Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 8, 2014

Tengok wayang Transformers


*scroll down for new entry*

Last kitaorang tgk wayang cite Maleficent, itupun En Win tak join sebab sibuk kerja. Bulan puasa ni kurang sibuk sikit jadi boleh curi2 masa sikit tengok wayang dengan anak2. 

Sejak ada anak2 ni jarang dah dapat tengok cite cinta2, cite yang romantik ni mmg dah tak ada dalam kamus aku ngan En Win. Terpaksa melayan anak2 tgk cite animasi ni..tapi best gaks tak ada berendam air mata bila tgk cite sedih...tak ada berat sangat kepala aku ni nak fikr jalan cerita..sebab aku memang terkenal dengan lembab nak faham cite...sambil makan pop corn kang aku bisik2 ngan En Win..."kenapa dia gaduh tu Pa", "Kenapa dia tiba2 ada kat situ pulak"...hahahah En Win mmg berbulu jer bila tgk wayang ngan aku...hahaha. 

Sejak En Win dan anak2 main Transfomer Oreo game ni diorang macam teruja jer nak tgk wayang cite Transformers 4: Age Of Extinction ...aku yang malas sikit nak tgk robot2 ni. Rasanya cuma sanggup tengok kat TV jer kat wayang rasa macam tak sanggup lah pulak nak mengadap robot jer...hahaha. Kecik2 dulu aku layan lah dah besar ni kurang lah sikit. Tapi demi keluarga Kak Ton gagahkan jugak bersetuju untuk pergi. 


Seperti biasa Kak Ton mmg malas nak beratur. Beli ticket online jer terus, dah lah bulan puasa buatnya beratur panjang nanti mengigil lah kaki Kak Ton...hahaha. Amboi over kan!!

Nasib baik jugak Kak Ton beli online, haritu beratur panjang giler. Seat penuh. Makesure kalau korang nak tengok cite ni beli ticket awal2. Tapi kalau korang sanggup duduk depan sekali sampai mendongak sila lah buat perangai beli last minute..hahahah



Cite ni memang lama 2 jam 45 minute. Dalam hati dah siap berkata2 ni..kalau cite ni tak best confirm Kak Ton tidur.



Memang dah menjadi satu kemestian pop corn kena beli sorang satu...jangan harap lah boleh share dengan Kak Ton ya.



Disebabkan anak2 dan En Win teruja hari tu, Kak Ton pun jadi excited. On the way nak pergi sempat En Win cite dia dulu2 pengumpul toys transformers ni..ya ker?? macam kelentong jer...haha 

Tapi macam tak tipu pulak sebab dia cite details giler kat anak2 dan aku syak lepas ni dia akan pergi ke Toys R Us cari mainan Transformers tu balik.


Baru 15 minit cite ni start Kak Ton dah teruja, mata tak kelip2, cuba korang tgk gambar memasing kat atas ni serius giler...hahaha
Mmg terbaik lah cite ni. Dari awal sampai akhir cite Kak Ton tak menguap sikit pun...Kak Ton beri 5 Bintang!! Jalan cerita, cinematographic, muzik latar semua perfect. Kejap2 kang jadi lorry...tetiba lorry tu tukar colour pulak dari buruk jadi cantik..wah! hebat sangat ni..Hahaha

Kak Ton share sikit dengan korang jalan cite ya..bagi korang teruja sikit nak tengok Transformers 4: Age Of Extinction ni. 

Ceritanya bermula apa bila Cade Yeager (Mark Wahlberg) membeli sebuah trak lama dan cuba membaiki. Apabila dia sedang membaiki dia dapati trak tersebut adalah Optimus Prime.

Namun, Cade dikhianati rakannya. Rakannya telah melaporkan perkara tersebut untuk mendapatkan ganjaran. Disini lah bermula, Autobot menunjukan kesetiaan mereka kepada manusia dengan mempertahankan Cade sekeluarga...seterusnya gi tgk sendiri!! hahahah.

On the way balik masing2 senyap jer macam terbayang2 cite Transformers tadi...tetiba adik bersuara "Pa jom beli oreo adik lagi sikit nak menang game Oreo Transformers Lab Games tu...adik dah kalahkan markah Yaya

Hambek!! tetiba semua senyum berangan nak menang Grand Prize percutian melancong ke Universal Studio, Hollywood. Jangan lupa untuk merebut Hadiah harian dari Oreo seperi Ipad Mini dan barangan transformers."Let go Pa kita beli Oreo" wah! berkobar2 kitaorang satu sekeluarga.


Jom korang…Oreo Transformers Lab dah bermula dan dan akan berakhir pada 20 August 2014, cepat2 kita click Oreo Transformers Lab Games 

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

best kan penuh action

Shazwani Ramly said...

Hari pertama movie ni keluar, gigih keluar pergi tengok. hehehe. memang bestttt.

Ayu azmir said...

wah best nyer..

Muhamad Noh said...

awal2 da book nak tgk... org lain Q kemain panjang... kita terus ke online punya kaunter.. heavennnn

Faiz Flif said...

Aha Yup, saya lagi la Peminat Transformers dari dulu lagi, Gempakkkk

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

tak tertengok lagi... hehe :)

anajingga said...

memang seronok dapat MDO dengan famili, last week sempat ke TGV OU tonton How to train yr dragon 2..

Juz Haira said...

Kali ni transform tu memang terliur habess..hehe.. Superb CGI baq hang. Jalan cerita ok la walaupun I rindu banget sama Sam si Shea Lebouf and si Megan Fox tu..huhu.. Tapi pilihan transform tu memang boleh termimpi2 best nya! hehe (^,^)

Xprezzo said...

drp review sis, jalan cite TF kali ni mcm berbeza skit drp sequel yg sebelum2nya..betul ke??

Khir Khalid said...

Nice... thanks sharing... :)

ainnurnisa zul said...

Macam xde kesinambugan ja dengan yang 1,2,3