Nuffnang Advertisement

Friday, July 11, 2014

Panasonic Breadmaker SD-P 104



Kalau siapa baca blog Kak Ton dari dulu mesti tahu yang Kak Ton tak pandai buat kuih, roti atau cake. Tak pernah cuba langsung nak buat. Konpiden diri adalah sangat kurang nak timbang bahan2 ni...hahahaha

Rumah mak aku dulu mana lah ada oven...kalau petang pun setakat buat kuih yang tak menggunakan oven langsung. Jadi jangan salahkan Kak Ton kalau Kak Ton tak pandai ya...salah mak Kak Ton...hahaha 

Bila anak2 dah makin membesar 24 jam membebel kat telinga suh buat cake lah buat roti lah..cabaran betul. Malu lah mengaku cakap tak pandai...selalu jer bagi alasan mama busy...hahaha. Padahal 24 jam tengok tv. Tapi hati dah tergerak nak mencuba..usha2 dulu nak beli apa...tanya kengkawan produk apa yang bagus yang patut kena beli..syarat Kak Ton senang jer..Kak Ton tak nak pening2 kepala...Kak Ton nak masuk bahan2 terus jadi roti...hahaha. Amboi senang sangat tu!

Eh! tapi adalah rupanya...hahahah. Tanjat Kak Ton bila kengkawan office cite. Terus teruja...terus laju2 nak beli.




Tadaaaaaa....hahahah. Panasonic Breadmaker SD-P 104. Sesiapa yang tak bijak buat roti macam Kak Ton akan menjadi pakar membuat roti. Anak2 korang terperanjat mempunyai ibu yang sangat terror membuat roti dalam sekelip mata...hahaha



Button nak tekan2 pun tak tak banyak sangat...itu yang bagus. Kalau banyak button sangat Kak Ton cepat menjadi panik.




Keistemewaan Panasonic Breadmaker ni sewaktu korang memasukkan bahan2 kedalam bekas yang disediakan...yeast dimasukkan secara berasingan dalam yeast dispenser. Nampak tak benda hitam sebelah kanan tu..korang boleh terus masukkan yeast di situ.. yang sebelah kiri tu (petak kelabu) untuk letak kismis atau kacang2. Jadi adalah perisa kat roti tu nanti. Jap gi Kak Ton explain cara penggunaan nyer lebih details lagi.

Panasonic Breadmaker ni banyak membantu korang menjimatkan masa. Cara tradisional untuk membuat roti setelah tepung diuli baru boleh masuk kan yeast, setelah yeast diuli bersama tepung tadi korang kena biar kan dulu selama 1/2 jam hingga ke 1 jam untuk kembang naik (proofing). 

Tapi Panasonic Breadmakers di tak payah nak tunggu tepung  kembang naik...masuk jer semua bahan ke dalam breadmaker..tekan button, setelah 2 jam roti siap. Mesti tak caya kan... hahaha.

Feature paling penting, auto yeast dispenser memastikan yeast kekal kering dalam yeast compartment sampai yeast tu dilepaskan secara automatik supaya roti tu tak over-proof.. texture roti tu akan jadi lebih bagus lah kiranya hihi



Bahagian dalam



Setiap pembelian akan disertakan dengan buku resepi. Jadi jgn risau roti korang mesti menjadilah.

Disebabkan kopiden Kak Ton membuat roti sangat lah rendah dan masih belum berani untuk mencuba, jadi Kak Ton tak nak dulu mencuba di rumah takut digelak kan anak2 dan suami. Lepas beli jer Breadmaker ni Kak Ton terus bawak ke office mintak kengkawan tolong ajarkan...jadi bila dah pandai baru boleh eksyen ngan anak2..hahaha. Bijak tak Kak Ton.



Bila baca resepi Kak Ton decide pilih resepi yang paling mudah yang tak memerlukan kan bahan2 yang banyak. Kak Ton cuba buat 'Rapid Bread'. Bahan2 diperlukan cuma butter, tepung roti, dry yeast, gula, garam dan air. Bahan2 ni semua kena timbang dulu ya. Sila mengikut arahan resepi jgn letak sesuka hati...cewah!



Wah! tekun sangat timbang bahan..hahaha



Masukakn kesemua bahan2 yang telah ditimbang ke dalam bekas yang disediakan kecuali Yeast jer korang jangan masukkan dulu.



Tak payah dah gaul2..masuk kan semua kedalam dalam bekas tu.



Lepas tu barukan masukan Yeast kat tempat yang mula2 Kak Ton tunjuk tadi...masuk kan semua Yeast ya atau kalau nak roti ada perasa kismis letak kismis kedalam bekas kat sebelah warna kelabu tu.


Pastikan tekan Menu yang korang pilih..tadi Kak Ton pilih kat buku resepi menu no. 2..jadi korang kena tekan button menu tu sampai angka 2.



Tekan button 'Start'

Menu yang Kak Ton pilih ni hanya mengambil masa 2 jam sahaja. 

Korang nampak tak button timer tu...button tu untuk set time contoh kalau korang dah sediakan bahan2 roti masuk kedalam bekas yang disediakan tapi tak nak buat sekarang nak buat esok  pukul 6 pagi. Jadi set jer timer tu pukul 6 pagi machine tu akan proses buat roti mengikut time korang set tadi.



Setelah 2 jam berlaku...tadaaaaa.

Bila buka Breadmaker jer nampak roti Kak Ton cantik naik gebu terus terlompat2...muka rasa kebas2 sebab bangga..hahaha. Giler kan!!

Korang kena biarkan sejuk dahulu baru boleh keluarkan roti kedalam bekas...kang sebab tak menyempat melecur pulak tangan tu.



Hebat sangat ni!!



Serious tak sangka semudah tu membuat roti. Ada bermacam2 resepi yang disediakan..pastikan korang cuba kesemua resepi yang ada...tak payah Kak Ton beli roti kat kedai lagi...anak2 dan suami mesti bangga ngan Kak Ton lepas ni...hahaha



Bestkan...teruja tak tengok Kak Ton terror buat roti...hahahah

Untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut pasal Panasonic Breadmaker ni click jer kat sini Panasonic Breadmaker SD-P 104 . Korang juga boleh like FB Panasonic untuk produk2 terbaru dari Panasonic



19 comments:

lyza safa said...

hebat.....

Filla said...

kak ton, tolong buatkan dik pilla roti kismis.. hari sabtu bawak ye... hehehe

Nieda ramly said...

bestnya

lovely said...

wah..bestnya.. boleh buat roti..

lovely said...

wah..bestnya.. boleh buat roti..

Farra said...

Daebak...

Amirudin said...

Salam, nk tanya ada berapa resepi dalam buku tu? Brapa harga pasaran breadmaker tu? dan apakah saiz roti yg terhasil?

meetee said...

Alahai Kak Ton.. Klau saya tahu Kak Ton blum ada breadmaker saya promote Noxxa Breadmaker. Pasti lagi teruja suami dan anak-anak Kak Ton.. huhuhu
Apapun tahniah Kak Ton..

momnsofea said...

Canggih...cayalah..i still pakai oven masa baru kahwin..he he.good idea.

Nurzakiah Hanum said...

singgah jumaat
hari ini anum mc badan x sehat

nor hayati abdul halim said...

bestnya kak il..kena beli gak la mcm ni

http://www.myrichheartandsoul.com/

mummy.chicha said...

Kwn2 sy yg dulu ms skolah x pnh masuk dapur utk msk, skrg dah ramai yg jd ala2 chef, siap jual beehives butterscocth bagai! Rupanya sbb pkai BM camni. Klu kat US ada jenama dijual serendah USD20 je, tp kat msia masih mahal n category brg mewah. Anyway, good investmn utk family yg suka mkn roti n yg seangkatan dgnnya, klu kak jemah ni, roti gardenia tu beli skali blh tahan berbulan2 xde org mkn (dok dlm fridge je) ;) suka dgn entry ni kak ton!

Lynn Hamzah said...

wow...bestnyer...

qisya khadeeja said...

Wah! Mdhnya! Yg pnting duit ada... Huhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, fuyohh ni macam magic je sheila tengok. walawehh terbaik. berapa rege panasonic breadmaker ni kak? excited gila tengok seketul roti menjadi kat dalam tu.

Nora Asyikin said...

Boleh tau brp harganya?😊

Nora Asyikin said...

Boleh tau brp harganya

Mubin Nazirul said...

mahal seh BM tu rm899

anonymous.opinions said...

Saya baru beli ada promo kat Lazada RM599. Lepas tolak voucher RM20 jadi RM579. Tp kan, setakat ni dah 2 kali cuba, tak jadi2 juga. Apa yg tak kena pun taktau. Cuba Kak Ton bg tunjuk ajar sikit mcmana nak kasik roti tu gebu mcm roti Kak Ton. Tima kasih.