Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 23, 2014

Lauk berbuka


Hujung2 ramadhan ni rasa malas pulak nak masak...hahaha. Macam sedap jer makan kat luar. Lagi bertambah sedap kalau boss belanja. Alhamdullilah dapat boss yang sangat baik hati bulan Ramadhan ni 2 kali dia belanja makan kat hotel. 

Kitaorang kalau berbuka kat luar jarang gi awal2 sebab tahu tempat semua akan penuh. So kitaorang akan makan kuih dulu kat rumah untuk alas perut dalam pukul 8pm baru keluar rumah. Baru selesa cari tempat sebab waktu tu selalunya orang dah start beredar.

Macam mana sedap pun malam kat luar sebenarnya buka kat rumah lagi sedap walaupun makan telur mata dengan kicap jer rasa selesa sangat kena pulak nasi panas2 tapi disebabkan tahap malas menguasai diri gagah kan jugak lah makan kat luar.

Tahun ni tak terjebak langsung beli lauk kat bazaar tapi kuih tu adalah. Aku ni cerewet sikit pilih lauk semua tak berkenan jer kat mata aku...macam lah lauk aku masak tu sedap sangat kan..eh! biar janji air tangan sendiri tau...hahahaha.



Butter Prawn first time cuba buat. Rupa dan rasa dah ada cuma serdak butter tu sikit sangat. So kena cuba lagi. Anak2 penggila butter prawn ni kalau order kat kedai mmg pesan awal2 nak serdak butter tu banyak2. Diorang makan serdak jer udang tak sentuh langsung aku sorang jer melantak udang tu.




Asam Pedas ikan merah. Selalu kalau masak asam pedas mmg ikan merah jadi pilihan ikan lain kurang sikit pari pun aku cubit gitu2 jer.



Nasi Ayam pilihan anak2...jemu kot hari2 nasi putih kali ni tukar sikit menu



Ini paberet aku dari dulu. Makan ni dengan sambal ikan bilis or ikan masin, mak mertua lalu sebelah pun tak perasan. Pergghhh mmg rindu sangat masakan ni tapi jarang buat sebab En Win dengan anak2 tak pandang langsung lauk ni. Tapi haritu teringin gigih buat walaupun waktu tu dah pukul 6.30pm



Budak2 dengan En Win masakan ayam sambal...settled.



Mee Bandung. Rempah ni kirim kat kawan Filla...mmg terbaik sedap sangat. 2 mangkuk aku makan...hahaha



Ini lauk semalam Kari Ayam paberet Yaya



Udang goreng kunyit ni pun lauk semalam ini laki den request. 

Harap kerajinan memasak ni sampai bila2 ini dah hujung puasa makin malas rasanya..hahaha


10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya :)

Cik Puan Eka said...

wahhh sedap2 lauk ahkak.

Kite tak leh masuk dapur ni. Mabuk. Rindunyaaa nak masak2.

Hari2 pon beli jugakkk

Nurulhuda Abdul Latip said...

Terbaiklah kak elly, makin rajin akak masak...

Mila Hilas said...

perghh banyaknye lauk...

safiah yusof said...

kak elly, boleh x share resipi sup yg kak elly paling suka tu?sy pun suka makan sup tu kat kedai lawankan dgn sambal belacan..sedap!

ain diyana said...

aduhhh.. menguji keimanan sungguh.. nampak sgt menyelerakan... huhuhu

Norliza Romizi said...

agak-agak bila saya nak rajin mcm akak?

DYatie said...

Erkkk! Tetiba rasa lapo. Haha.

Salam kenal. Salam Ramadhan. Salam Syawal. :)

Filla said...

menjejeh ailio den.

mekzaa said...

sayur fucuk ngan sohon letak ubi kentang tu feveret saya gak. ;-)