Pagi Isnin tu bertolak lah kitaorang anak beranak ker USS. Ini kali kedua kami ke USS...sebenarnya aku dah malas nak pergi...benda yang sama. Tiap2 tahun kitaorang ker tempat macam ni..amboi eksyen sangat Kak Ton berkata2...hahahaha. Tapi disebabkan anak2 ku turutkan jua.
Korang tengok lah berkobar memasing...layan kan jer lah. Apa lagi yang boleh buat diorang happy kan..selain tempat2 macam ni. Tahun ni dengan tahun depan tak boleh nak berjalan jauh2..Yaya tahun depan nak exam so aku had kan jenjalan ni. Tapi aku dah rancang awal2 untuk cuti bulan 11 ni tapi dekat2 jer lah. Aku tak adalah kejam sangat asyik belajar jer..kena gaks ada masa untuk bersuka ria.
Dari rumah Alang kitaorang naik MRT jer. Aku beli card ni kat station MRT. $12.00 seorang boleh guna untuk bus jugak. Kalau habis just top up jer.
MRT station
First time datang ker sini dulu aku ada bad experience...kitaorang cuma dapat main dalam 5 games jer..beratur panjang giler. Kesudahannyer jenjalan jer sebab budak2 tak larat beratur hampir sejam untuk satu game..main gamesnyer tak sampai 5 minute pun.
This time Kak Ton agak bijak sikit beli VIP ticket..tak yah beratur tunjuk card VIP terus dapat main..wah! terus idung kembang2..tengok orang beratur jeling sebelah mata jer...hahaha. Untuk dapatkan VIP ticket ni korang kena top up $50 seorang. Agak keterlaluan mahalnya tapi terpaksa lorrr kesian bebudak nanti tak dapat main game.
Kak Ton suggest sebelum datang korang siap2 beli online ticket jadi tak yah beratur panjang2 . Click ni USS Ticket untuk korang tinjau2 harga dulu.
Minion
Rembat satu baju untuk anak buah
Seperti yang pernah aku cakapkan dulu...anak2 aku part ni diorang mmg baik...tak mengila langsung nak shopping barang. Puas aku sua2 kan ambik satu baju untuk kenangan tetap geleng kepala...tapi aku tetap rembat sorang satu t-shirt untuk buat kenangan.
'Betty Boop'
Cuaca agak panas...rasa nak mengamuk jer kat sini. Tapi aku diam kan jer lah kang En Win jeling terus rasa ada rama2 kat perut.
Me n Kiddos
Next week kitaorang punya wedding anniversary yang ke 12 tahun. "pa nak handbag"...hahahaha.
I berjanji kalau u beli kan I handbag i akan masak untuk u lagi sedap..I akan belajar buat cake dan roti supaya u bertambah sihat. Setiap malam I akan urut kaki U...please Pa...please!! hahaha
Mmg idok lah jawapannyer tapi kalau hari2 desak dapat kot...hahaha
Tengok concert hantu...boleh lah...Kak Ton tak minat sangat.
'Sesame Street'
Cartoon yang paling Kak Ton tak suka tengok kat TV...lagi satu cite Big Bird tu..boringnyer kena menghadap depan TV teman kan budak2 tengok masa kecik2 dulu. Nasib baik korang dah besar. En Win kata aku tak faham apa yang diorang cakap tu sbb aku boring..Eh! ni dah menghina sangat ni!! I suka Mickey Mouse dengan Donald jer tau yang lain i don't like!! Lagi satu cartoon Pink Panther ntah apa2 ntah citenyer...hahaha
Rehat jap penat tengok concert hantu tadi...hahaha
Waktu Kak Ton pergi ni tak ramai sangat. Minggu sebab hari biasa. Kalau hujung minggu berlaga bontot kot.
Dah cool sangat dah ni!!
Jangan tanya aku apa nama robot ni!!
Game Transformers ni paling best...korang kena duduk dalam keta lepas tu Transformers ni macam selamatkan korang dari orang jahat. Game 3D. Terjerit Kak Ton sebab Transformers muncul depan muka lepas tu orang jahat tu macam nak pijak2 badan Kak Ton...hahaha. Bila keluar En Win kata aku over jerit2 macam pompuan giler..eh! biarlah...sukahati kita lah..awak apa sibuk!!
'Ancient Egypt'
Sorry yek yang ni Kak Ton tak join ada roller coaster. Yaya dengan En Win jer hati kering. Kak Ton dengan adik hati basah.
'The Lost World'
Kak Ton sorang jer memerlukan baju hujan...korang lantak kan basah. Pandai2 korang nak elak air..haha
Eh! macam suka jer basah
Kiddos
Tengok action movie kat sini
Cantik kat dalam ni sebijik macam dalam movie
Siapa yang nak tgk action movie kat sini berhati2 sikit especially yang duduk bahagian bawah...konpem korang akan basah lenjun. Diorang main simbah2 air bukan sikit ya..satu baldi nanti korang kena curah air. Kak Ton lari duduk atas..tak rela u basah2 ni
Adalah dekat 20 minit show ni
En Win jadi naga sekejap kat sini
Far Far Away
Malas masuk sebab benda yang sama tengok berulang kali
Korang jangan risau banyak makanan halal dekat USS ni
Ayam goreng!!
Budak2 berkenan sangat kat bekat minuman ni...$8.00
Nampak Yaya dah besar sangat kat gambar ni...ini boleh mendatangkan kesedihan
Jangan tanya Kak Ton ya apa nama cartoon ni...Kak Ton cuma tau dia dalam group Sesame Street
Sorry tak banyak gambar games sebab Kak Ton sama sibuk main...rugi bayar ticket VIP tapi tak join main sekali. Belasah jadi budak2 sekali terjerit2
Kenapa mata kau berbungkus Setan...hahahaha
Holloh3 tampar nak!!
Kak Ton di paksa...topi diorang semua cute bila time Kak Ton nak macam minang kabau. En Win kata nak besarkan gambar ni letak atas katil...hahaha. Berani buat lah....
Sampai disini sahaja cerita Kak Ton di Singapore 2014. Tahun depan berjumpa lagi ya Alang...hahaha
9 comments:
best kan uss
dah pegi sekali dulu
anak2 sebut nak gi lagi
tp bdk2 mmg enjoylah pegi banyak kali pun. kita je yg malas pegi tpt yg sama,huhu
gmbar last tu tk tahan gelakkk..
sorryyyy..
sius kelakau wehh gmbor tuh..
Tak pernah tak gelak bila baca entry kak Elly ni. hahaha. comel je, happy family sangat.
Sis..sua sis lawa la..kongsila brand..seyes lawa
HIHI klako sgt gambo last tu.nasib xtersembur!!
Tengok Yaya dah macam model dah kak.
hahahhahahahhahahaha lantak la kat office org kata aku gile...kenapa mata ko tertutup setan..hahahhahaha..topi kak ton pakai terikat aziz satar la...
seronoknya tgk gambar2 kak elly... rasa bersemangat nk kumpul duit g mkn hangin...hehehe....
Post a Comment