Nuffnang Advertisement

Monday, July 7, 2014

Bola


Bulan puasa ni aku jadi malas sikit nak keluar sebab letih. Balik kerja kang kelam kabut masak, mengemas, sahur kang masak lagi. Jadi lebih suka lepak kat rumah jer...tapi En Win mmg dari dulu kaki jalan sikit..dia suka lepak..kopi2 sambil borak2 pasal masalah office. kang tak dengar kesian pulak dah perniagaan bersama kenalah dengar rintihan dan keluhan En Win terutama pasal staff. Korang percaya tak staff called emergency leave sebab nak teman kan isteri beli fridge...hahaha. Satu lagi staff kena marah terus tak datang2, tak angkat phone, tak reply message. Kalau baca blog ni sila pulangkan kunci office ya...lepas tu nak kerja mana pun pergi lah, kitaorang tak marah. Pening nak layan karenah manusia ni...redha jer lah asam garam dalam perniagaan.

Last week En Win ajak tengok bola kat luar, lagipun nak celebrate birthday si Alang tu sekali. Dia tak tahu pun kitaorang berkumpul sebab birthday dia dengan happy nyer dia join jer...hahaha. Kitaorang lepak kat Bangsar South, Souled Out sambil tgk bola sambil makan.



Germany vs France

Of course aku sokong Germany malam tu...dapat jugak bersorak malu2 waktu gol tu. Nak jerit malu...Kak Ton tepuk tangan jer lah. Kang kalau over meloncat mmg jadi bahan gelak dengan geng En Win ni. Diorang ni mengalah kan perempuan sikit suka mengutuk. Tak peduli lah kau bini siapa kau buat benda pelik jer mmg kena bahan kaw2. Nasib baik aku ni jenis tak ada hal...kau kutuk aku kau siap bini kau aku kutuk kaw2 lepas tu...hahaha



Patutlah En Win suka lepak tengok bola kat luar..meriah sangat. Ni kalau kat rumah terjerit sensorang dapat pulak bini yang selalu tension selalu kena halau tgk kat bawah...hahaha.

Lagipun kat luar ni boleh gaks dia cuci2 mata..hahaha. Ok lepas ni aku ikut, berani jeling kang aku bola kan terus mata tu...aaaauuww garang sangat ni!! haha



Eh! tapi betul lah seronok giler tgk bola reramai ni. Dia punya aura rasa  lain macam..berdebar menunggu goal sebab nak bersorak. Laki aku melampau over pulak sampai aku malu..bila bola hampir2 ker tiang gol dia punya menjerit sampai nak keluar anak tekak...bila tak goal duduk balik buat bodoh. Lantak kau lah bang!!



Wan siap bawak anak2...tapi anak Wan paling sempoi tak bising sikit pun. Orang sorak dia pun join sorak sekali.



Happy Birthday Alang...jgn lah nak buat2 malu bila orang nyanyikan lagu birthday malam tu. Aku tahu kau suka, dalam hati tu mesti berbunga2 kan.



Aku rasa malam tu meja kitaorang yang penuh makanan. Rekemen Souled Out ni mmg makanan dia sedap2.

Final jom kita tgk bola sama2...cewah!!

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bola bola

Nurulhuda Abdul Latip said...

Eh teruja betul saya nengok makanan tu semua kak..

Siti Aisya Ibrahim said...

style lah kak elly...bola pon layan....suke akak ni, sempoi...