Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 14, 2014

Mother's Day


Tak ada apa pun yg special tapi nak celebrate jugak biar anak2 tahu dan appreciate sikit pengorbanan seorang ibu. Aku dulu sebelum kawin tak nampak sangat pengorbanan seorang ibu aku anggap itu satu tanggungjawab dan semua ibu2 kena pikul. Sekarang bila dah ada anak baru terasa yang sungguh berat tanggungjawab dan pengorbanan seorang ibu. Bukan minta balasan dari anak2 cuma nak diorang tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan tahu hargai dengan ucapan terima kasih...saya sayang ibu pun rasanya dah mencukupi.

Dulu2 kalau menjawab atau melawan balik kat mak sikit pun tak rasa bersalah...now bila anak menjawab atau memberontak rasa kecik jer hati ni. Baru tahu perasaan ibu aku pada masa tu. Apalah nakal sangat aku kecik2 dulu...mesti mak aku urut jer dada tu...hahaha.



Saya ibu kepada dua orang anak perempuan...masih belajar untuk menjadi ibu terbaik di depan anak2. Walaupun dari pagi sampai ke malam kerja tak pernah selesai...baru nak baring jer anak mintak itu ini...tetap kena bangun jugak walaupun dada terasa panas...hahaha. Masih belajar masakan kegemaran anak2 dan mencari2 tips menjadi ibu yang baik. Aku mmg mengaku masih banyak benda yang aku harus pelajari untuk menjadi ibu yang terbaik. Amboi! dah nak masuk 40 tahun pun masih tak pandai2...hahaha.

Dari peringkat bayi, now anak2 dah meningkat remaja semakin hari semakin besar cabaran yang aku kena tempuhi..kena ikut cara dan kena tahu peredaran zaman...rasanya dah tak jalan cara terjerit2 ni. Kena sikap lemah lembut...usap2 kepala sambil cakap...dengar masalah diorang di mana aku rasa memang tak kena langsung dengan jiwa aku yang garang macam singa ni..tapi demi anak bertahan jer lah...hahaha.

Aku bukan seorang ibu yang berjiwa lembut dan lemah gemalai...aku cuma tahu nak menjerit sambil tangan hayun rotan kat peha. Now rotan jugak tapi sekali sekala bagi pengajaran sikit kat anak2. Lepas rotan aku mengesal lepas tu nangis kat dalam toilet....camna tu!! Respect dengan orang yang boleh menjaga anak lebih dari 3 orang....aku yang 2 orang ni pun jadi hura hara dibuatnya. Macam mana lah diorang mengemas, memasak, mencuci..aku yang 2 orang ni pun satu hari sebakul penuh kalau anak 5 berapa bakul agaknya yek!! Pengsan Kak Ton!!!!



Sabtu seperti biasa sessi kopi2 dengan Bini2 ku gangster...cuma seorang jer belum jadi bini lagi. Kesian Noy kadang2 dia tak boleh masuk dengan perbualan mak2 ni. Sibuk cite pasal flooring, pasal cat rumah lah...hahaha. Redho jer lah 



Dua orang dah jadi ibu...sorang belum lagi. InsyaAllah tak lama lagi ada lah rezeki tu kan Peej. Walaupun kitaorang selalu jumpa tak ada pulak rasa bosan...rasa gembira jer kutuk satu sama lain...hahaha. Paling baik of course Peej...paling garang adik filla. Kak ton very cool....hahahaha




Kak Ton makan salad jer hari tu. Bukan sebab diet ya tapi saja jer order bagi diorang bengang. Biar diorang rasa bersalah dengan makanan yang diorang order tu...hahahaha. Tak lah hari tu aku dah kenyang so ingat nak makan yang ringan2 jer.



Pizza tu Noy punya, Cake tu share reramai, Fish and Chips Kak Pilla punya, Salad Kak Ton, satu lagi nasi ayam itu Peej punya tapi tak sempat snap.

Macam2 cite...macam2 yang kitaorang share dah puas bergelak masing2 kena gerak ambik anak. Sampai jer rumah En Win ajak keluar balik celebrate mother's day. Dia kata esok mesti restaurant penuh...ok jom lah!!



Tempat pilihan di Publika



The Social..food biasa jer sama jer menu diorang tak ada apa pun kelainan.



Gambar blur sikit sebab restaurant ni gelap. Ini dia the notty kiddos...bergaduh jer kerja diorang. Kang aku tgh masak dengar berdegang bunyi pintu...lepas tu dengar suara adik "bukak lah orang nak masuk lah". Semalam Yaya menangis kena debuk kat belakang..itu jer kerja korang kan...bergaduh jer berebut barang.



Ini pun termasuk dalam kategori anak2 gak. Kalau sakit mengalah kan budak2. Kena suap kan ubat, kena sediakan air, kena selimutkan..nyampah!!



Us!!



Tadi makan salad kan lepas tu kelaparan order nasi. Nampak sangat kampung nyer..restaurant omputih tapi mintak fried rice...biar arrrrr kata mother's day



Lepas makan jenjalan jap kat Publika





Amboi tertenggek jer topi tu..janji meletop kan dik!!



Ahad pagi tu bangun2 tengok anak2 dah letak kan card kat tepi bantal...so sweeetttttt.



Dapat hadiah Cook Board dan Sepit baju. Motif bagi sepit baju!!! hahaha. Tapi takpe janji diorang ingat dan appreciate Mother's day kan!! Sepit pun sepit lah...

Untuk reader Kak Ton semua...Happy Mother's Day..muah muah muah 


7 comments:

annapeje said...

SUWIT SANGAT LA SEPIT BAJU N ALAS PERIUK TUE ...

Norma NML said...

Hmm..sebenarnya semua ibu nak kan yg terbaik utk anak2..sama macam akak lepas marah @ rotan mesti menangis sendiri...nyesal..tapi if biarkan takut nanti hari tua kita lagi menyesal..:-)

Irfa said...

hadiah sepit baju tu simbolik sgt tau

Nurzakiah Hanum said...

sory bz day drop kejap je

Chekgu Azrine said...

Happy mothers day to u sis..

Mama Eqalicha said...

Hepi mother's day sis... ;)

peej said...

aku rasa sepit tu sebab kan ke hari tu kau kata nak hias laundry room n nak letak sepit baju kat dalam jar la apa. so terimalah sepit baju je kak ton