Nuffnang Advertisement

Thursday, July 17, 2014

Stress



Aku ni tengah stress tau tak?? amboi macam kau pulak Kiki nak stress sangat...hahaha. Tapi kalau aku jadi Kiki aku jual keta tu kang buatnya orang panas hati baling telur busuk camne..bahaya tau. Tu lah siapa suruh garang sangat kan dah nangis..eh! jahatnya aku...maaf Kiki.

Ok! berbalik cite stress aku. Semalam aku duduk belajar sekali dengan Yaya. BM result dia haritu tak berapa bagus. Penulisan ok tapi pemahaman ya Rabbi. Heran aku dengan Yaya ni kat rumah kitaorang cakap melayu apa yang tak faham pulak. Budak ni ingat dia omputih kot. Kalau nyanyi lagu omputih bergulung2 lidah kau ya...kalau pergi book store buku omputih kau capai dulu...eksyen sangat perangai tu sekarang siapa yang susah...aku jugak kan.

Semalam sampai melalak2 aku kerjakan. Kawah ngan belanga pun dia tak faham. Jalan lekak lekuk, papa kedana pun di tak tahu. Belacan tu macam mana rupanya mama....kau tak angin ker dengan soalan dia. Terbahak2 tu ketawa ker menangis. Adoi rasa nak hantuk kepala kat dinding. Aku pandang jer muka En Win apa teruk sangat anak u ni Pa. Perkataan bebal, sebal semua dia tak faham. Dada dah berombak rasa nak terkam jer budak ni...kamus kat tepi pun dia tak berapa faham makna nyer. 

En Win suruh pelan2 ajar jgn garang2 sangat stress budak tu nanti...eh! bang ooi sekarang ni I yang stress tau tahun depan dah UPSR. Terus aku whatapp Cikgu tuition dia nak tanya kenapa budak ni boleh jadi macam ni...eh! dah macam Kiki perangai ni...hahaha. Relax jer Cikgu sekolah dia reply balik "Jangan panik, pelan2..Yaya dah banyak improve dulu lagi teruk" Dah macam laki aku pulak Cikgu ni jawab. "Puan ramai budak macam Yaya ni tapi dia ada masa lagi untuk belajar...budak2 sekarang bahasa diorang simple dan moden bahasa yg mendalam sikit diorng kurang faham...kalau Puan bersetuju kita tambah satu kelas lagi untuk tekan kan lagi subject pemahaman" lega sikit hati aku..ok Yaya..mama decide kena tambah lagi kelas tuition. Ini jer yang Mama mampu buat.

En Win dah jeling2...kesian Ma banyak sangat tuition Yaya. Habis nak buat macam mana...kena jugak lah kang tak dapat sekolah bagus lagi kesian budak tu. U duduk diam2 tahu lah i handle Yaya nanti...sehari 2 jam jer pun tuition lepas tu nak main 18 jam sukahati lah. Sabtu dan Ahad boleh rehat apa...pandai lah i ambik hati budak tu nanti. 

Ini baru anak 2 aku dah stress...aku bukan lah nak Yaya cemerlang giler dalam pelajaran cukuplah dapat sekolah yang elok2 bukan untuk aku pun...untuk masa depan diaorang jugak. Ini jer pun harta yang aku boleh bagi..nak hantar belajar tempat mahal2 tak mampu aku. Esok2 faham lah dia kenapa Mama dia macam hantu sikit bila part pelajaran. Mama cuma nak Yaya dengan adik berjaya jer dalam hidup. Lantak korang lah nak jeling atau merajuk kalau mama membebel pasal pelajaran janji mama dapat sampaikan apa yang terbuku di hati.


8 comments:

Norliza Romizi said...

hahahaha. kak elly sabo2. biasa la kak elly dak dak skang mana tahu smua tu. anak saya pon umo 3 tahun tab kat tangan, yang dia tgknya pojen jek nyanyi pon let it go je. haha enjoy sungguh bace blog akak...

Irfa said...

igt aku je stress ajar anak, huhu
tp betullah, aku dulu paling suma bm (kefahaman.penulisan) kalau karangan tu smpi tak cukup patah perktaan. tp anak? adoi

Dils said...

Sabo ye kak elly. Tataw la nanti anak saya start sekolah camne.

Ape kata kak elly try paksa die baca buku cerita BM satu. Satu bulan satu buku kena habis . Bahasa ni banyak kena ok sebab kena banyak baca. Try la mintak recommendation dari cikgu. Kalau tak cari je buku dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

dewicinta said...

kak elly, memanglah sebagai ibubapa kita berusaha menyediakan kemudahan untuk anak2..tapi anak2 lah yang kena usaha berganda sbb yg nk jawab soalan esok dia bukan kita. walaupun tuisyen beratur jadual pon xguna kalau ank2 taknak buka minda utk menambah ilmu..saya percaya ramai di luar sana tiada kemampuan mcm akak tetapi masih ramai yang perolehi keputusan cemerlang sebab keinginan anak itu sendiri untuk berjaya mendapat 5A..well done akak & semoga yaya berjaya!

MasSha Siputeh said...

Good job mommy!!

harry p said...

Salam elly
beli buku cerita setara dgn umur mereka. Make sure mereka baca dan buat synopsis. Juga beli kamus dbp.
beli lah bukubexercise tatabahasa yg ada sedia di jual.
Kurangkan ipad.internet sbb anak kurang membaca.
jgn jadi mcm org arab asik internet instagram snap chat selfie sampai nak gila.baca buku tu macam.hukuman seumur hidup. Dah tu akal cetek dan cakap apa suma taktau.so their generations now have triplicate
shallow minded nation aka simple mind aka ignorant

harry p said...

Salam elly
one more thing...kadang kadang anaknanaknbila.dah biasa hidup.lengkap dan mewah......the incentive to work hard isn't there...
The effort is not that strong ....ala kadar.ala cincai. ..

the other thing kerja rumah...since modern parents nowadays.are.glad anak tunjuk interest depan computer. ..or study...the house work duty are not enforced upon their children.
so bila.pegi rumah org esp bila.kat obesea...perangai bukan main buruk. Lavk of regards.to others...pemalas and expect buat macam kat rumah sendiri. Reault belajar lak ok ok atau fantastic. Mannerism and and effort standard of selfish.
Tu aja la nak share. Pengalaman.

harry p said...

Also sekarang anak anak dah tak reti nak usaha....dan asik leka chatting on line..hp...sleepover etc....too many luxury for them when they don't deserve it as yet or shouldn't be exposed and used too.. at early age...when working adult.still struggle.to have it or do it all the time..
over compensating out of kesian... kesian takpelah let them rasa ..sebab kita dulu tak de peluang...with that pampering....anak anak semua tak kenal erti hardship dan tabah ..
sbb nak pakai apa semua tersedia...
nak apa.ok...treats...even elder generation would say its a treat...yet the younger generations nowadays have it like a.normal.day..