Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 1, 2014

Bulan Ramadhan


Assalamualaikum uols...selamat menjalani ibadah puasa.  Hari ni dah masuk 3 hari berpuasa jadi maap lah kalau pemalas Kak Ton menjadi2. Gambar makanan melambak tapi malas nak tepek..padahal click jer kan tapi tetap malas...hahaha.

Alhamdullilah Kak Ton masih gigih memasak tak tahu lah lagi minggu depan gigih ker idok. Dah rasa macam robot jer badan ni..mendengar suara arahan anak2 dan suami nak makan itu ini. Habis tekak Kak Ton ni siapa nak layan. Kalau masak kegemaran Yaya nanti adik merajuk...kalau masak dua2 masakan kegemaran anak2 nanti En Win pulak buat muka...eh! malas aku nak layan korang. Yaya suka kari adik tak suka...aku suka asam pedas En Win tak suka...adik suka ayam kunyit tapi aku pulak tak suka...asyik itu jer lah kerjanya kena masak macam2 lauk. Macam orang giler bersilat kat dapur itu belum masuk mengemas lagi. Bukan konplen meluahkan...hahahaha. Seronok jer bila masak anak2 makan...kembang kuncup hati Kak Ton kalau anak2 makan sampai licin rasa berbaloi jer penat di dapur.

Itu belum lagi waktu sahur request goreng itu ini...sorang nak milo, sorang nak kopi lagi sorang nak nescafe...tapi tugas ibukan nak buat macam mana. kenapa tak suruh diorang buat sendiri?? Kak ton dengar soalan korang..hahaha. Entahlah dulu Kak Ton pun boleh jer buat sendiri tapi tetap nak manja dengan mak...umur 17 tahun pun mak tetap nak buatkan kopi. Sekarang baru Kak Ton tahu perasaan seorang ibu...suka jer penatkan badan asalkan anak gembira..betul tak para ibu.

Barang keperluan untuk raya semua Kak Ton dah beli. Jadi tinggal yang kecik2 jer macam kuih raya, duit raya dan sedikit duit untuk open house nanti jer Kak Ton nak prepare. Company ni pun lambat pulak bagi bonus...dapat jer bonus selesai lah masalah diatas...hahaha.

First buka puasa tu balik rumah mak, berkumpul adik beradik. Kalau raya mmg jarang dapat berkumpul sebab ada yang balik kampung pagi raya tu. First buka puasa mmg meriah lah rumah mak ngan abah. Abah excited sampai buat 3 jenis air yang berlainan untuk anak2 dan cucu. Ada laici, ada oren, ada sirap...eh! kopi pun ada untuk menantu. Mak lagi hebat..semua makanan kegemaran anak menantu ada atas meja. Betul tak cakap Kak Ton mak bapak mmg suka penatkan badan asalkan anak gembira. Bentang tikar budak2 semua makan kat bawah...kecoh satu rumah..meriah kan. Boleh gambar tak ada...rugi pulak rasanya...ia Kak Ton malas...hahaha. 

Itu jer nak cite hari ni...hahaha. Kalau rajin tulis lagi yek!!


3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

bila mendengarkan cerita ni, terbayangkan variety of foods on the table untuk bukak puasa...eh dengar pulak, bacalah...ha ha ha...

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH PAGI

Mummydearie said...

Jadi mak-mak memang ginilah gayanya. Semua nak, request jek nanti mak buatkan tapi mak punya request takda siapa pun mendengar. Huhuhu ...