Nuffnang Advertisement

Thursday, June 12, 2014

Singapore Day 1, 2 & 3


Nampak sangat makin menjadi2 pemalasnya...kalau dulu bukan main entry jalan2 ada day 1, day 2 sampai lah last day. Sekarang hambek terus up untuk 3 hari terus...hahahaha. 

Tujuan kali ni pergi pun bukan untuk melancong pun..ini pun last minute decision, kesian budak2 cuti sekolah tak kemana. Melepek jer kat rumah aku tgk tak sampai hati pulak tak kan nak menghadap buku jer kan. Ok...jom ker Singapore. Alang dah duduk kat sana, senang boleh tumpang jer rumah dia....Singapore pulak tengah Mid Year Sale, lagi bagus boleh beli baju raya sekali.

Amboi...eksyan Kak Ton kan cari baju luar negara...betul lah kan dah luar dari Malaysia kira baju over the sea lah...hahahaha. 



Disebabkan si Alang ni duduk bujang dan baru 5 bulan menetap di Singapore jadi satu barang dalam rumah pun tak ada lagi...terpaksa lah aku berangkut tilam ngan bantal. Venchi tau...lepas tu dia suruh jer aku tinggal semua barang ni kat rumah dia..."Kau tinggal jer lah barang ni semua kat sini...senang korang nak datang lagi nanti..tengok muka korang ni macam 3 bulan sekali jer nak datang sini"...Eh! boleh ker macam tu...hahahaha.

Actually aku ni susah sikit nak tumpang2 tidur rumah orang lebih selesa duduk hotel senang aku nak telentang ker apa. Tapi since Alang ni duduk sorang jer...ok lah kan. Lagipun hotel kat Singapore ni boleh tahan mahal.

Oh ya..trip ni isteri Alang ikut sekali....isteri Alang still bekerja di KL..insyaAllah lepas bersalin nanti baru duduk di Singapore.



Kitaorang ke Singapore bawak kereta kali ni, bertolak Hari Jumaat lepas pukul 7 pagi sampai Singapore dalam kul 11 pagi...lepak dulu umah Alang, petang tu ambik MRT terus ke tempat kerja Alang untuk dinner.



Tahu Telur...paberet ni!!



Malam tu Alang bawak makan kedai minang...boleh lah prefer makanan kat Malaysia lagi.



Bawak budak2 jalan kat Clarke Quay. Cantik giler tempat ni. So far tak pernah sampai lagi kesini...selalu kalau gi pun ke Shopping Mall jer.



Kat tepi2 sungai ni ada kedai makan...melambak giler korang boleh pilih mana satu yang sesuai dihati....hahaha. Singapore ni dah macam omputih punya country...melambak pub sana sini. Waktu aku pergi Friday nite pulak...korang boleh tengok fesyen anak2 muda kat sini.

Day 2


Kan dah day 2 terus...hahaha. Agenda hari ni nak bershopping, cari baju dan kasut budak2. Belakang tu lah rumah Alang...ok lah ada tiga bilik, 2 toilet, selesa sangat nampak gayanyer mmg datang lagi lah kitaorang.



Depan Apartment ni ada Food Court...so isi perut dulu sebelum berjalan. Alang duduk kat area Holland Road. Dekat dengan station MRT jugak. Kat Food Court ni melambak restaurant melayu.



Mee Kolok dan Nasi Ayam



Singapore Largest Outlet

Ok sampai sini jer Kak Ton boleh bergambar...kang kalau keluar camera nanti En Win bagi jelingan maut...hahahaha. 

Serious kat Largest Outlets barang2 murah giler...Kak Ton borong jeans Levi's baru $60 tukar duit Malaysia dalam RM156.00 latest design. Kasut brand Geox untuk budak2 baru $30.00. Senyum lah Kak Ton...dapat lah beli banyak sikit baju budak2 kat sini.



Ni pulak kat Jurong East Mall..banyak branded Items murah2. Aku bantai beli T-Shirt Guess budak2 baru $15 lepas diskaun. Next year boleh datang lagi lah kalau murah macam ni...amboi, eksyen!! hahaha

Day 3


Sekejap jer dah day 3..hahaha. Hari ni pun bershopping lagi kali ni kita ker Orchard Road pulak.



Aku lalu jer restaurant Zam2 ni tak sempat nak makan ramai benor orang kat sini



Area Arab Street ni...banyak kedai2 melayu jual barang2 tradisional. Kak Ton cuci mata jer lah kat sini, kedai kain pun tengok gitu2 jer tak berani nak borang lagi, hari tu kain baju kurung semua dah hantar kat tailor berapa pulak kena bayar nanti...



Arab Street



Tuan belog dan anaknyerrrr



Singgah makan nasi campur



Us!!



Kalau datang ke Singapore...En Win mesti akan singgah ke Makam 'Habib Noh' untuk menziarah dan bersembahyang di sana. Jangan risau telekung untuk dewasa dan kanak2 ada disediakan.

Korang boleh goggle untuk mendapat cerita2 mengenai 'Habib Noh' (antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu) yang menetap dan meninggal dunia di Singapore. Kak Ton nak terangkan tak berapa pandai takut tersalah pulak penceritaan Kak Ton.



Selasai menziarah terus kitaorang ker Orchard Road...dunia shopping yang terkenal di Singapore. Kat sini branded item melambak giler...lalu depan Prada hanya mampu telan ailio jer tak berani nak masuk nanti En Win bising sebab tujuan untuk nak cari barang anak2 jer. Nyampah....



Hujung minggu ramai giler orang kat sini



Gambar terakhir sebelum bershopping...hahaha. 

Baju2 di H&M Singapore kebanyakan design tak sama dengan Malaysia...kat sini lagi cantik kot, especially baju budak2, OMG cantik giler lepas tu murah sales sampai 80%...Zara kids, Gap Kids, Guess Kids sila telan ailio memasing, memang berbaloi datang ke sini kalau tengah sales...jeans Zara kids baru $19 lepas diskaun tak sampai RM50.00...jadi perempuan giler sekejap aku kat situ. 

Kalau ada duit lebih baik korang datang tengah sale ni dan makesure tumpang umah sedara sebab hotel mahal giler...hahaha

Nanti sambung lagi yek!!

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya

Mama Eqalicha said...

Kelasss kak ton.. shopping baju raye kat obersea :D

mummy 3M said...

salam, sy plan nk gi day trip spore shopping baju raya kids, so kena focus tmpt mn nk shopping.. kt mana spore largest outlet tu and shopping mall mana yg ada sale zara kids, gap, etc. tq

Fiza Rauf said...

best la kak ton shopping kat singapore... i olls tetiap tahun balik sana... balik kampung.. hahahaha mmg rambang jugak la mcm kak ton.. kalo nk pilih branded item with latest design.. yesss... ke kota singa lah kita ye...

Elly said...

mummy 3M - Sepanjang Orchard Road semua mall tgh sale kat situ banyak branded items

Adliza Azilda said...

haish.... akak tunjuk arab street tu... nyesal ritu tak beli kain kat situ... nnt nak repeat la

http://lizazilda.com/classic-glam-raya-2014-pastel-raya-2014-by-zery-zamry/