Nuffnang Advertisement

Friday, July 25, 2014

Roti Jala


Last resepi untuk pengujung Ramadhan. Tahun depan pulak aku share lagi resepi2 yek...hahaha. Roti jala ni dah lama rasa nak buat tapi bekas menjala selalu lupa nak beli. Hari tu beli alat2 buat cake jumpa benda menjala ni, lelaju lah ambik. Hari tu masak kari ayam ada balance simpan dalam Fridge terus teringat nak menjala. Tapi tak reti sebenarnya nak pusing2 tepung tu...lantak arr jadi ker tidak janji kena cuba dulu.

Ini paberet aku ngan En Win. Makan ngan kari daging atau pengat durian. Sepuluh keping pun aku boleh habiskan. Ok jom aku tunjuk resepi Roti Jala yang senang giler ni...cewah! Eksyen betul aku sekarang ni ya...hahahaha



2 Cawan tepung



1 Cawan Santan (korang boleh ganti dengan susu cair jugak)



1 biji telur



Garam secukup rasa dan kunyit sebagai pewarna. Jangan terlalu banyak kang kuning bebonor pulak Roti Jala tu. Blend semua bahan2 tadi sampai sebati



Macam ni lah rupanya bila dah blend



Sebelum menjala pastikan korang sapu sedikit minyak kat kuali tu. Aku mmg tak pandai menjala main pusing2 ntah apa yang jadi. Kena banyak praktis ni. Oh ya kalau bahan2 yang korang blend tadi agak pekat tambahkan sedikit air ya.



Ini lah hasilnya..jadi lah kan!! hahaha

Selamat Mencuba!!


3 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

oowwhh..simple jer rupanya resipi roti jala...
ada masa nnt boleh saya cuba...
terima kasih berkongsi resipi...
btw, selamat hari raya maaf zahir batin...

Chekgu Azrine said...

Sedap nih..kemahen menjala..kira jadila tuh..selamat hari raya kak elly!!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, tak nampak sangat bekas menjala tu.. boleh share kan gambarnya? hehee teringin gak nak menjala, senang rupanya. heheh thanks for the recipe ~~~