Nuffnang Advertisement

Thursday, July 10, 2014

Resepi Ayam Kalio



Sampai dah tak tahu nak masak apa, tiap-tiap hari aku kena fikir..tanya En Win mmg jawapan menyakitkan hati jer. Tu sebab rajin whatapp bini2 ku gangster tanya juadah buka puasa diorang...kot2 boleh tiru ker. Bila tiru Radie nak marah pulak...eh! biarlah Kak Pilla kan BFF, Kak Ton aka Popo...hahaha

Semalam ramai mintak resepi ayam kalio...Aku pun baru first time buat... Alhamdullilah menjadi dan menjadi kesukaan anak2 dan suami tercinta...aaauuuwww...hahaha. En Win request buat pagi raya makan dengan nasi impit lain dari lain katanya. Amboi! nak puji sedaplah tu...hahaha. Serious sedap macam rendang pun ada. 



Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam
6 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci lengkuas - dikisar
1/2 inci halis - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - diketuk
4-6 sudu besar cili - ikut suka pedas

1 helai daun kunyit
1 pek besar santan 
sedikit kerisik - opsyenal 
garam / secubit gula
1 keping asam keping

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi. Kemudian masukan ayam. Balik balikan ayam dan masak sehingga keluar minyak.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih, baru masukkan garam, gula dan asam keping serta daun kunyit. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Semalam aku buat pekat yang tak ada kuah...tapi kalau korang nak berkuah pun boleh. Lagi pekat lagi sedap kot rasanya.




Menu kedua semalam sambal ikan bilis petai. Ini lagi senang nak buat. 

Tumbuk cili merah, bawang merah dan bawang putih. Tumbuk kasar. Goreng petai dan asing kan. Goreng ikan bilis dan asing kan. Guna minyak yang sama untuk menumis bahan2 yang ditumbuk letak sedikit garam dan gula. Bila bahan tumis dah masak tutup api baru masuk kan petai dan ikan bilis. Gaul sampai sebati. Dah siap!!




Dessert ni first time jugak cuba. Ini abang toyib request. Dia selalu buat cite sedih, konon2 nenek dia dulu selalu buat juadah minum petang atau dessert. Bila malam lapar ada jer benda nak makan. Aku pun tersedih bila dengar cite tu...hahaha. Ok lah kita berlajar buat agar2 dulu. Kemudian baru kuih melayu. Bulan2 puasa ni melambak resepi aku dah tulis khas untuk abg toyib yang suka dessert katanyer.....

Bahan2

Agar2 sebungkus
4 cawan air
2 cawan gula
2 cawan santan
2 biji telur
2 helai daun pandan - Blend dan amik jus daun pandan. Tapis dulu tau

Cara2

Masak agar2 bersama 4 cawan air sehingga cair. Masukan gula. Pecahkan telur dan masuk kedalam santan. Untuk bagi telur nampak cantik korang kena guna mixer. Aku pemalas pukul ngan tangan jer tu yang telur jadi tak cantik kalau tak dia akan jadi macam 2 lapis, atas telur bawah macam plain tu. Jangan ikut perangai aku ya kalau nak dessert nampak cantik...haha.

Bila gula dah cair masukan jus pandan. Masukan santan dan telur sedikit2 sambil tu korang kena kacau agar2 tadi. Dah settled masukan dalam loyang dan sejuk kan.

13 comments:

IdaShazana said...

fuh, nampak sodap. dah menghampiri tahap chef nampaknya

Farah Waheda Wahid said...

wah penampakkan air tangan kak elly menggiurkan...

salwana nordin @ che'wa said...

wahhhhhhh mmg npk sedap sgt ni kak ton :)

ikan bilis masak dgn petai tu mmg meletop la saya tgk!

kak ton share resepi ayam kalio dgn ikan bilis ye :)

permatabiru said...

terliur tgk resepi akk..sedapp

Wanie Warniee said...

mak saya bt agar2 tue dia blender kak elly telur tue

Yann Jian said...

wah nampak sedap ayam kalio...leh tiru ni.. Sebab pukul telo x cukup ye Elly dia x jd berlapis? Saya buat jd x berlapis sbb guna santan kotak/segera.. kalo guna santan ori menjadi lak lapisnya...

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
ayam kalio yg mmg mabeles.
mahunya bertambah - tambah nasi waktu berbuka

usna said...

Nkk menyelitt..kak elly, klau dlm bhsa korea popo tu kiss. :)

Karya Mahirah said...

wow boleh cuba ni...

Norliza Romizi said...

adoi kak elly husband saya pon dh pandai tgk blog kak elly. pastu suh saya masak ayam kalio , naya ni...!

Aya Suria said...

wahh..sedapnya..boleh cuba resepi ni..
jom singgah blog sy ada share tips2 kecantikan =)

Norzuryati Mohamad Basir said...

Menyelerakan!
Mohon share resepi ni ye admin..

Jemput ke blog saya :
http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)

Hasnieda Mohamad said...

Salam singgah