Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 22, 2014

PIDM : Alkisah 3 dalam 1


*scroll down for new entry*

Morning uols...Kak Ton nak korang cuba bayangkan, korang hendak kawin minggu depan..disebabkan korang nak buat kenduri besar-besaran, korang cuba 'melabur' dengan Along untuk mendapatkan keuntungan yang lebih cepat. Tapi bila hendak mengambil hasil dari Along, pejabat itu sudah tutup. Hilang tanpa khabar berita. Modal korang hilang!! Apa yang perlu korang lakukan. Menangis di depan pejabat sehingga Along muncul atau batalkan or tunda tarikh perkawinan korang? Yang pasti korang akan menjadi kelam kabut seperti cerita pendek dibawah ini:




Nasib baik ada watak  Faizal Ismail dan Fauziah Nawi yang menerangkan secara terperinci ilmu pengurusan kewangan dan PIDM Moneysmart 123. Itulah yang Kak Ton rasa PIDM cuba sampaikan. Kita kena jadi pengguna kewangan atau financial consumer yang bijak, kalau tidak memang hura-hara HAVOC la jadinya. Eh, jap. Tapi uols ni nak tahu tak apakah sebenarnya PIDM? Meh sini Kak Ton cuba jadi pegawai bank (macam FBI) dan tolong terangkan

PIDM merupakan sebuah agensi kerajaan yang memberikan perlindungan dibawah akta PIDM untuk wang simpanan bank sehingga RM250,000 dan juga manfaat takaful serta insurans sehingga RM500,000.00 sekiranya mana ahli PIDM itu bankrap atau muflis. Jadi wang yang kita simpan di mana2 bank ahli PIDM dan produk takaful insurans yang dilindungi PIDM memang akan selamat. Jadi jangan bimbang walaupun mereka bankrap kita pasti akan mendapatkan wang kita kembali.

Untuk menyemak nama bank ahli dan ahli insurans dibawah perlindungan PIDM dan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas lagi mengenai PIDM korang boleh click website ni:  Perbadanan Insurans Deposit Malaysia . Perlindungan PIDM tidak memerlukan sebarang pembayaran atau pemohonan. Sebagai contoh, jikalau akaun simpanan di mana-mana bank ahli PIDM yang korang pilih disahkan layak untuk perlindungan PIDM, secara automatik korang akan dilindungi. Korang juga boleh hubungi 1-800-88-1266 untuk sebarang pertanyaan dari hari Isnin hingga Jumaat.

Kalau ingin menjadi pengguna kewangan yang bijak dengarlah nasihat dari PIDM Moneysmart 123

1. Pastikan korang  betul-betul ketahui produk kewangan, apabila hendak menyimpan atau menabung. Ambik masa untuk baca dan memahami tentang produk tersebut dan siapakah penyedia perkhidmatan anda.

2. Ketahui risiko kewangan, adakah produk kewangan yang dipilih boleh memberi hasil yang di harapkan. Baca 'fine print' dan pastikan korang betul2 faham terma dan syarat yang tersirat. Fahami sepenuhnya risiko setiap produk kewangan dan pastikan ia betul2 mengikut matlamat anda dan jangan sekali-kali tertipu dengan skim cepat kaya. Mana boleh kaya dengan cepat...nak kaya kena slow2 macam Kak Ton ni...hahaha. Jgn jeling Kak Ton ada banyak nak cite ni...

3. Ketahui hak kewangan. Korang perlu tahu hak2 dan tanggungjawab dalam pengurusan kewangan ini untuk mengelakan sebarang penipuan atau kesilapan semasa membuat keputusan kewangan. Apabila memilih produk simpanan bank atau produk insurans pastikan korang bertanya terlebih dahulu kepada bank atau penyedia takaful dan insurans samada produk itu dilindungi oleh PIDM.



Alhamdullilah setakat ini kami sekeluarga tidak pernah tertipu lagi kerana Kak Ton dan suami akan pastikan kami sekeluarga menyimpan dan melabur dengan menggunakan saluran yang betul dan sentiasa beringat risiko setiap produk supaya tidak tertipu dengan skim cepat kaya. 



Anak2 juga dilatih dari kecil untuk menabung dan menguruskan kewangan dengan betul demi masa hadapan mereka.

Fuh! Baru lega hati Kak Ton bila dapat share dengan korang semua. Jadi tak perlu risau lagi sekiranya bank atau syarikat takaful dan insurans anda bankrupt atau muflis. PIDM adalah pelindung simpanan anda!!


Maklumat lanjut: http://www.pidm.gov.my/
Talian : 1-800-88-1266