Nuffnang Advertisement

Thursday, July 3, 2014

Resepi Sambal Sotong


Aku ni bukan tak nak share resepi dengan korang masalahnya aku pun bukannya pandai masak sangat...hahaha. Kang bagi resepi tapi tak sedap camne. Korang jgn marah ya kalau tak power rangers...hahaha.

Tapi nak puji jugak diri sendiri...hahaha. Sambal ni mmg sedap giler. Anak2 dan suami makan sampai licin. Tu kira sedap lah kan...hahaha. Kak Ton dapat resepi dari you tube jer. Bila cuba buat ikut resepi yang diorang bagi tgk2 sedap pulak..ok boleh diguna pakai dan boleh lah aku share ngan korang semua. 



Bahan2 untuk menumis

2 senduk cili yang dah blend
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inchi halia

1 ulas bawang besar potong bulat
2 sudu gula
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam secukup rasa
*sotong atau udang ikut selera korang ya* 

Tumis bahan diatas dengan menggunakan api yang kecil. Masak sampai pecah minyak baru masukkan bawang besar. Masuk air asam jawa biarkan sampai sedikit pekat baru masukan gula dan garam. Masuk kan sotong. Tips masak sotong ni korang tak boleh masak lama2 nanti sotong akan jadi liat..masak 5 - 10 minit sahaja. Baru lah sesedap rasa sotong tu nanti. Siap!!

Next


Ayam goreng berempah buluh perindu

Ok! nama resepi kena gempak walaupun tak ada kena mengena dengan gambar diatas baru lah tertarik bunyi makanan tu...hahaha

Bahan2 untuk perap ayam.

1/2 ekor ayam
1 sudu rempah kari ayam
1 sudu lada sulah
* kalau  nak pedas letak cili 1 sudu*
sedikit daun kari

Bahan2 tumbuk

5 ulas bawang putih
1 inchi halia
3 batang serai

Perapkan bahan2 diatas bersama ayam dalam 1/2 hingga ke 1 jam. Lepas tu goreng dengan minyak betul2 panas.

Senangkan!! selamat mencuba...


*******************************

Note Penting: Untuk sesiapa yang ada sebarang pertanyaan personal korang boleh email ellyirfan@gmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai business dan event sila guna email ini Ellyinwonderland@nuffnang.com


10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

Mama Eqalicha said...

Meleleh tgk sambal sotong kak ton.....

Alyn Aellynn said...

Leleh! Senang je resepi ni. Nk cubalah! Tq k.ton gojes!

Shazwani Ramly said...

Sedapnyaaaa kak. Hahaha terliur tengok.

Norma NML said...

sambal sotong..pehhh..mmg tergoda..sanggup akak ketepikan ekzema kalau dpt sambal sotong..peberet tu..

Montana said...

tengok pun dah sedap xtaw la macamana rasanyaa

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, wallah terliur tengok sambal tu.. nyumss

Aishah Ramli said...

Dah cuba resepi elly. Sdapp

Aishah Ramli said...

Dah cuba resepi elly. Sdapp

biey said...

Bawang dan halia tu dikisar ke?