Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 2, 2014

Resepi Daging Salai Sentuhan Kasih


*scroll down for new entry*

Kerlassss nama resepi Kak Ton...ada sentuhan kasih lagi..hahaha. Bila suami dan anak2 makan jer bertambah2 kasih nanti dekat Kak Ton...hahaha.

Ini first time Kak Ton masak daging salai selalunya makan kat kedai jer. Hari tu ada wedding kat Kuala Pilah nampak banyak gerai jual daging salai..En Win pulak kata teringin nak makan, terus berhenti dan beli. Eh! tak tentu arah pulak laki aku habis dia borong segala benda Itik salai, Ikan keli salai dan daging salai...kata nak makan bulan puasa nanti...fuyooo semangat sangat ni.

Jadi disebabkan first time masak daging salai so Kak Ton nak eksyen ngan korang share resepi cara nak masak daging salai ni...bagi yang dah terror tu tengok jer Kak Ton masak dan bagi yang tak terror tu buat2 lah terperanjat dengan keterroran  Kak Ton memasak di dapur...kahkahkahah.



Bahan sangat lah mudah untuk dicari. Daging Salai, kunyit hidup ditumbuk, cili padi ikut korang nak pedas macam mana, anak2 dan suami tak kuat pedas Kak Ton letak sikit jer sebagai syarat...hahaha, serai diketuk dan belimbing buluh. Ini first time jugak Kak Ton makan belimbing buluh...filla lah sibuk cakap sedap2...i pun teruja lah cari belimbing buluh. Gigih pepagi gi pasar cari belimbing ni.



Santan powder atau nama omputihnyer Coconut milk powder. Kalau korang nak kuah lemak tu pekat just guna satu packet air 200ml tapi kalau nak kuah agak cair 400ml air dan satu packet santan. Kan Ton guna 1 1/2 packet tapi air 400ml agak2 lah korang nak kuah tu jadi pekat macam mana.



Macam ni lah kepekatan yang Kak Ton mahukan..hahaha



Kak Ton suka pakai coconut powder ni senang nak simpan. Kalau pakai yang fresh ni cepat basi. Jadi tak yah pening2 kepala beli banyak2 coconut milk powder simpan dalam almari. Agak2 nak masak berlemak jer boleh terus pakai tak yah fikir basi ker tidak. Tak perlu simpan kat fridge dalam almari boleh. Bulan puasa pun nak dekat ni senang lah nak masak sikit kalau ada Santan powder ni  tak yah suh En Win ke kedai beli santan fresh.

Jangan bimbang rasa santan powder ni sama jer rasa dengan santan fresh yang korang selalu guna tak ada perbezaan rasa langsung. 100% natural tiada preservatives dan tiada cholesterol. 

Actually dia ada 3 jenis santan powder ni. Coconut Milk dan Omega 3, untuk mereka yang berdiet dan pentingkan kesihatan. Coconut Milk dan Natural Pandan Extract, siapa yang suka masakan berbau pandan bila guna santan powder ni nanti dia akan keluarkan natural shade of green colour. Untuk masakan hari ni Kak Ton menggunakan Santan powder yang biasa. Terpulang pilihan masing nak guna yang mana satu.

Actually ada macam2 lagi jenis santan dan creamer ada dijual korang boleh click SP Food untuk tengok produk2 dipasaran. Tak pun click jer FB ada macam2 resepi diorang sediakan. Serious semua resepi yang diorang share sedap2 ya. 

Ok2 dah letih Kak Ton membebel meh lah kita continue memasak...



Daging salai ni rasa dan bau arang dia agak kuat. Jangan masak terus nanti korang akan rasa asap dalam masakan tu nanti. Apa yang perlu dibuat rebuskan dulu daging salai ni bersama sebijik bawang putih. Biarkan sampai daging menjadi lembut sedikit. Agak2 dalam 15 - 20 minit terpulang korang nak daging tu lembut macam mana.



Bila daging dah lembut boleh mula memasak. Senang sangat masuk jer semua bahan2 tadi. 



Petua nak masak gulai lemak ni korang tak boleh guna api yang besar nanti takut bila dah masak santan tu akan berketul2. Guna api perlahan dan sentiasa kena kacau.



Jangan lupa letak garam



Dah mendidih pun gulai lemak ni...boleh tutup api. Senang kan!! hahaha



Daging Salai Sentuhan Kasih




En Win puji kata sedap...terus nak pengsan kat meja makan tu..hahaha. Untuk menjadikan menu bertambah perfect korang kena makan ngan telur masin, sambal belacan dan kacang botol...fulamak mak mertua lalu pun tak nampak nanti..hahaha

Selamat mencuba!!!


22 comments:

mamaliza said...

lain kali kalau teringin boleh lah order dr Liza's Kitchen ;)
Facebook : Roses Are Black

siti said...

owh senang rupenye... cumanya nak kena cari daging salai lah..huhu ngidamnye!

Nurzakiah Hanum said...

nampak sedap dan senang

LisaLisut said...

hi kak elly :)
first time komen here. omg sngnyeee. hahaha. thanks for sharing :)

Chekgu Azrine said...

Ala..mna nk dpt dgg salai ni..uhuk

Hani said...

salam ramadhan kak elly
actually belimbing tu masukkan last sekali bila time nak masak dahh. sebab belimbing tu cepat empuk. hehe saja la share sebab memang org pilah masak gitu.
daging salai tu campur buah bacang pun sedap jugak, cubalah.
tu ada beli ikan salai kan? try la campur. asalkan bersalai ni memang regunya yg masam2 mcm bacang, belimbing, terung asam. pucuk ubi pun boleh jugak.

ok, salam kenal - Hani

Rinna said...

Memang sedap daging salai nie..wat masak ngan belimbing atau pun daun gelugor.. :)

annapeje said...

kak ton u beli daging salai kat mana sila buat entri pasal u beli daging salai skali yew hehehe

Arora's said...

Original resepi n 9 tu kak ton,cili dgn kunyit, ada org tambah bawang yg tu x ori nogori punya masak lemak cili padi .nak cari juga la daging salai

Ubj Jahan said...

Kak.. lpas rebus kjap daging tu.. air dia kena buang ke.. atau trus cmpur bahan lain dlm air tu..? Sorry kak saya x prnh lg msk daging salai ni..

Mummydearie said...

Oh, senang rupanya! Tak payahlah bersusah payah membeli lagi, cuma nak kena cari daging salai jelah.

Cik Puan Eka said...

Fuhh kakton. fav saye ni sejak saye kawen ngan orang Negeri sembilan hehehe.

Mak mertua memang goma bona masak daging salai taruk belimbing atau manggo mudo. tolo masin lak home made punyo dari itik bolo blakang umah.

Molotuppp

Lynn Hamzah said...

daging salai memang terbaik!!

fazianbatrisyia said...

sedapnya....wangi

aisyah ambris said...

sedapnyee..dugaan berpuasa..

TunSha Ayunie said...

Sha selalu salai daging sendiri je... wuahahaha !! tapi beli pun sedap jugak... diorang salai guna arang & tempurung... Sha salai guna kuali...kehkehkeh

Teacher Basariah said...

sedapnya daging salai!nak jugak!!!!

Siti Aisya Ibrahim said...

amboi akak...nampak sedap betul... :D

Zaidawati Ismail said...

Rebus daging salai tu air dia separas daging, kalau boleh basuh dulu sebab kadang2 ada abu kayu api tu kan, cara Elly tu dah betul tu cuma kalau lagi lomak lagi podeh, wah bordosup mkn, plg sedap dgn bacang muda, racik bacang tu rendam dgn air garam nak masak baru tuskan air dia bilas tak kang masam bonar, dah masak kuah baru buh bacang tu, nie org lolo pilah ni

eddy ipoh said...

Sedap.....nyum nyum nyum

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, sedapnya.. terliur kita tengok.

Unknown said...

terbaik resipi nya..terima kasih..mmg sedappp..