Nuffnang Advertisement

Monday, May 26, 2014

Piala Thomas 2014


Aku giler vavi stress semalam, jantung macam nak meletup dalam perut macam ada rama2. Tak selesa duduk...kejap bangun, kejap terbaring, kejap kang tumbuk2 bantal. 

Semalam tak ingat langsung ada siaran langsung Piala Thomas, Kak Ton senang hati jenjalan Pavillion, makan2, jalan pimpin tangan sambil hayun2, sempat cari kasut jalan untuk bebudak ni, upah rajin sebab buat kerja rumah. Dah settled semua benda ingat nak lepak2 kat luar minum Starbucks sekali ternampak ramai orang berkumpul depan TV tgk perlawanan Badminton. OMG! macam mana boleh terlupa ni...aku ni semangat kesukanan dan penyokong tegar pasukan Malaysia. Tak keruan aku...lansung tak ada mood nak minum berdiri sekali reramai tengok TV.



Alhamdullilah game pertama di menegangi LCW. Giler bersorak semua yang duduk kat situ...aku dah terloncat2 sampai anak aku pelik tengok keadaan mak dia sedemikian rupa..hahaha. Terus tak jadi lepak ajak En Win balik rumah. 

Stress..jantung rasa nak gugur bila game ke 2 dan ke 3 kita kalah. Mulut tak henti berdoa. Game 4, Malaysia menang, naik semangat aku balik. En Win tengok ngan kengkawan dia kat luar, aku sorang2 terpekik kat rumah macam terror bebenor...eh! tetiba nampak KJ terus semangat lagi kuat...hahaha.

Mulut aku konplain sorang2...kata gelojoh lah, net jahanam lah, lompat tinggi sikit lah, knp bagi pemain gemuk main lah...hahaha. Serius jantung aku nak meletup tapi mulut komplain..kang aku berdoa balik.



Game ke 4, Filla buat aku bertambah stress...dia pun laki tak ada kat rumah jadi meroyan sorang2 macam aku gak tu yang berwhatapp jer kerja kitaorang..hahaha. Whatapp...Peej ajak join sekali, boleh dia jawab tak minat sukan...adoiii marah Kak Ton tau...hahahah

Why...Darren kenapa gelojoh kalau tak gelojoh mesti Malaysia boleh menang. Tapi takpe Kak Ton kagum dengan semua pemain Malaysia diorang dah berhempas pulas mungkin sebab tekanan terlalu besar. I understand u know....apa2 pun tahniah Kak Ton ucapkan.

Korang Sabtu ni meh lah join Hi Tea...pepandai jer ajak kan. Tapi Peej kata ada kosong lagi tapi tak banyak sangat tempat...cecepat register boleh lah beramah mesra, tak sabar nak jumpa ngan reader semua. Eh! perasan macam majlis aku pulak...hahaha. Tak2 majlis ni khas dibuat untuk reader2 Peej aku termasuk sekali dalam kategori reader, tapi aku suka jer sibuk2 gaks mana boleh Peej jer nak glamer...hahaha. Jom arr boleh kenal2...kalau nak join clik link ni Hi Tea dan cepat register yek! Kak Ton ngan Filla ada menyibuk sekali.


No comments: