642 4581
Khairil - 016- 6685433
Email
So kalau ada dengar sedara mara yang nak pindah....or office korang nak pindah ker jangan lupa hubungi MG Movers ya. Just mentioned korang ni reader Elly in Wonderland....InsyaAllah diskaun akan diberikan.
Thanks Korang.....
32 comments:
kak ton glamourrrrrrrrrrrrr.....
wow all the best sis
Semoga terus berjaya kak Elly. Penat lelah kita pasti mmbawa hasil.
wah akak cantik sangat.. =D
Eh lawa je makeup ko.. aku doakan business ko maju jaya elly.. dan aku doakan semoga kau dan keluarga dilindungi dan dilimpahi rezeki ye..
tahniah kak ton.. suatu pencapaian yang membanggakan...
:) cantek la kak elly. Semoga perniagaan MG Movers semakin maju ke hadapan. :)
:) cantek la kak elly. Semoga perniagaan MG Movers semakin maju ke hadapan. :)
Tahniah k.elly.
Semoga terus maju jaya... hebatlah.
berdiri pun bersilang kaki.. memang anggun..
Allah telah menyusun cantik2 setiap apa yg berlaku kpd Elly & En Win. Sebab itu hari ni korang kuat dengan segala cabaran walaupun selalu bergaduh kerana kerja itu yang menguatkan kasih sayang sebenarnya. Semoga terus success!!!
Wowww glamour k.elly..congrats k.elly :)
wahhhh..tahniah beb! InsyaaAllah, semoga dimurahkan lagi rezeki kau & family. u go kak ton! ^____^
elok je cantek mekap kau..
wahhhh..tahniah beb! InsyaaAllah, semoga dimurahkan lagi rezeki kau & family. u go kak ton! ^____^
elok je cantek mekap kau..
Suka baca pasal u la elly...semoga terus success...
dah leh bukak elly FC ni kak..
saya nak join!
thaniah kak.semoga suksessss :)
kerabat diraja selangor n perak yer...woowwww!!..
wowwww cayala popo!!
semoga makin berjaya ...
sengih2 plak baca ..
amek semangat popo sikit !!!
alhamdulillah
suka tgk bisnes orang melayu berkembang..
tahniah akak n en win
akak buat perkhidmatan moving di luar lembah klang tak?
tahniah elly. sy ni ur silent reader. mmg hr2 baca entry awk. mmg best.
gd luck ok :)
Hye am one of your silent reader, wishing u all the best, tu la ingat lagi cerita u mulakan bisnes ni semua all the ups and downs siap naik motor angkut barang semua.
Good luck elly....
kak elly kagumm sgt perjalanan ur life..veryy inspiring :*
ok kalo nk pindah nanti cari akak jela... eh cari mg mover ;))
Alhamdulillah..moga success dlm biz..
sweet jee pic you.
tahniah...seronoknya tengok org yg ada bisnes dan berjaya....
salam...
hi akak. kita baru je follow bc belog akak. Suka tengok perjalanan hidup akak. dengan karenah anak2 yg cute tu, en win yg selamber, hehhe... akak...muka akak mc isteri angkasawan negara tu lah...santekkk!
haah, lain muka kak engku dgn mekap tebal, tp menten lawa, itu yg penting. Moga terus maju ye
kalau dah masyhur nt jgn lupa apdet blog..nt kurang bahan bacaan aku
salam..amboi kak ton..ops kak engku..vogue da vass hitu..hehehe..silent reader..
*dil..bumi iskandariah mesir
cantik rumah elly....
Assalamualaikum kak elly, wahh comelnya satu keluarga masuk majalah. hehe bagusnya kerja sesama. semoga terus berjaya dalam kerjaya ya
hi Kak engku.. eh, haha.. suka baca ur entries. hehe. lawa la kak engku, manada garang cm rimau. heueu
Post a Comment