Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 23, 2014

Lega...


Alhamdullilah...semua benda dah settled. Loan, Bill dan saving semua aku dah uruskan. Duit tuisyen dah bayar awal2. Rendang dah order untuk mak. Barang2 dapur yang basah dan kering semua aku dah order tinggal nak ambik jer hari Sabtu ni. Lontong pun dah order kat pasar Keramat. Mmg tak bagi mak masak sangat dia bukan sihat sangat so aku kena sediakan semua benda bagi ringan sikit kerja mak aku. Bawang yang aku beli semua dah siap blend. Oh ya...untuk mak mertua jugak, apa yang aku beli kan untuk mak macam tu jugak untuk mak mertua.

Duit raya, 2 minggu puasa aku nak ambik siap2. Malas nak beratur kalau lambat nanti. Baju budak2, baju En Win semua aku dah hantar iron tinggal nak pakai jer nanti. Fuh! lega sangat rasanya. tinggal hari Ahad jer nak last mengemas dan bersilat di dapur buat apa yang patut.

Baru tenang kepala ni sikit. Aku mmg suka siap kan awal2 so dapat budgetkan duit. Kalau beli last minute mesti terover budget. Ada balance2 duit yang aku budgetkan dapat lah beli barang2 buat cake yang tak pernah pun ada dalam list selama ini. Eh! tahun ni dapat selitkan sikit barangan rumah...hahahaha



Kasut raya kiteeeeee



Bekas letak botol kat Daiso RM5.00 jer satu



Beli kat Cufice Bangsar Shopping Centre


8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik

Wizana Arbain said...

Elly rendang tu order katner? Leh share x alamat?

Norliza Romizi said...

kak elly cun kasut!

Elly said...

Rendang tu order kat pasar taman tun. sampai sana u tanya mana kedai rendang semua org tahu

Era said...

Gaji hujung bulan,
memang kiet takde bajet raya pun bulan ni. Sobs Sobs!

Suffiah zee said...

kasut tu beli kat ne??bp hage...sukeeee laaa wink2...ayat quran tu bp hinggit??byk lak solan aja eyh...hehehe

ummisara said...

Elly,

cun kasuttttt u...kak ner beli ek?

nor said...

Elly bagus awak rajin baking... also involves anak anak sama.


Bagus anak anak kena terapkan kerja rumah, kemas, memasak, mencuci...tak kesah anak lelaki ke atau ppuan.

INI adalah kemahiran hidup yang paling tinggi, supaya kelak nanti bila hidup dgn org lain mereka dapat menyesuai kan diri...

dan tak kena kutuk...

Lepas ni kena make sure they spend some times untuk tolong u memasak, mencuci, mengelap, menyidai, menyimpan benda. Lama lama mereka akan mahir dan both sides of the brain function will be stimulated with the tasks they do.
contonya skill memasak - otak belah kanan yang applies Language
Logic, Critical thinking,Numbers
,Reasoning.
Menghias kuih kek/rumah pulak menggunakan left brain ,Recognizing faces, Expressing emotions,Music, Reading emotions- happy/ appreciated look when it look beautiful, food tasted good etc;Color,Images,Intuition,Creativity. So all in all kerja rumah juga mendewasakan akal mereka.Jika tugasan ini didedahkan dari awal, maka otak anak anak ini akan lebih balance kerana setiap skilk yg dilakukan, reflection di otak kanan dan kiri akan stimulate.

kemudian, bila belajar saraf yg applies benda diatas tadi akan terus berfungsi dan di stimulatekan... so anak anak ini akan menjadi lebih matang kerana otak kanan dan kiri mereka berfungsi dan dilatih untuk melakukan aktiviti ini.

jika mereka dilatih kemahiran di rumah, dan disiplin menolong kerja kerja rumah, disamping itu belajar dan tuition, etc, maka bila mereka membesar bila kena berdikari, mereka akan ada initiative utk melakukn benda yg mereka tahu perlu dsbnya....

kerja rumah adalah perlu diperkenalkan pada anak anak dari usia awal baik pada anak lelaki atau perempuan.


Selamat hari raya..maaf zahir dan batin.