Nuffnang Advertisement

Friday, June 27, 2014

Oreo Transformer Lab Games


*scroll down for new entry*

Siapa suka Transformers angkat tangan?? Walaupun hati Kak Ton lembut tapi suka jer tengok lawan2 robot ni…hahaha. Dulu sama duduk sebaris dengan budak2 lelaki tengok Transformers, paling teruja bila robot bertukar jadi kereta. Wah!! terus tepuk tangan…hahaha. Kak Ton tak adalah terror sangat tapi still ingat lah lagi nama2 karakter Transformer ni Bumble Bee, Optimus Prime, Wheeljack, Cliffjumper, Megatron dan macam2 lagi lah. Hebat tak Kak Ton!! Haha

Satu soalan lagi…korang suka Oreo tak?? Kalau suka Oreo dan suka Transformers korang berpeluang untuk join contest Oreo Transformer Lab Games sambil main korang boleh menang Weekly Prize dan Grand Prize….nak tahu apa hadiah nyerrr??? tungggguuuuuu



Mula-mula korang kena beli Oreo Cookie Pack. Makesure yang ada gambar Transformers dekat bungkusan Oreo tu nanti.



Bila korang bukak jer plastic tu nanti ada keluar sticker Transformers macam gambar kat atas ni

Ada 30 collectable stickers yang berlainan untuk complete jadi kan sebuah map

Dibelakang sticker tu ada code number. Sesiapa yang ada code  sahaja boles main Transformers Lab Games ni. Tak rugi beli Oreo Cookie ni sedap giler...sambil main sambil makan oreo.

Bila korang dah ada code dengan serta merta boleh teruskan permainanan ni. Mula2 click website ni Oreo Transformers Lab Games




Bila tahu jer ada weekly prize dan grand prize yang hebat terus Kak Ton bukak laptop main waktu tu jugak…hahaha. 

Untuk bermain satu games, satu code diperlukan. Korang nak main berapa banyak kali pun boleh asalkan korang beli banyak2 Oreo Cookie…Kak Ton dah beli setengah dozen Oreo Cookies Pack ni…mmg cerah lah peluang Kak Ton untuk menang!! Hahaha

Mula2 waktu main games ni cuma Yaya jer join bila Kak Ton terjerit2 adik pulak teruja.



Nampak tu semua dah start excited...bergaduh nak tekan. Terjerit2 nak mengelakan electric bugs tu. Kak Ton tadi beli setengah dozen kan jadi sorang berpeluang main dua games. 



Cara main games senang sangat…korang kena mengumpul markah dengan memungut  seberapa banyak oreo kat bawah tu dan elakan dari terkena electric bugs. 

Sewaktu bermain permainan ini cuba dapatkan Oreo Vanilla Cookie dan korang akan memenangi hadiah serta merta seperti Ipad Mini dan barang2 Transformers seperti backpack, travel luggage, tumblers, t-shirt dan movie ticket. Hadiah terhad kepada 10 pemenang harian sahaja.




Malam tu anak2 Kak Ton semakin teruja En Win pun join sekali berlawan siapa yang dapat markah tertinggi. Serious korang kena cuba games ni main bersama ahli keluarga really...really fun. 





Tengok tu tergelak-gelak budak berdua ni!!

Selesai sahaja permainan korang boleh tengok berapakah markah yang tertinggi yang telah dikumpul oleh pemain dan kalau boleh korang kena cuba dapatkan markah yang lebih tinggi lagi supaya korang boleh duduk di senarai yang paling atas.

Markah yang paling tertinggi pada akhir pertandingan akan memenangi hadiah utama iaitu melancong bersama keluarga seramai 4 orang ke Universal Studio Hollywood secara percuma...Wow! tekan2 jer boleh dapat melancong ke Hollywood..jom arr korang!! hahaha

Makesure korang cuba, sangat menyeronokan bila kita bermain bersama keluarga, jap lagi nak beli Oreo cookie lagi nak lawan ngan En Win pulak. Kita tengok siapa lagi hebat!!

Jom korang…Oreo Transformers Lab dah bermula dan dan akan berakhir pada 20 August 2014, cepat2 kita click Oreo Transformers Lab Games


6 comments:

Syida said...

Dear Elly, gigih aku habiskan 3 hari nak khatamkan blog ko yg best ni.U hv 2 pretty princess n loving/romantic hub yg muka dia mcm doogie howser(dulu) n kisah korang berjumpa dlm bas telah diulang 2x heeheheh.U r blessed with a happy family incl your own n inlaws.cool giler beb.we shared the same hobby which is handbags.hari2 dok stalk ig jual handbag.there r ppl in life who always look for our fault,but why bother bak kata AA.As long as we r happy with our own suda la kan? Aku tak tau comment ni sesuai letak kat entry oreo ni ke tak but I do enjoy reading ur blog. Keep it up!
Im used to be a blogger, tp sekarang dah malas. btw, I found ur url kat ur ig,weols kan follower kerengge. heheehe.

Nazirah Najib said...

haha..bukan takat best game, oreo tu pun best.If you free drop by my blog ye dear =)


nazirahnaj.blogspot.com

Wongchoseong Roberth said...

Jangan tunggu lagi Transformers cup dari Darlie Malaysia percuma gelas dengan Transformers !! http://www.unitedmy.com/2014/06/free-transformers-cup-by-darlie-malaysia.html

Linda Ishak said...

wah.. nak beli jugak lah.... leh main game jugak
http://skdtho.blogspot.com

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Oreo is delicious ..
But sweet..
So, let's take in moderate ..
anytime & anywhere..

http://drshikinzainal.blogspot.com

Felix Leon said...

Itu oreonya belinya dimana aja ya??