Nuffnang Advertisement

Friday, June 13, 2014

Tesco Online


*scroll down for new entry*

Teruja tak dengan tajuk kat atas, korang tahu tak pasal online Tesco ni siapa yang bagitau aku....korang jangan teperanjat ya...hahaha. Mak aku semalam dia call bising2 sebab dia tahu aku selalu gi Tesco sorang2 lepas tu terhuyung hayang tolak trolley berat2 tu, kalau bawak anak lagi bahaya, budak2 tu pun kenkadang aku tak terjaga sebab aku sibuk tolak trolley. Aku mmg malas nak tunggu En Win, kalau nak shopping ngan En Win kena tunggu hujung minggu jer, giler ramai kalau hujung minggu, itu yang selalu decide gi sendiri jer bawak anak2.

Mak: Elly.....kau tahu tak Tesco sekarang dah ada online, apa pasal kau nak susah2 gi beli barang kat situ, kau kan pandai pakai internet.

Wah! hebat mak aku ni dah pandai beli online...macam tak caya jer...hahaha

Aku: Mana mak tahu?? mak pandai ker pakai internet??

Mak: Eh! kau ingat mak kau ni tak terror online2 ni...hahaha. Tak lah mak suruh lah adik kau buat, mak cakap jer benda apa yang tak ada kat umah ni, dia tolong lah clik2 kan apa yang mak nak. Lepas tu esoknya barang yang mak order tu sampai ada Tesco van hantar. Ni mak tgk kau berangkut barang sendiri...bahaya buatnya orang ragut ker, culik anak kau ker time kau sibuk tolak trolley...kau tu dah lah lalai. Kau gi tanya adik kau macam mana nak guna online Tesco tu.

Fuyoooo....giler hebat mak aku sekarang ni main clik2 jer. Tapi sempat lah dia berceramah kat telinga aku ni pasal benda yang aku selalu lalai ni. Betul gaks apa yang mak aku cakap kan tu buatnyer aku sibuk nak tolak trolley orang ragut beg aku camne, culik anak aku ker kalau fikir balik mmg bahaya tu. Sekarang ni kalau baca kat suratkhabar macam benda terjadi. Korang jugak kena beringat ya...risau betul kes2 yang berlaku zaman sekarang ni.

 Terus called adik aku mintak dia tolong ajar...walawei senang giler!! main click2 jer barang yang korang nak, esoknya barang sampai korang boleh bayar guna debit card. Suka3.....lagi lah senang aku nak beli barang office dengan barangan rumah nanti. Tak perlu bawak kereta, tak perlu bayar parking, tak perlu 
beratur, boleh buat budget barang yang nak dibeli dan yang paling best boleh belikan barangan rumah untuk mak ngan abah lepas ni.

Korang juga boleh click Tesco Delivery Lab  untuk faham dengan lebih lanjut tentang proses Tesco Online tapi meh  lah Kak Ton cite lebih details bagi korang lebih faham...ngada tau semua nak Kak Ton tolong...hahaha


   Selepas mendapatkan pesanan daripada pengguna memalui eshop.tesco.com.my pengahantaran pengesahan email akan dihantar kepada pelanggan dengan segera



Apabila pekerja latihan tesco menerima pesanan anda, mereka akan menyediakan barang2 pelanggan dihari penghantaran itu nanti. Ini untuk memastikan kesegaran makananyang dihantar.

Sistem penghantaraan akan dibahagikan mengikut kawasan penghantaran berdasarkan daripada jarak, masa dan berat sesuatu barangan supaya ia dapat dihantar mengikut pada masa yang ditetapkan dan juga untuk memastikan barangan dalam keadaan baik dan sentiasa segar.


   
  Barang2 yang telah disediakan tadi akan dimasukakan kedalam Tesco Delivery Truck mengikut kawasan2 pelanggan.

Tidak kira dimana anda berada di rumah teres, condominium, apartment dan tidak kira panas ataupun hujan Tesco tetap akan menghantar barangan pesanan anda.



     Barang2 akan dihantar kerumah pelanggan mengikut masa yang mereka pilih dan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan barangan yang diberi mereka boleh pulangkan pada masa itu juga tanpa dikenakan sebarang bayaran.


 Pelanggan diminta memeriksa barangan yang dipesan dan jika pelanggan tidak berpuasa hati pada keadaan barangan tersebut mereka boleh memulangkan kembali tanpa dikenakan sebarang bayaran. Jikalau barangan yang dipesan kehabisan stok tesco akan mengantikan barangan dari jenama yang lain tetapi terpulang kepada pelanggan untuk menerimanya atau tidak



Cuba korang click video...hahahaha. Kak Ton suka sangat kelakar.




Mula2 korang kena goggle cari website ni Tesco Online . Nanti dia akan keluar page macam ni. Pertama sekali korang kena register dulu kalau tak register tak boleh beli barang. 

Masukkan email address dengan Password. Jgn korang lupa pulak password ni sebab setiap kali nak mulakan shopping online korang kena sign in dulu.

Isi form yang disediakan...kalau area rumah atau office korang tak ada dalan list yang disediakan, jangan panik korang boleh call 1300-13-1313 untuk mendapatkan confirmation area yang betul



Selesai isi semua form registration korang dah boleh mulakan online shopping.

Sebanyak 17,000 items yang available di Tesco online. Kat atas tu banyak kategori korang boleh pilih ada Fresh Food, Grocery, Baby, Chilled & Frozen, Drinks, Health and Beauty, Household, Pets, Home & Office

Contoh korang klick kat Fresh Food nanti dia akan keluar makanan yang fresh seperti ayam, daging, udang, buah-buahan apa yang ada kat Tesco supermarket semua ada kat online ni. 


Gambar kat atas ni Kak Ton click under Household lepas tu pilih bahagian Air Freshener...kalau ada barang yang dicari just clik Add jer yang button biru tu. Lepas tu korang boleh sambung cari barang yang lain.


Selesai segala urusan pembelian di online, pilih time dan tarikh yang korang rasa sesuai untuk dihantar dan service charge sebanyak RM10.00 akan dikenakan pada setiap penghantaran dan aku rasa service charge itu sangat2 berbaloi. Fikir balik kalau beli sendiri nak cari parking nak beratur lagi...baik bayar jer lah RM10.00 service charge tu..senang kerja, betul tak??

Jangan lupa print confirmation number dan list barang yang korang order tadi jadi senang nak check balik samada barang cukup atau tidak. Senang dan mudahkan...bijak tak Kak Ton!! Hahaha



Ini waktu order barangan office...beli barangan untuk boss tapi ada gaks lah selitkan barangan rumah sekali..senang sekali order nanti claim jer balik barangan untuk office



Masa buat order semalam aku pilih waktu penghantaran dari pukul 10 pagi - 12 tengahari. Dalam kul 10.30 pagi barang yang aku order dah sampai depan office



Check list barang yang korang order dan pastikan sama dengan barang penghantaran



Kak Ton benar2 teruja dengan truck penghantaraan dari Tesco. Mempunyai different compartment with different temperature storage untuk memudahkan penyimpanan barang2 mengikut kategori2 barangan contoh barangan frozen seperti ayam, ikan, udang  supaya quality barang dapat dijaga dengan lebih baik lagi. 



Siap susunkan lagi kat tepi tu...suka sangat!!



Seperti yang Kak Ton explain tadi bayaran tunai tidak akan diterima...sila bayar menggunakan credit card atau debit card sahaja,



Service terbaik dari Tesco

Apa tunggu lagi jom clik Tesco Onlinelin

14 comments:

Irfa said...

WAH! HEBAT
KAKTON DAH JD DUTA TESCO SEKARANG
HIHI

Miss Moon said...

area umah aku lom ada dlm list ....nak jugakssssssss

tapi area cyberjaya ada ...

nak try la nanti auuuw

Chekgu Azrine said...

Semua tempat ke kak elly..area umah saya takde tesco..sobs..sobs

shentalvent said...

Amboiii kak elly..duta tesco sgt nih...hehehe

Nurzakiah Hanum said...

bagus kan
anum nak try gak la service nie

Wan Emi said...

Glamour abg Tesco dan Kak Timah.. hehehe

cik orange jingga said...

alah kat kawasan saya tak de

cik orange jingga said...

alah kat kawasan saya tak de

Adliza Azilda said...

service dorang memang tip to the top kak elly!!!

http://lizazilda.com/classic-glam-raya-2014-pastel-raya-2014-by-zery-zamry/

husna zahidi said...

mudahnyaa kak ton!! +.+

Sukma Haron said...

terbaik Kak Ton...hihi

Fisya Yusof said...

Wahh bestnya..pas ni x perlu lah bersesak2 nk bayarkan..

Teacher Basariah said...

menarik betoi..baru tau ni..bolehla cuba..thanks 4 info (^_^)

Iola said...

best nya :D such a convenient