Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 8, 2014

HARD CORE CHIROPRACTIC


Hari Ahad haritu leher terkehel...ingat kan salah bantal (tak sure korang faham tak istilah salah bantal ni). Pepagi tu jemur bantal yang aku tidur tu bila dah panas selawat 3 kali tekap kat tempat yang sakit tu. Ini petua orang dulu2. Kalau leher sakit selepas bangun tidur. Tapi still sakit jugak leher ni...kalau nak toleh kena dengan badan2 sekali dah macam robot aku rasa.

Esok pepagi ingat nak gi Chiropractic. Tampal koyok2 ni mmg tak jalan kena prap jugak leher ni kasi betul. Hari tu pinggang terkehel sekali di prap terus boleh berdiri. Aku dekat office ni mmg terkenal tahan sakit. Kalau gi urut tak ada hal kalau orang henyak2 badan aku...sedap jer aku rasa. Bekam darah ker, bekam angin ker semua aku dah buat asal badan rasa selesa.

Kenkandang duduk kat office terlampau lama mengadap computer urat leher pun jadi tegang. Belakang pun jadi sakit2...itu yang korang kena prap sikit bagi tulang2 tu masuk balik. Ini bagi yang berani jer lah sebab waktu nak prap kan tulang tu korang kena lembut kan badan kalau badan keras macam batu mmg tak jadi lah...hahaha. Yang selalu pening pun boleh datang sini..mungkin salah satu urat tak betul itu yang asyik pening jer kot.

Satu lagi aku suka buat reflexology tapi bukan yang urut lembut2 tu ya...ni yang pandai cari point kat kaki. Kalau pening bila tekan tempat yang betul terus pening hilang. Tempat yang aku rekemen bagi yang tahan sakit kat Chow Yang Foot Reflexology mmg terbaik lah. kalau urut yang manja2 mmg x baik lah so kena cari yang kaw2 sikit.

Sebulan sekali aku mesti urut kaki or badan. Kenkadang bila selalu mandi malam badan masuk angin tu yang selalu sakit2 atau pun lemah. Badan terlalu letih pun kenkadang kena rehatkan, manjakan dengan urut aromatherapy. 




Korang terus ke 2.08 minit...contoh Chiropractic. Apa macam ada berani!! hahaha. Serious korang kena cuba buat sekali lepas bagitau aku feedback dia. Ini kira fear factor untuk korang...hahaha.

Lepas buat badan akan terasa ringan...tak ada lenguh2 lagi kat badan. Ahli sukan mmg banyak datang kat tempat ni. Aku selalu gi dekat Oriental Tit Tar mmg banyak branches so korang gi search ya. Kalau ada mak2 atau bapak2 korang yang sakit kaki, terseliuh ker bawak datang sini..insyaAllah boleh baik. Yang accident lutut lari kebelakang bagi diorang prap, betulkan balik...hahahah.




Waktu pergi semalam aku macam robot bila keluar dari tempat tu dah normal balik cuma kena tampal ubat panas sikit kat leher tu sebab dah bengkak waktu aku datang. Cuba tau korang!!



10 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

takde berani woooo

Liyliz said...

akak kalau migrain ke blh jgk ke p urut sini?

zean anuar said...

power sgt ni... btw thanks for the info..

PixiePwincess said...

hi elly i pun suka pergi chiro jugak. dekat bangsar chiropractic. tapi dia tak ganas heheh. mmg lembut sangat. ada lah prap prap sikit. tp x menakutkan langsung lah. after effect dia sgt best. mcm baru balik spa! masa pregnant pun i pergi utk treat back pain.

nor said...

Hi Elly
best bila pergi chiropractor ni. Masa lepas accident org rempuh belakang keta, badan suma sakit sakit. Pergi terus dia aligned semula spine and tengkuk, hilang sakit kepala.

yang bunyi prap tu bukan tulang. tapi urat dlm tulang tu kena released and lurus semula. disebabkan ianya vacuum ia mengeluarkan bunyi prap or pop. kalau ada bunyi pop memang things working in order. But kalau kurang bunyi meanig something about the bone, spine and nerves being trapped not released back to normal. selalunya badan kita...le

so the sound prap tu bukan tulang ye...cuma released nerves in a vacuum in the spine area.. tu je..

budak budak kecik yg hyper boleh try. atau baby atau budak kecil yang asik nangis...
.

nor said...

cuma chiropractor kat ingerland ni mahai sikit..

enjoy..

PetakBunga said...

selalu sakit jugk kat leher..
pasal ngadap komputer

Nur Firdausi said...

kak elly,

boleh anggarkan berapa sekali session ye?

Elly said...

Liyliz : InsyaAllah boleh rasanya

Nu Firdausi: Dalam RM120 per session. Tapi kalau serious datang sekali dah cukup.

Nur Firdausi said...

kak elly,

pegi kat bangsae or seapark?