Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 27, 2014

Rambut


Tahun ni 3 kali Kak Ton ubah2 rambut...malampau sangat perangai ni. Orang tua perasan muda mmg macam ni. Actually aku suka rambut pendek tapi bila dah beranak pinak ni ada sedikit tak konpiden potong pendek2 sangat. Kalau tanya En Win dia lebih suka aku berambut pendek dari rambut panjang nampak lebih fresh katanya...Tapi keberanian belum ada lagi nak potong pendek tapi potong gaks lah rambut tapi tak berapa pendek sangat gitu konsepnya.....hahahahah

Aku dari zaman sekolah rambut sentiasa pendek...punk pun aku pernah buat senang nak uruskan. Tapi bila tengok orang rambut panjang gulung2 rambut bila gi function tetiba teruja pulak nak simpan rambut panjang tapi bukan jiwa I rambut2 panjang ni.  Suka curl jugak tapi tak sesuai ngan muka dah macam pompuan busuk aku buat hari tu. Suka tengok rambut Cinta Bunga Lestari tapi hairstyles kata aku tak sesuai buat rambut macam tu. Suka tgk juga rambut Yasmin Hani tapi aku kan secretary apa pulak rambut botak sebelah mau boss aku halau keluar pejabat nanti...hahahaha

Aku cepat boring dengan rambut sendiri..suka tukar2 rambut. Lepas tu tak cantik, bila tak cantik menyesal lepas tu potong lagi lepas tu menyesal balik....hahahaha. Ni bila aku tulis pasal rambut ada jer haters yang pertikaikan kenapa tak pakai tudung usia dah lanjut. InsyaAllah Kak Ton akan pakai bila tiba waktunya nanti.

Kalau dulu suka colour rambut terang2, merah, purple, orange, kuning semua pernah cuba tapi sekarang prefer colour gelap2 jadi tak nampak lah macam orang tua tak sedar diri...hahaha. Aku tau mulut korang kalau cakap mmg tak ada insurance kan...kalau boleh dulu sampai 3 colour nak letak kat rambut sanggup duduk kat salon sampai 5 jam asal rambut vogue tapi sekarang 2 jam pun dah terseksa rasanya

Meh lah intai2 rambut kak ton dari Januari sampai Mei...lepas ni fesyen apa pulak nak buat ek! hahaha. Kang balik mesti kena sound dengan En Win..."Ma u ingat u artis yek" Eh! suka hati lah...duit I tau...tapi kalau nak bayar separuh pun boleh gaks.



Rambut tahun baru Januari 2014



Rambut bulan Mac 2014



Rambut bulan Mei 2014


26 comments:

permatabiru said...

cantikk..:)

yayang laling said...

Puan Elly,

Rambut bulan mei paling cantik!

ADILLA said...

rambut bulan mei paling cun lah!!!

Ayu azmir said...

nampak cantik dengan rambut baru tu... sweet..

Chooyaya! said...

giler hot sial rambut number dua. macam nak ajak romen. hahaha. yg gmbr pertama tu mmg january 2015 ke apa elly?

Nor Azlin Abd Rashid said...

Akak ni klakar la.. suka ayat akak.. apa pedulik dgn haters.. ada haku khesah! (sambil kibas rambut)

ruziyatul mona Adzibi said...

lawa! confirm lawa kak! hihi

stichares said...

rmbut mei paling cantik la kak elly..hhuuhuhuh

cikji said...

Yg mei paling cungggg

Chekgu Azrine said...

Yg last cantik rsanya..hehe

Sakina Kushairi said...

kak elly, yg style bulan january tu paaaaling style, muda, simple niceeeeeee

Sakina Kushairi said...

kak elly, yg style bulan january tu paaaaling style, muda, simple niceeeeeee

ain.ya.nun. said...

Suka rambut bulan Mei!

You look fresh & young kak :)

Lynn Hamzah said...

the latest nampak lagi ayu...suka tengok...

zamzarina said...

kak..kaler rambut akak tu ailike.. ;)

safiah yusof said...

rambut mei paling cantik!tp ce kak elly try rambut pendek cam Kelly Rowland..manelah tahu,sesuai...

farah zalikha ameri said...

rambut mei paling cantek :)

syafiza said...

Rambut mei terbaik!

syafiza said...

Rambut mei terbaik!

Azrine Aziz said...

MARCH N MAY CANTIK KAK ELLY :) TAPI SY LAGI SUKA YG MARCH..MORE AWET MUDA HEHE

Andra Xalia said...

eh nape takda ceramah agama kat komen ni...?! ajaib!

ikafantasi said...

meletop kak ton!

Asma Azuani said...

kak elly, rambut january tu nampak muda remaja jer...taktipu ni.

yang mei tu pulak nampak fresh. ala orang kalo dah cantik buatla cemana pon, tetap cantik jugok. tengok yasmin hani tu buat botak sebelah tepi pon lawo apedehal kalo dah cntik. gituw. hahaha

siti said...

org lawa buat rambut mcm mana pun lawa... cer try rambut botak sebelah pulak kak...mesti rasa kepala ringan sebelah hehe

kathy jem said...

Kak ton memang dah lawa la buat rambuat botak pon tetap nampak cantik Kak ton..gitew konsepnya..hahaha

Effanina Mokhtar said...

Sis Elly.. comei la.. warna rmbut pun look soft & sweet je.. terus rs nak buat balik ni... huhuhu