Nuffnang Advertisement

Thursday, May 15, 2014

Wall's Scoop of Happiness


*scroll down for new entry*

Korang suka Ais Krim tak?? Rasanya dari usia setahun hingga lah  peringkat nenek2 pun Ais Krim memang kesukaan ramai. Aku dulu kecik2 kalau dengar jer bunyi motor yang ada loceng atau motor yang muzik2 tu dah jadi tak tentu arah...padahal jauh lagi bunyi tu nak datang aku dah stand by depan gate. Nak pulak kalau dapat beli Ais Krim drumstick...wah! bangga tunjuk kat kawan. Lepas tu makan laju2 takut adik mintak..hahaha. Kalau balik sekolah mesti tinggalkan balance duit belanja 20 sen utk beli Ais Krim waktu balik nanti...sambil jalan kaki sambil makan ais krim...sejuknyerrr rasa tekak.

Sekarang turn anak2 pulak...aku kena makesure dalam fridge sentiasa ada Ais Krim dan semestinya pilihan kami sekeluarga adalah Wall's Ais Krim. Lepas makan dua scoop (perisa Oreo dan Hershey's) kena letakan kat sebelah pinggan makan anak2...kalau tak ada dah satu kerja En Win kena pergi Seven Eleven pulak cari Ais Krim.

Minggu lepas aku dijemput oleh Nuffnang ke Hi Tea Wall's di Mad About Coco, Publika. Hi Tea ini bertujuan menerangkan bagaimana kita dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menjalankan aktiviti yang menyeronokkan bersama Wall's. Teruja sesangat bila melihat itinerary dan aktiviti yang disediakan. Jap gi aku cite ya..meh kita tinjau2 gambar yang aku sempat ambik di majlis tu. 



Wah! sampai2 ada photo booth kat luar..terus rasa macam superstar. I kan tak biasa harus keterujaan tu terlebih. Sambil jalan hidung kembang2..hahaha. 



Pilih untuk menjadi Princess sebab kena dengan jiwa aku yang suka kan fantasy ni...hahaha. Tangan gigil2 waktu ni senyum pun dah macam tak tentu arah. Tapi nak glamer punya pasal ku gagahkan jua...cewah!!



Suasana ni Restaurant Mad About Coco. Decoration simple, cute and nice. Sedap jer mata memandang..rasanya kalau anak2 ada bersama lagi teruja agaknya.



Wall's Scoops of Happiness 



File yang diberikan semasa registration penuh dengan maklumat tentang Wall's dan aktiviti yang disediakan sepanjang Hi Tea Wall's ini.



Waktu aku tengah busy berborak dengan rakan2 blogger terlihat seorang perempuan cantik dihadapan sedang menyediakan ramuan2 untuk aktiviti bersama Wall's. 

Wall's telah mengajak Puan Samntha Lee untuk menjadi hos bengkel ais krim Wall's Selection. Puan Samantha Lee, mengendalikan bengkel2 untuk media dan penulis blog parenting. Puan Samantha akan mencipta ais krim berwarna warni  dan menjadikan ia sesuatu yang luar biasa dengan menggunakan Wall's Selection dengan menggunakan pelbagai ramuan tambahan seperti buah-buahan, coklat dan ising. Selalunya aktiviti ini, Puan Samantha akan melakukan bersama anak2nya.

Something yang interesting yang tak pernah aku pikirkan selama ni. Selalunya just cedok ais krim dan masukkan kedalam cawan atau bekas kalau nak lebih sedap selalunya makan bersama fruit cocktail. Itu jer yang aku lakukan selama ini bersama anak2.



Di Majlis Hi Tea ini kami juga berpeluang mencipta atau mereka mengikut fantasy dan idea kami sendiri. Puan Samantha akan menjadi juri pada hari tu. Tunggggguuuuuu apakah idea yang cute dari kumpulan kami...hahahaa.

Gambar diatas adalah ramuan2 yang disediakan untuk digunakan semasa pertandingan itu nanti.



Buah-buahan dan Sos Coklat



Sebelum demonstration bermula Mr Shawn Tan, Pengurus Jenama Aiskrim Wall's, Unilever (M) Sdn Bhd memberi sepatah dua kata menerangkan tentang Kempen Scoops of Happiness.

Wall's juga ada menyediakan peraduan untuk korang sertai?? Bagaimana untuk menyertainya....sebelum aku cite lebih lanjut mengenai peraduan Wall's meh aku bagi korang lebih teruja lagi...hadiah sangat2 lumayan Weekly Prizes berbentuk holiday package ke Legoland dan Grand Prize adalahhhhhhhhh......Family Trip ke Disneyland Paris. 

Wow!! harus Kak Ton sertai mana tahu ada rezeki ke Paris Kak Ton sekeluarga...hahahaha.


Cara2 Penyertaan

1. Petama sekali korang kena click wallsindisneyland


2.  Click dan tonton 15 Scoop of Happiness Recipe video yang disediakan

3. Baca dan Ikut arahan yang diberikan

4. Lengkapkan maklumat bersama gambar hidangan Ais Krim yang menarik mengikut creativity anda sendiri 

5. Anda boleh juga melihat dan mengundi gambar yang anda rasa menarik dan penuh dengan creativity 

Senangkan!! jadi apa tunggu lagi.



Bahan2 atau ramuan yang disediakan untuk ais krim demonstration oleh Puan Samantha Lee



Puan Samanta Lee, adalah ibu kepada dua orang anak perempuan. Selalunya Puan Samantha akan mendapatkan ilham daripada filem2 yang digemari anak2nya dan akan melakar diatas buku sebelum memulakan aktiviti bersama anak2 nya. Kreativi ini membuat anak2 Puan Samantha sentiasa ternanti-nanti setiap kali waktu makan.

Waktu ini aku dah terkenang-kenang kan anak di rumah. Rasanya tak sabar untuk membuat Fairy Tales dengan menggunakan Wall's Selection bersama2  mereka. Aku rasa bukan anak jer meloncat2 aku sekali turut meloncat kegembiraan. Ini cubaan pertama kami sekeluarga dan ia pasti menyeronok. Family time!!



Bukan saja anak2 yang teruja aku yang melihat sendiri kreativiti Puan Samantha sungguh kagum kerana Puan Samnatha mempunyai idea yang luar biasa. Selalunya Puan Samantha akan berkongsi ciptaan nya menerusi blog dan Instagram miliknya.

Jom korang kita clik IG Puan Samantha , boleh kita lihat creativity beliau : @leesamantha







Dalam masa 10 minit sahaja Puan Samantha dapat menyediakan Ais krim yang sungguh menyelerakan. Bukan sahaja kanak2 yang ternanti2 aku rasa aku pun tak sabar menikmatinya.



Chinese Warrior.

Sambil menikmati Aiskrim Wall's Selection Strawberry Cheesecake disamping itu ada juga makanan tambahan seperti buahan2 dan Waffles



Menu kedua



Pirates of the Caribbean 



Rasa macam tak sampai hati jer nak makan ais krim tu...cantik sangat..hahaha. Takpe2 kita makan buah dulu.



Menu 3



The Ice Princess and the Snowman



Sekarang peluang kami pula mencuba dan menunjukan bakat dan idea yang tersimpan dan terpendam selama ini....hahahah. Jangan main2 korang mesti terperanjat dengan kebolehan kitaorang nanti. 

Dalam satu group ada 3 orang, aku Ceera dan Kathy didalam satu group . Memasing mengharapkan idea yang meletup diantara salah satu sama lain...camno akak kau ni tak bijak langsung melakar2 gambar ni.



Apa yang terlintas kat kepala memasing terus jer lakarkan di pinggan...ya terus buat ya tak ada masa nak lukis2 kat kertas..kata terror kan.  Konsep aiskrim pada hari itu ada lah Bear and Snowman...wah! terror sangat ni.



Sendiri buat sendiri teruja...jgn main2 walaupun pun gambar bermotifkan musim sejuk tapi tetap ada taman dan bunga kembang dengan mekarnya. Bernas sangat idea kitaorang ni.



Cantiknyerrrrrr



Ok2 pokok kena ada dahan....ok me kita tambah dahan pulak...hahaha



Very colorful kan..ini kalau tak menang mmg saja jer kan!!



Tetiba Kathy Jem datang dengan Snowman...Wah! lagi meriah pinggan kitaorang.



Tu dia....Snowman dah berdiri...hahahaha



Eh! Filla jgn cuba nak tgk ya!! jgn nak jeling2...nak tiru idea kitaorang lah tu!!



Hampir siap...bagi tepukan sikit...ceera jilat lah tangan tu...apa pasal tak makan terus cup cake tu.



Tadaaaaaaa..... Bear dan snowman yang berada di dua musim Summer dan Winter. Kreatif sangat idea kitaorang ni!!



Our Group yang penuh dengan keceriaan dan penuh dengan kreativiti yang menceriakan.



Tapi kan group ni yang menang sebab diorang buat jambatan KLCC kat tengah tu. Suka lah Filla tu!!



Tahniah Filla and the geng!!



Selesai sahaja penyampaian hadiah kami telah dijamu dengan minuman petang.



Terdapat pelbagai perisa baru yang disediakan oleh Wall's Selection seperti Oreo – perasa vanilla penuh dengan oreo cookie chunks, Hershey's – kaya dengan sirap coklat chocolate dan kepingan coklat Hershey’s Kisses Milk, Choco Almond Fudge – rasa macam brownie dicampur almond, Strawberry Cheesecake – well, penuh dengan rasa strawberry dan cheese, Fruit Salad – kaya dengan rasa buah yang lazat and Double Dutch – perasa vanilla berkrim dalam mulut dicampur gajus dengan marshmallow lembut. 



Us!!

We having so much fun...thanks Wall's


More information korang boleh click wallsindisneyland.com dan Like Fan page tu untuk mendapatkan juga cerita2 yang menarik dari Wall's. 




10 comments:

ema angeloo said...

bestnye.. kak ton..buat la post pasal tips jaga kecantikan dan produk apa yang kak ton pakai..share share la..hiihi..

-♥♥-ThE NaiM CollEctiON-♥♥- said...

patutlah nampak gambar kak elly dkt blog abg nara... :)

-♥♥-ThE NaiM CollEctiON-♥♥- said...

patut le nmpak gmbar elly dkt blog nara...

Chekgu Azrine said...

Besh!!!
Untung sgt dpt jmputan event dr nuffnang

kathy jem said...

Entry ko ckp ckp tema Bear dan snowman..entry aku lak ckp tema christmas..muahaha acaner tu?? kakaka =P

Elly said...

Kathy....nampak sangat tak sepakat kan!! hahahah

Ummul Azkee said...

ART IN ICE CREAM..Interesting..siap ade sketch book idea..seronok nyer...do visit my blog,I'm an art mom.hehehehe.. http://housewifearts.blogspot.com

Adliza Azilda said...

nampak kak elly kat sini http://beautifulnara.com/mengeratkan-hubungan-kekeluargaan-bersama-walls/
terus bukak blog akak, nak skodeng =)

mira zara said...

wah, bestnya event ni... saya pun excited nak buat utk anak.tp anak sy kecik lg.tak mkn aiskrim.so practise utk anak-anak buah ler..

Cik Puan Eka said...

bestnye. suka tengok deco2 ice cream ni.

Walopon kakton n the geng tak menang, tapi tetap cute juge kakton n the geng punyer. kreatif.